Isi kandungan hanya menyebut mengenai rusuhan oleh pihak PAS dan kecederaan anggota FRu tapi tidak mengenengahkan tentang kecederaan orang awam yang ditembak dengan peluru hidup oleh FRu.
Inilah tahap kebodohan otak udang level gaban yang saya maksudkan:
Pas adakan ceramah bergerak jelas isu rusuhan
KUALA TERENGGANU 11 Sept. – Pas Terengganu akan mengadakan ceramah bergerak di seluruh negeri bermula Ramadan ini bagi menjelaskan kepada rakyat berhubung isu sebenar di sebalik rusuhan dan perhimpunan haram di Batu Burok di sini, Sabtu lalu.
Bendahari Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, isu tersebut seharusnya dijelaskan hingga ke akar umbi bagi memastikan mereka mengetahui cerita di sebalik kejadian.
Menurutnya, buat permulaan majlis penerangan akan diadakan di Rusila, Marang 14 September ini dan selepas itu di tempat-tempat lain.
‘‘Penjelasan perlu kerana mereka tidak mengetahui apa yang sebenar berlaku, jadi sudah menjadi tanggungjawab Pas memberi penjelasan sebab dan punca kejadian,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
Beliau diminta mengulas kejadian rusuhan di Kuala Terengganu, Sabtu lalu yang dipercayai dilakukan oleh penyokong parti pembangkang.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam Sabtu lalu, kira-kira 750 orang dipercayai penyokong parti pembangkang merusuh dan menyerang polis selepas diarahkan bersurai daripada menghadiri satu perhimpunan haram di Batu Burok.
Empat anggota polis termasuk tiga daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU), cedera diserang dan dibaling termasuk dengan bom api, dipercayai oleh penyokong parti pembangkang.
Sila lihat petikan dari utusan meloya di bawah:
Semua mesti jawab -- Najib minta kementerian perjelas laporan Ketua Audit Negara
Oleh NIZAM YATIM
SUBANG 9 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kementerian yang berkaitan menjawab semua soalan berkaitan salah urus dana awam seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006.
Timbalan Perdana Menteri berkata, penjelasan itu perlu bagi membolehkan orang ramai mengetahui sebab-sebab perkara itu berlaku terutama berhubung pembelian sesuatu barangan.
“Mereka boleh menjawab dan bagi saya kementerian-kementerian berkaitan perlu memberi jawapan terhadap persoalan yang ditimbulkan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Golf Jemputan Business Times 2007 di sini hari ini.
Najib mengulas laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti kementerian dan jabatan Kerajaan Persekutuan 2006 yang mendedahkan mengenai pembelian barangan dan peralatan yang harganya berlipat kali ganda daripada harga pasaran.
Laporan itu antara lain memberikan contoh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang membeli peralatan pada kadar harga yang terlalu tinggi.
Ia termasuk pembelian pemutar skru, pada RM224.94 satu set oleh IKBN berbanding harga pasaran hanya RM40.
Turut dipertikaikan ialah pembelian kamera digital pada harga RM8,254.29 seunit berbanding harga sebenar RM2,990.
Selain itu harga untuk jek satu tan dibeli pada harga RM5,741.69 seunit berbanding harga sebenarnya hanya RM50.
Masalah lain yang dinyatakan oleh laporan itu termasuk pertubuhan bukan kerajaan yang tidak layak menerima dana daripada kerajaan dan wang itu dibazirkan dengan membeli helikopter yang tidak dapat digunakan.
Selain itu, laporan tersebut turut menyentuh mengenai jumlah wang yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Persekutuan tetapi masih belum diterima seperti hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.
Ia termasuk daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malysia dan Polis Diraja Malaysia.
Mengenai laporan yang menyebut Ketua Setiausaha (KSU) KBS telah menandatangani 11 kontrak projek IKBN yang setiap satu bernilai antara RM7.99 juta dan RM74.2 juta, Najib berkata, KSU tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.
“Ia hanya boleh dilakukan jika dibuat secara tender bernilai kurang RM5 juta.
“KSU tidak mempunyai kuasa untuk memberikan kontrak secara terus kerana ia hanya boleh dibuat melalui tender ataupun keputusan Kementerian Kewangan,” jelasnya.
Lihat petikan dari utusan Meloya:
Pembangkang sudah hilang pertimbangan
KUALA TERENGGANU 9 Sept. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar tindakan penyokong parti pembangkang kerana bertindak membakar bendera UMNO dalam rusuhan di Jalan Sultan Mahmud, di sini malam tadi.
Menurutnya, penyokong pembangkang sanggup melakukan apa sahaja kerana tertekan selepas rakyat Terengganu tidak lagi menyokong perjuangan parti mereka.
Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai satu tindakan yang tidak bertamadun apatah lagi melibatkan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.
Katanya, Pemuda UMNO tidak akan berkompromi terhadap pihak terbabit yang membakar bendera UMNO dan meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka.
“Dari dulu lagi saya katakan, panji-panji kita jangan disentuh, kita tidak pernah buat benda-benda yang tak sepatutnya berhubung kait dengan panji parti masing-masing, keadaan ini jelas menunjukkan mereka telah hilang pertimbangan.
“Tak guna kita bincang bagaimana hendak mempertahankan budaya kita, bahasa kita, identiti kita, jika sekiranya ada manusia yang sanggup melakukan sesuatu kepada anak bangsa yang seagama dan sebangsa dengan mereka,” katanya selepas melancarkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2007 di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaffar; Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr. Firdaus Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan negeri, Datuk Rosol Wahid.
Jelas Hishammuddin, pembangkang sanggup mewujudkan huru-hara semata-mata untuk meraih simpati dan sokongan rakyat.
“Saya harap kita di Terengganu ini akan bertahan, jangan ikut rentak mereka, jangan letak diri kita serendah mereka, kita harus bangga dengan apa yang telah kita lakukan iaitu perkara yang konsisten dengan pendirian kita selama ini,” ujarnya.
Menurut beliau, sikap yang ditunjukkan UMNO selama ini akan meyakinkan rakyat untuk menilai sendiri parti mana yang betul-betul ikhlas dalam memperjuangkan nasib anak bangsa, tanah air dan agama.


