Runtuh lagi kredibiliti PDRM
By Unknown on Friday, July 27, 2007
Filed Under:
Minggu ini kita menyaksikan lagi bagaimana polis memainkan peranan sebagai panglima kepada UMNO. Tidak berapa lama selepas Muhammad Taib membuat laporan terhadap Malaysia Today, Raja Petra dipanggil untuk disoal siasat. Lama. 8 jam.
Sedangkan disatu sisi lagi sudah berbakul-bakul laporan polis yang telah dibuat oleh pemimpin parti pembangkang dan NGO terhadap rasuah atau salahlaku pemimpin UMNO dan BN. Tidak satu pun disentuh oleh PDRM. Apalagi untuk memanggil pemimpin UMNO dan BN untuk disoal siasat.
Secara teorinya, Polis seharusnya bebas daripada memihak kepada mana-mana parti politik. Tetapi di Malaysia jelas. Polis menjadi alat bagi UMNO dan BN untuk mempertahankan legasi mereka.
PDRM seharusnya melihat kembali sejarah. Belum begitu lama kita menyaksikan bagaimana Tan Sri Rahim Noor yang menjadi alat kepada Dr. Mahathir dalam krisis beliau dengan Anwar Ibrahim tidak dibela apabila mahkamah memutuskan yang bekas Ketua Polis Negara itulah yang menumbuk mata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Rahim Noor memerangi setiap demonstrasi dengan kekerasan sehinggakan pada ketika itu, kebencian terhadap polis begitu membara dikalangan aktivis Reformasi. Namun, Tan Sri Rahim Noor dibiarkan sahaja keseorangan apabila beliau disabitkan kesalahan. Pada ketika itu langsung tidak kedengaran mana-mana suara dari UMNO dan BN bangun untuk mempertahankan Rahim Noor.
Kalau polis benar-benar bebas dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik, saya percaya sudah tentu hari ini, semua lokap dan penjara di Malaysia akan dipenuhi oleh orang-orang UMNO dan BN.
PDRM sememangnya tidak akan boleh diubah dan berubah. Kalau dahulu tuan mereka ialah penjajah British, sekarang ini tuan mereka ialah UMNO dan BN. PDRM akan menangkap sesiapa sahaja yang cuba untuk menggugat kekuasaan UMNO dan BN. Tetapi mereka harus ingat, rakyat Malaysia bukan selama-lamanya bodoh.
Sekuat mana sekalipun sesuatu regim dan kekuasaan itu, pasti akan tumbang juga jika rasuah terus berleluasa dan harta rakyat terus dirompak. Tunggu dan lihat. Sejarah telah membuktikan!!!
0 Komen for this post