Taktik 'murahan' amno

By Unknown on Thursday, October 04, 2007

Filed Under:

Jika dilihat sekali imbas berita ini merupakan beria sedih dan berita yang menaikkan semangat kita tentang betapa pentingnya untuk kita menolong orang-orang yang susah dan tidak berkemampuan. Tetapi jika diteliti boleh diambil iktibar bahawa ia merupakan taktik murahan haprak parti berkulat amno untuk meraih simpati dan menaikan balik reputasi oang tertentu terutamanya menteri kaki betina najib anak razak.

Sila baca petikan berita di bawah:

IPOH 3 Okt. – Sepasukan 13 pegawai perubatan termasuk jururawat dari Institut Jantung Negara (IJN) malam ini melakukan pembedahan memindahkan organ termasuk jantung daripada seorang penderma yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Hospital Ipoh, di sini.

Jantung tersebut kemudiannya diterbangkan terus ke Kuala Lumpur melalui penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menunggu di Lapangan Terbang Ipoh.

Pesawat CN 235 TUDM sebelum itu telah menerbangkan pasukan perubatan itu pada pukul 7 malam dari Pangkalan TUDM Subang.

Difahamkan penderma itu seorang pemuda Melayu yang koma akibat kemalangan jalan raya meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang ini.

Sehingga berita ini ditulis, masih belum disahkan sama ada jantung tersebut untuk didermakan kepada penerima jantung mekanikal, Tee Hui Yee, 14, yang kini berada di IJN.

Ini merupakan penerbangan ihsan pertama TUDM untuk membawa jantung penderma setelah Utusan Malaysia melancarkan kempen mencari jantung untuk Hui Yee kelmarin.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Zulkiflee Abdul Latiff dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur memberitahu, pembedahan organ tersebut dilakukan terhadap seorang pesakit yang disahkan mati otak dan ingin mendermakan organ-organ dan tisu badannya.

Katanya, semua pegawai perubatan itu diterbangkan dengan pesawat itu dari Pengkalan Udara Subang pada pukul 7 malam dan kemudian membawa organ tersebut kembali ke IJN.

Beliau berkata, pegawai perubatan yang terlibat dalam pembedahan organ tersebut adalah Dr. Mohamad Ezani Md. Taib; Dr. Sivakumar Sivalingam; Dr. Suhaimi Kadiman; Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar dan Ahmad Joliadi Mohamad.

Selain itu, pegawai perubatan lain yang terlibat termasuk Mohamad Ripin Yusof, Azliza Adam, Siti Nor Dayana Mohd. Noh, Jamaliah Kario, Zaini Ismail, Azrul Selamat, Rella anak Limpa dan Rosmawati Ahmad Nasir.

Sebaik tiba di Ipoh pada pukul 8.10 malam, pasukan itu dibawa dengan sebuah ambulans dan dua van ke Hospital Ipoh.

Pesawat yang membawa pasukan pembedahan tersebut tiba di Subang pada pukul 12.30 tengah malam.

Jantung tersebut tiba di IJN kira-kira pada pukul 1.15 pagi dan difahamkan terus di bawa ke bilik pembedahan.

Sementara itu, sumber IJN ketika dihubungi memberitahu, jantung adalah antara organ yang didermakan oleh pesakit berkenaan.


0 Komen for this post