Sejak Bila Blogger Menjadi Begitu Perkasa?

By Unknown on Tuesday, July 31, 2007

Filed Under:

Beberapa tahun yang lalu, ada satu program TV yang diterbitkan bersama oleh Lina Tan dan saya, “3R- Respect, Relax and Respond” terpaksa mengalami pengharaman satu episodnya oleh Lembaga Penapis Filem. Episod itu adalah mengenai wanita muda yang didiskriminasi disebabkan kecenderungan seksual mereka. Bukanlah kerana terlalu disebabkan fakta yang kami ceritakan mengenai lesbian yang menyebabkan para penapis menjadi kalut tetapi disebabkan dua temubual dengan dua orang wanita, yang menyebut bahawa keluarga mereka terus memberikan sokongan dan kasih sayang terhadap mereka. Jelas, memberitahu dunia bahawa keluarga itu terus memberikan kasih sayang kepada anak-anak ataupun adik-beradik walaupun mereka masih bersikap ‘lesbian’ merupakan satu tanggapan radikal, yang mengikut penapis yang ceria dengan guntingnya, ‘akan meruntuhkan masyarakat “

Rakan-rakan saya di 3-R memang begitu terpegun dengan perkara ini. Pertama, sesiapa pun yang belum melihat episod itu boleh mendapatinya begitu penuh kontroversi. Kedua, pemikiran bahawa sesuatu keluarga seharusnya menyisihkan anggotanya adalah amat bertentangan dengan nilai hidup berkeluarga. Ketiga, kita tidak pernah tahu bahawa satu program TV selama 30 minit untuk wanita muda boleh mempunyai begitu besar pengaruhnya sehingga mampu meruntuhkan keseluruhan masyarakat Malaysia. Mungkin, saya harus berterima kasih kepada Lembaga Penapis Filem kerana memberikan kami pengaruh besar itu.

Kemelut yang melanda masyarakat blogger masa kini mengingatkan saya kepada peristiwa 3R itu. Terlalu banyak hiruk-pikuk dibuat terhadap tiga ataupun empat laman blog, walaupun dengan yang paling besar popularitinya. Sebaliknya pula laman blog sepatutnya dianggap bacaan yang tidak popular, menjadi bahan bacaan hanya golongan elit bandar sedangkan warga luar bandar tidak tahu menahu mengenainya. Apa lagi, apa yang disiarkan kononnya adalah pembohongan semata-mata. Jikalaulah mereka itu segerombolan penipu dan pembohong yang dibaca oleh segelintir manusia sahaja sambil mengirup sirap vanilla, apa perlu dirisaukan?

Akan tetapi memang mereka rasa risau, sehinggakan membuat laporan polis dan menggunakan pelbagai kata-kata perundangan untuk menghunjam dan menuduh mereka sebagai melakukan jenayah siber. Apakah itu semuanya? Menggunakan kata-kata kesat ke atas orang lain, mencetuskan satu imej yang kurang elok kepada negara. Mentohmah kerajaan dan para pemimpinnya. Seolah-olah inilah perkara penting yang meruntuhkan masyarakat kita? Aduhai…..!…

Saya tidak pernah sedar betapa segelintir pengendali blog boleh menjadi begitu perkasa. Baiklah, mereka menulis mengenai orang yang sedang menduduki jawatan yang berkuasa, seperti polis, melakukan perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan seperti menerima rasuah….. sambil khidmat diberi. Ataupun mereka mengingatkan orang ramai yang membaca laman blog bahawasanya terlalu banyak malaun di Parlimen yang bersikap mengata dulang paku serpih……mengata orang aku yang lebih. Ada pihak yang sengaja melaporkan perkara yang sebenarnya lucah dan bodoh seperti yang kerap disebut dan diulang-ulang oleh para pemimin kita. Sesetengah kebodohan itu memang sudah lama terpapar dalam media perdana. Sedangkan yang lain memang nyata belum satupun boleh kita katakan sengaja dilakar kata-katanya dalam bentuk yang berbunyi lebih baik daripada sepatutnya.

Akan tetapi hanya disebabkan ada segelintir blogger bercakap mengenai perkara ini apakah kehidupan di Malaysia ini akan terancam? Begitukah caranya kita meyakini hidup kita ini? Jika demikian Raja Petra boleh menjadi orang yang paling perkasa di Malaysia.

Kecuali, di antara segala apa yang disebut sebagai pembohongan itu, memang terselit sedikit kebenarannya, dan apabila orang merasa bersalah, sekelumit kebenaran pun tidak boleh dibiarkan timbul. Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya.. Jika demikian, eloklah kita keluarkan antan yang paling besar untuk melumatkan sekelumit bijiran kebenaran itu kerana tanpa berbuat demikian ia akan bercambah dan menjadi besar.

Saya tidak perlu mengulanginya di sini tetapi kalau kita perlu merasa risau akan imej kita di mata dunia sejagat, kita seharusnya menghalakan jari telunjuk ke arah orang politik kita itu. Si tongong seperti Bung Mokhtar dengan sindiran bocornya, Badaruddin Muka Tarpal dan Jo B. Mereka ini datang daripada negeri yang sama dengan saya. Begitu juga Zam Menteri Propaganda kita dan sudah pasti si nazi kegemaran ramai, Nazri. Memanglah ini mainan politik. Tetapi apakah politik mesti berlagak bodoh? (Adakah sesiapa menonton calon Presiden daripada Parti Demokrat berdebat pada malam kelmarin? Adakah sesiapa dapat membayangkan sesiapa antara pemimin kita yang mampu berlagak semacam dia?)

Inilah soalnya…. Bagaimana mungkin kita boleh berterus terang kalau kita malu dengan para pemimpin sendiri, dan kita sendiri malu akan perbuatan mereka? Bolehkah kita sebutkan nama mereka yang kita kagumi sekarang ini? Kalaupun kita tidak bersetuju dengan mereka setidak-tidaknya kita boleh mengagumi mereka kerana prinsip, sekurang-kuranngnya. Apakah contoh yang mereka tunjukkan kepada anak-anak kita?

Apakah kita hairan sekarang ini kalau tidak lama dulu diadakan bancian di mana orang politik kita berada di bahagian paling corot apabila orang ramai ditanya apakah mereka boleh dipercayai? Siapakah yang berfikiran waras mampu mempercayai Nazri?

(Kalau ada sesiapa yang fikir saya hanya memikirkan ahli politik dalam Kerajaan tidak boleh dipercayai, saya pun tidak mempercayai yang lain juga).

Dan kita hairan kenapa golongan muda tidak berminat dengan politik? Siapa boleh salahkan mereka? Bintang ‘rock’ dan pelakon ternyata lebih bijak daripada orang politik kita . Saya lebih selesa mendengar Bono daripada Bung, memang tidak ada tandingannya.

Mungkin itulah sebabnya, mereka tidak ada sesuatu yang boleh ditonjolkan. Mereka sedar betapa kedudukan mereka adalah laksana telur di hujung tanduk. Mereka tahu kita dapat menilai mereka. Mereka memang tidak kisah kalau kita memikirkannya tetapi mereka amat kecut kalau kita menyuarakannya. Lebih teruk lagi kalau kita menyebutnya dan mentertawakannya pula. Mereka anggap kita sedang melihat mereka seperti badut, tanpa boleh berfikir mereka melakukan tugas dengan baik. Itu sebabnya mereka tidak boleh memaafkannya.

Tahukah anda, kalau apa yang saya sebutkan sikit ini boleh membuatkan mulut Nazri berbuih dan menyebabkan dia menghidap barah perut, saya memang tidak kisah langsung. Kalaulah mata Zam tersembul setiap kali saya mengkritik salahlakunya, itu memang mengghairahkan saya. Saya memang rasa seronok kalau menyebabkan mereka tegang urat.

Malahan, saya mungkin mula berfikir bahawa saya mempunyai sedikit kuasa juga.

0 Komen for this post