ADUN Paloh Dicadang Jalani Pemeriksaan Kesihatan
By Unknown on Saturday, December 01, 2007
Filed Under:
Oleh Allani Dr Rosli Abdul Kadir
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan memandang serius peristiwa kekecohan yang berlaku di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan beberapa hari yang lepas.
Kekecohan bermula apabila ADUN Barisan Nasional kawasan Paloh, Norzula Mat Diah tidak menghormati Dewan dengan menjerit jerit ke arah EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Haji Zulkifli Mamat semasa beliau cuba menjawab soalan yang dikemukakan.
Ianya kemudian berakhir dengan cubaan serangan fizikal ke atas ADUN Kelaboran, Ibrahim Zaki yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri.
Perwatakan yang ditunjukkan oleh beliau seminggu sebelum ITU Yang seakan tidak dapat mengawal perasaan (emotional explosion), panas baran (irritability) serta perubahan sikap yang agak ketara mungkin berkait dengan kemalangan jalanraya pada 8 Julai 2007 lepas, yang mengakibatkan beliau mengalami kecederaan parah.
Dalam kejadian ITU, beliau dilaporkan hampir maut apabila Toyota Harrier yang dipandunya terbabas Dan terjunam ke dalam cerun sedalam kira kira 5 meters di Jalan Chengal Perah, Kuala Lipis di km 66 Jalan Kuala Lipis Merapoh.
Beliau dilaporkan menerima 14 jahitan selepas dimasukkan ke Hospital Gua Musang.
Kebarangkalian untuk beliau mengidap Sindrom Gegaran Otak Traumatik amat tinggi berdasarkan kepada kecederaan Dan perwatakan yang ditunjukkan. I biasanya menyebabkan pesakit hilang tumpuan, mudah kepenatan, pelupa, mudah kecewa, insomnia (masalah tidur), pemarah Dan mengalami perubahan sikap yang ketara.
Ianya boleh dialami oleh pesakit sehingga setahun Dari tarikh kecederaan, namun bergantung kepada tahap kecederaan boleh berlarutan untuk jangka waktu yang lebih lama.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Akan mengutuskan surat kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk mencadangkan beliau meminta ADUN Paloh agar mendapat pemeriksaan perubatan Dari pakar Neurologi Dan Neuropsikologi untuk menilai tahap kesihatan beliau serta kemampuan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Dewan Undangan Negeri secara berkesan.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan merasakan keperluan ini amat mendesak mengambil kira seriusnya perkara yang berlaku baru ini baru, yang boleh menjejaskan integriti Yang Dipertua Dan kemuliaan Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Article Generated by: Blogger Post Content | Short Video Site

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen for this post