Jadikan Dokumen Siasatan Tan Sri Musa Hasan Dan Datuk Seri Zulkifli Mat Noor

By Unknown on Thursday, August 02, 2007

Filed Under:

Kenyataan Media
Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK)

1 Ogos 2007


Jadikan Dokumen Siasatan Tan Sri Musa Hasan dan Datuk Seri Zulkifli Mat Noor sebagai dokumen awam

Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi mendesak Jabatan Peguam Negara menjadikan Kertas Siasatan Badan Pencegah rasuah (BPR) sebagai dokumen umum untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

GERAK terkejut tetapi amat kesal dengan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang 'membersihkan' Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Zulkifli Mat Noor dari tuduhan korupsi (rasuah, salah laku dan salah guna kuasa).

Peguam Negara mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menutup siasatan mengenai dua individu ini termasuk tuduhan serius yang besertakan fakta yang dinyatakan oleh Bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Manan yang telah didedahkan oleh Pengerusi GERAK, Ezam Mohamad Nor.

Persoalan timbul adakah siasatan yang diarahkan ditutup oleh Peguam Negara itu benar benar membersihkan kedua individu tersebut dan dijalankan dengan tulus. Ini pernah dibuktikan apabila kertas siasatan yang pernah diarah tutup oleh peguam negara tetapi mempunyai bukti rasuah yang jelas oleh dua menteri kanan. Kertas Siasatan BPR terhadap Rafidah Aziz dan Abdul Rahim Thamby Chik membuktikan Peguam Negara pernah menututp kertas siasatan yang membuktikan kesalahan dan memerlukan pendakwaan.

Berdasarkan fakta yang diketengahkan oleh Mohamad Ramli Manan dan disokong beberapa sumber lain, GERAK yakin terdapat campur tangan 'ghaib' terhadap siasatan tersebut.

GERAK amat serius dalam perkara ini, oleh itu GERAK sekali lagi menyuarakan cabaran Pengerusi GERAK, Ezam Mohamad Nor untuk mendakwa GERAK ke Mahkamah kerana membuat laporan palsu dan GERAK bersedia mendedahkan semua bukti yang ada di mahkamah.

GERAK mengajak rakyat meneruskan desakan menjadikan BPR badan bebas dan mempunyai kuasa pendakwaan yang kini BPR duduk di bawah kuasa Pejabat Perdana Menteri. Selagi negara tidak mempunyai badan pencegah rasuah yang bebas selagi itulah rasuah akan menjadi pekung yang payah diubati bagi Malaysia.

BADRUL HISHAM SHAHARIN
Eksekutif Coordinator
Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK)
International Student (Feb 2007 - Feb 2008),
Inter-Asia Graduate School of NGO Studies Songkonghoe University ,
1-1 Hang-Dong, Guro-Gu, Seoul 152-716 South Korea.
Tel: +82-2-2610-4753 (office) Fax: +82-2-2610-4752
Email : chegubard@gmail.com
http://chegubard.blogspot.com
http://chegubard.blogspot.com/2006/12/chegubard-profile.html

gerakmalaysia@gmail.com
www.gerakmalaysia.org

0 Komen for this post