Saham Berkaitan Umno naik mendadak! Pilihanraya makin hampir?

By Unknown on Tuesday, July 31, 2007

Filed Under:

Petang ini indeks BSKL tidaklah begitu baik terutama sentimen lemah pasaran saham dunia terutama indeks Wall street. Namun apa yang menariknya dalam 2 minggu ini dan ketaranya ketika 2-3hari sebelum kepulangan PM cuti cuti luar negara tu balik beberapa saham berkaitan Umno naik mendadak.

saham seperti MRCB, L&G, Dbhd dan Ekran antara saham yang dikaitkan dengan lubuk wang pemimpin Umno, malah saya sendiri telah meramalkan saham ini akan naik dalam waktu wantu terdekat. boleh dikatakan saham ini naik melebihi 50% dalam beberapa minggu, malah ada diantaranya hampir kepada 100% kenaikan. satu lagi saham Time iaitu saham yang dulunya juga dikatakan saham petujuk pilihanraya walaupun diberitakan ada rundingan sulit time dan Digi. di Malaysia spekulasi pasaran memang biasa dan dikatakan tidak terkawal sebagai contoh bagaimana saham syarikat Transmile dimanipulasi untuk kenaikan lebih 300% dan akhirnya jatuh menjunam bila berita penyelewengan dalam laporan kewangannya jauh tersasar. tujuan mereka mendorong sentimen pasaran. malah dikatakan dalam skandal Transmile seorang pemimpin BN terlibat dan yang didakwa olok olok itu hanya kambing hitam untuk menyelamatkan jerung yang lebih besar.

Jika zaman Dr Mahathir saham saham ini menjadi petunjuk pilihanraya dan lubuk wang para pemimpin Umno mencari duit bagi dana pilihanraya. walaupun kononnya saham ini dikaitkan sentimen hartanah dalam pembagunan wilayah Utara ia hanya menjadi satu sebab mereka menggunakan Dana Awam bagi melonjakkan saham tersebut, akhirnya pemimpin Umno ini akan diperoleh dari keuntungan Modal.

akhirnya nanti yang menerima akibat dalam perjudian mereka dalam pasaran saham adalah pelabur runcit. dan sebelum ini anda mesti pernah mendengar bagaimana Tabung Haji sendiri melabur dalam syarikat berkaitan judi dan forex.. jadi apa nak hairannya jika syarikat PNB dan dana awam lain digunakan untuk para pemimpin Umno ini mendapatkan dana pilihanraya mereka.

http://biz.thestar.com.my/marketwatch/

AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!
AWAN TETAP LAWAN

0 Komen for this post