Najib boleh saman saya - Tian Chua

By Unknown on Monday, July 16, 2007

Filed Under:

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dicabar agar mengemukakan saman malu ke atas insiden yang melibatkan gambar palsu (gambar) yang tersebar tentang hubungannya dengan model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Tian Chua berkata, pihaknya sedang menunggu Najib bertindak membersihkan namanya yang kian tercemar berhubung pendedahan itu.

“Saya cabar Najib saman saya dalam mahkamah sivil jika betul saya malukan beliau.

“Najib tak perlu takut saman saya ke atas gambarnya dengan Altantuya. Contohnya, jika saya makan malam dengan perompak adakah itu bererti saya salah? Saya tak merompak, jadi kenapa saya takut jika orang tahu saya makan malam dengan perompak?” katanya.

Apabila ditanya samada beliau berkeyakinan bahawa Najib dan Altantuya pernah duduk semeja, Tian Chua berkata: “Ya.”

“Tapi, gambar sebenar tidak ada dalam simpanan saya, dan saya rasa belum sampai masa lagi untuk didedahkan gambar tersebut.

“Tindakan saya berbuat begitu adalah supaya Najib dapat menyatakan kepada mahkamah bagaimana gambar ini boleh membawa malu kepadanya,” kata beliau kepada Siasah.

Di samping itu, beliau turut mengulas mengenai motif tindakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaludin yang membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini.

“Saya tidak pasti apakah tujuan mereka, mungkin niat Khairy adalah supaya orang ramai tahu mengenai hal ini.

“Saya lihat Hishamuddin memang benar-benar mahu pertahankan Najib, tapi apakah motif Khairy berbuat demikian? Hisham dan Najib tak buat laporan. Khairy pula buat laporan,” kata beliau.

Ke artikel asal & untuk memberikan komen

0 Komen for this post