NAJIB: KITA DIPAKSA MELAYAN HOBINYA
By Unknown on Thursday, July 19, 2007
Filed Under:
Keluarga mangsa pastinya merasa sebak dan kecewa mendengar berita ini. Ada antara mereka yang pada awalnya kuat semangat dan percaya anak anak mereka masih hidup tetapi ajal telah memanggil mereka terlebih dahulu. Namun kita orang Islam, percaya pada QADA dan QADAR. Redha adalah satu ungkapan yang terpaksa diluahkan walaupun kita sebenarnya kecewa.
Helikopter yang dibeli secara 2nd hand oleh kerajaan Malaysia telah digunakan sejak tahun 1968 lagi, ketika itu mungkin mangsa yang terlibat di dalam kemalangan ini, belum lahir lagi. Bayangkan berapa TUAkah helikopter tersebut? Sedangkan kereta TOYOTA KE30 keluaran tahun 70an pun kita sudah tidak mahu gunakan, tetapi tentera kita masih menggunakan helikopter yang jauh lebih tua dari itu. Pokoknya kenderaan perang kita, semuanya ANTIK. Cuma dikatakan canggih hanya oleh media. Memang ia changgih kalau dibandingkan dengan produk tahun 1920an.
NURI boleh dikategorikan sebagai kenderaan ANTIK. Bezanya kereta antik di pandu oleh pemilik tetapi Penggemar barangan antik negara kita, Najib, menyuruh orang lain pula menggunakannya. Mungkin bimbang risiko kerosakan ditengah jalan. Jalan mungkin bermaksud, udara, jalanraya atau laut dalam.
Sehingga hari ini, Najib masih berdegil untuk menggunakan terus NURI walaupun dikritik hebat. Beliau masih menyatakan bahawa NURI masih boleh digunakan. Tetapi sejak ia dibeli, kenderaan ini telah meragut banyak nyawa. Sekiranya ada kemalangan yang berlaku, maka alasannya adalah kecuaian pemandu atau cuaca buruk. Alasan yang sama digunakan pada kejadian NURI yang terhempas pada kali ini. Apakah alasan untuk kapalselam SCORPENE nanti?
Dalam sedar dan tidak, Peristiwa menyedihkan ini berlaku ketika perbicaraan pembunuhan Altantuya. Adakah kedua-dua kejadian yang berlaku ini untuk memberikan kita isyarat atau petanda bahawa Najib sudah tidak layak untuk menjadi menteri lagi? Anda fikirlah sendiri.
Kalau Tsunami yang berlaku memberitahu bahawa kuasa Allah melebihi segala galanya. Maka kita diseru kembali ke jalan yang asal. Yang tersasar, kembali ke pangkal jalan dan yang lalai disuruh untuk menunaikan ibadah agar gelaran wali di muka bumi menjadi arah dan tujuan. Ianya adalah ingatan dan ianya adalah pesanan. Maka bagaimanakah anggapan kita tentang 2 kejadian besar ini? Adakah salah kita kerana memilih kerajaan yang tidak telus dan penuh korup atau sudah sampainya masanya Najib meletakkan jawatan sebagai TPM dan Menteri Pertahanan?
Masalahnya budaya kita berbeza. Negara Malaysia mempunyai budaya yang pelik. Menteri pegang jawatan dari muda sampai ke tua. Hidup penuh dengan kemewahan. Apa sahaja yang mereka mahu pasti diperolehi. Semuanya menjelaskan lagi kepada kita “KUASA WANG”. Dengan wang, yang baik jadi buruk dan buruk boleh jadi baik. Yang salah boleh betul dan kalah boleh menang. Tapi kuasa Allah swt memang melebihi segala galanya. Diberikan petunjuk dan diberikan petanda untuk kita sedar bahawa selama ini kita memang sudah tersasar dan tersilap. Tetapi sejauh mana kita boleh sedar?
Kalau pemimpin bodoh, kenapa rakyat perlu turut bodoh? Sudah terang lagi bersuluh. Jadikanlah isu Altantuya dan kehilangan 6 nyawa tentera kita sebagai ISYARAT bahawa sudah sampai masanya NAJIB MELETAKKAN JAWATAN !!! Beliau sesungguhnya sudah pun ANTIK seantik barangan tentera yang beliau beli. Kita sudah moden dan mampu untuk membeli barangan baru dan kenapa kita terus dipaksa melayan HOBINYA? Cukup la tu...
1 Komen for this post
betul tu
cume ....