Pemimpin Tinggi UMNO buta sejarah?
By Unknown on Wednesday, August 29, 2007
Filed Under:
Tajuk ini dipilih untuk menunjukkan bahawa kebanyakan pemimpin atasan UMNO memang 'buta' sejarah. Mereka sendiri tidak tahu asal-usul mereka(UMNO), mereka boleh bertelingkah sesama sendiri untuk menegakkan benang yang basah. Apakah penting ini semua?
Artikel ini dipetik dari utusan(meloya):
Kalau sesama sendiri mereka bergaduh mengenai fakta yang remeh-temeh ni, apatah lagi kalu melibatkan benda-benda yang besar.
Artikel ini dipetik dari utusan(meloya):
Terima fakta UMNO ditubuhkan di Johor
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo keliru dengan fakta sejarah apabila mengeluarkan kenyataan mendakwa UMNO ditubuhkan di Kuala Lumpur dan bukannya di Johor.
Setiausaha Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) Wilayah Persekutuan dan Selangor, Lizah Ahmad menegaskan, Mohamad Khir dan semua pihak perlu menerima fakta bahawa UMNO ditubuhkan di Istana Besar, Johor Baharu semasa Kongres Melayu Kedua pada 11 Mei 1946.
Menurutnya, ketika kongres itu, Datuk Onn Jaafar telah membentangkan Rang Surat Tauliah Pertubuhan UMNO yang diluluskan oleh wakil-wakil 29 persatuan dan beliau dilantik sebagai Yang Dipertua parti itu yang pertama.
‘‘Menteri Besar Selangor yang belum lahir waktu UMNO ditubuhkan harus mengkaji sejarah sebelum membuat kenyataan yang boleh mengelirukan bangsa Melayu terutama ahli parti daripada kalangan generasi muda,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Lizah mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Jumaat lalu yang mendakwa UMNO ditubuhkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru ketika Kongres Melayu Pertama dari 1 hingga 4 Mac 1946 yang dihadiri 41 pertubuhan.
Menurut Mohamad Khir, kongres itu diadakan hasil daya usaha Persatuan Melayu Selangor (PMS) berikutan terdapat ura-ura kerajaan British untuk mewujudkan Malayan Union di Tanah Melayu.
Kalau sesama sendiri mereka bergaduh mengenai fakta yang remeh-temeh ni, apatah lagi kalu melibatkan benda-benda yang besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen for this post