SPR KECEWA TIADA KERJASAMA-Usaha menyediakan senarai daftar pemilih yang bersih
By Unknown on Tuesday, May 01, 2007
Filed Under:
PUTRAJAYA, Rabu - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa dengan beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang kurang memberi kerjasama dalam usahanya menyediakan senarai daftar pemilih yang bersih.
Pengerusinya, Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata selain Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kerjasama daripada agensi kerajaan, termasuk polis, Jabatan Imigresen dan mahkamah, amat mengecewakan.
"Walaupun SPR sudah berkali-kali mengutus surat kepada pihak berkenaan, ada yang masih belum berjawab, termasuk yang sudah dihantar hampir dua tahun lalu,"katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di sini hari ini.
Beliau berkata, SPR memerlukan kerjasama yang lebih baik daripada agensi berkenaan bagi mendapatkan maklumat untuk membolehkannya menyemak dan mengeluarkan nama pemilih yang tidak sepatutnya berada dalam daftar pengundi.
Katanya, ini kerana SPR tidak boleh membatalkan nama mana-mana pengundi dengan sewenang-wenangnya tanpa arahan terus daripada agensi kerajaan yang bertanggungjawab.
"Kelembapan penguatkuasaan membanteras pengeluaran kad pengenalan palsu mengakibatkan SPR terpaksa menerima pendaftaran mengundi, walaupun ia tidak layak kerana SPR tiada kepakaran memastikan kesahihan sesuatu kad pengenalan.
"Setakat ini, SPR hanya menerima kerjasama yang amat baik daripada JPN dari segi perkongsian maklumat bagi mengemas kini daftar pengundi supaya bebas daripada pengundi hantu dan pengundi palsu.
"Bagaimanapun, saya akui agak mustahil bagi mewujudkan daftar pemilih yang 100 peratus bersih,"katanya.
Abdul Rashid berkata, maklumat mengenai nama orang yang sudah meninggal dunia atau orang yang dipenjara dan orang yang hilang kewarganegaraan juga lambat diterima oleh SPR.
"Nama emak saya yang telah meninggal dunia 10 tahun lalu pun masih ada dalam senarai pemilih," katanya.
Beliau berkata, tugas SPR akan lebih terurus jika polis dan mahkamah lebih proaktif menyampaikan maklumat mengenai penangkapan pemilik kad pengenalan palsu atau keputusan melucutkan taraf kewarganegaraan seseorang supaya daftar pemilih dapat dikemas kini segera.
Abdul Rashid berkata, pendedahan yang dilakukan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai petisyen pilihan raya kawasan Likas baru-baru ini membuka mata pelbagai pihak kepada masalah yang dihadapi SPR, terutama di Sabah.
Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan keputusan pilihan raya Likas adalah tidak sah kerana ada pengundi didapati bukan warganegara, selain penemuan wujudnya pengundi hantu.
Kad pengenalan palsu yang dimiliki oleh pendatang izin adalah satu masalah khusus bagi Sabah.SPR tidak mendapati masalah seumpama itu di negeri lain, termasuk di Sarawak.
Abdul Rashid berkata, pendatang asing di Sabah begitu mudah mendapat kad pengenalan palsu kerana ia dijual dengan berleluasa termasuk pasar malam.
Katanya, pihak penguat kuasa berkenaan perlu mengambil iktibar daripada isu Likas dan menangani masalah peningkatan kemasukan pendatang haram dan penjualan kad pengenalan palsu di negeri itu.
"Ini bukan masalah baru kerana saya turut menghadapi masalah yang sama selama 17 tahun sebagai Setiausaha SPR sebelum menjadi pengerusi November lalu,"katanya.
Bagaimanapun, beliau menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka dan gembira kes seumpama itu diberi penghakiman yang saksama kerana dapat menyedarkan orang ramai mengenai kepentingannya.
Abdul Rashid berkata, pemilih mendaftar menggunakan kad pengenalan palsu mula diatasi apabila JPN mempunyai pangkalan data warganegara berkomputer sejak Mei 1999 yang berjaya mengesan kira-kira 500,000 nama menggunakan nombor kad pengenalan yang diragui, meninggal dunia atau hilang kelayakan.
Tindakan pembersihan yang dimulakan tahun lalu akan berterusan, semua pendaftaran baru dapat dipastikan sahih dan sejak tahun lalu, tidak ada pemohon dengan kad pengenalan palsu yang berjaya menyamar bagi mendaftar dengan SPR.
Mengenai masalah menyediakan daftar pemilih mengikut alamat kad pengenalan, beliau berkata Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang mewajibkan seseorang yang berpindah menukar kepada alamat baru dalam tempoh 90 hari, tidak dikuatkuasa secara tegas sekarang.
Justeru, katanya, SPR terpaksa membenarkan pengundi mendaftar mengikut kawasan yang dipilih sebagai alamat kediamannya dan berpuas hati mempunyai hak pemastautin mengikut Perlembagaan Negara.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen for this post