Kedangkalan Utusan Meloya terserlah lagi

By Unknown on Wednesday, September 12, 2007

Filed Under:

Apakah tahap kebodohan para wartawan paper utusan ini adalah tahap gaban kronik, ini boleh dilihat pada penulisan dan isi kandungan berita di bawah. Tahap otak udang boleh dikategorikan kepada mereka kerana masih mahu menipu orang ramai dengan dakyah yang sudah diketahui umum.

Isi kandungan hanya menyebut mengenai rusuhan oleh pihak PAS dan kecederaan anggota FRu tapi tidak mengenengahkan tentang kecederaan orang awam yang ditembak dengan peluru hidup oleh FRu.

Inilah tahap kebodohan otak udang level gaban yang saya maksudkan:

Pas adakan ceramah bergerak jelas isu rusuhan

KUALA TERENGGANU 11 Sept. – Pas Terengganu akan mengadakan ceramah bergerak di seluruh negeri bermula Ramadan ini bagi menjelaskan kepada rakyat berhubung isu sebenar di sebalik rusuhan dan perhimpunan haram di Batu Burok di sini, Sabtu lalu.

Bendahari Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, isu tersebut seharusnya dijelaskan hingga ke akar umbi bagi memastikan mereka mengetahui cerita di sebalik kejadian.

Menurutnya, buat permulaan majlis penerangan akan diadakan di Rusila, Marang 14 September ini dan selepas itu di tempat-tempat lain.

‘‘Penjelasan perlu kerana mereka tidak mengetahui apa yang sebenar berlaku, jadi sudah menjadi tanggungjawab Pas memberi penjelasan sebab dan punca kejadian,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Beliau diminta mengulas kejadian rusuhan di Kuala Terengganu, Sabtu lalu yang dipercayai dilakukan oleh penyokong parti pembangkang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam Sabtu lalu, kira-kira 750 orang dipercayai penyokong parti pembangkang merusuh dan menyerang polis selepas diarahkan bersurai daripada menghadiri satu perhimpunan haram di Batu Burok.

Empat anggota polis termasuk tiga daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU), cedera diserang dan dibaling termasuk dengan bom api, dipercayai oleh penyokong parti pembangkang.


0 Komen for this post