Edisi Korek:Keluarga Bekas Peguam Negara Meminta Sembahyang Hajat

By Unknown on Tuesday, January 04, 2011

Filed Under: , ,

Keluarga Bekas Peguam Negara Meminta Sembahyang Hajat
(Ex-AG’s Family Calls For Special Prayers) FAC News - Jumaat - 28.03.2003

Keluarga Tan Sri Mohtar Abdullah telah meminta diadakan solat hajat untuk bekas Peguam Negara Malaysia yang masih dalam keadaan koma dan tidak mungkin dapat sembuh. Perkara ini didedahkan oleh seorang kawan keluarga tersebut yang menambah: “Seandainya dia sedar kembali, tidak mungkin dia akan menjadi normal semula selepas begitu lama menanggung kecacatan otaknya.”

Upacara solat hajat adalah satu usaha untuk membolehkan Mohtar pergi dengan mudah dan tidak tersangkut-sangkut bertahun lamanya dengan keadaan yang ada,” kata sahabat keluarga itu lagi. “ Keluarga beliau menjadi tertekan dia akan berkeadaan demikian untuk beberapa tahun seperti yang terjadi kepada seorang hakim yang ternama yang menjadi koma selama tujuh tahun sebelum dia mati.”

Ini juga merupakan nasihat seorang bekas mufti Kuala Lumpur yang memberikan cadangan agar keluarga Mohtar mendapatkan keampunan daripada Anwar Ibrahim untuk memudahkan pemergian roh daripada jasadnya.

“Saya telah menjenguk di hospital baru-baru ini . Dia tidak lagi berada di wad swasta di Subang Medical Centre (sebuah hospital mewah) tetapi kini berada di wad biasa di Hospital (kerajaan) Kuala Lumpur berkongsi wad dengan pesakit yang lain. “

“Keluarganya merasa kecil hati kerana tidak ada sesiapa yang melawatnya di hospital. Ketika beliau menjadi seorang Peguam Negara, para menteri dan pemimpin parti politik kerap datang menemuinya. Tetapi dalam keadaannya begini, tidak ada siapa yang ambil peduli. Inilah yang menyentuh perasaan keluarganya dan mereka sedar betapa mereka terpaksa menangani masalah itu sendiri.”

Ini mungkin merupakan satu permintaan yang ganjil; meminta orang lain bersolat hajat untuk memudahkan pemergiannya. Namun demikian, apabila dikaji budaya Melayu dan tradisinya, ini memang bukan sesuatu yang ganjil.

Ada kalanya, Adat resam dan budaya Melayu tersangkut kepada kepercayaan dan tahyul, dan dalam banyak hal, menyangah ajaran Islam. Malahan, kebanyakan budaya dan tradisi itu adalah pra-Islamik (jahiliah) dan ada kalanya tidak Islamik.

Orang Melayu amat percaya kepada adat resam hidupnya lebih lagi berbanding agamanya dan ini amat bertepatan dengan bidalan yang berkata: 'Biar mati anak jangan mati adat'. Ada kalanya orang Melayu menghadapi masalah membezakan antara ajaran agama dan tradisi hidupnya.

Orang Melayu Malaysia yang kebanyakannya beragama Islam, mematuhi ajaran Al-Quran dan adalah menjadi kepercayaan kebanyakan Melayu bahawa menuduh seseorang berkhalwat dan melakukan jenayah seks adalah satu jenayah yang besar sehinggakan Allah merestui kalau dosa besar itu diambil-kira di bawah hukuman undang-undang Hudud. (Aha... jaga-jaga jangan terbang aqidah... saya cuma menterjemahkan sahaja..!!!)

Kebanyakan rakyat Malaysia, baik orang Melayu mahupun bukan-Melayu, yakin bahawa Anwar telah ditohmah dengan perbuatan jahat itu. Apa yang berlaku kepada Mohtar dan juga rakan persekongkolannya yang lain telah meneguhkan kepercayaan tersebut.

Surah ke 24 - An Nuur (Cahaya) ayat 19:
“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui sedang, kamu tidak mengetahui”.

dan Ayat 23:
“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik yang lengah* (*yang bermaksud wanita-wanita yang tidak pernah sekali juga teringat oleh mereka akan melakukan perbuatan yang keji itu) lagi beriman (berbuat zina), mereka kena laknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang benar”.

Berdasarkan ajaran Al-Quran, orang Melayu percaya sebarang tohmahan yang palsu mengenai perbuatan-perbuatan seksual seseorang boleh dihukum di dunia ini ataupun di alam baqa. Itu sebabnya ramai termasuk Mufti yang percaya bahawa penderitaan Mohtar adalah satu hukuman di dunia ini yang dijanjikan oleh Allah dalam Al-Quran.

Bukan Mohtar sahaja yang menanggung penderitaan di dunia ini. Ada seorang watak utama dalam persekongkolan ini, bernama Dr. Ristina Majid yang mati kerana serangan angin ahmar ketika melancong ke Indonesia. Sebelum mati ibu dan ayahnya sendiri telah tidak mengakuinya sebagai anak mereka.

Orang Melayu percaya bahawa syurga terletak di bawah telapak kaki ibunya dan seandainya si ibu tidak mengaku anaknya, si anak itu akan dihambat ke lubang neraka. Mati tanpa mendapat keampunan ibu dan bapa adalah sesuatu yang membuatkan orang Melayu menggigil untuk memikirkannya.

“Arwah Majid tidak pernah mengampunkan anak beliau kerana apa yang dilakukan oleh Ristina terhadap Anwar.,” kata Mak Chik seorang sahabat keluarga itu. “Tetapi Ristina adalah degil orangnya. Dia enggan akur dan lebih bersedia bertengkar dengan ayahnya.”

“Satu hari saya sepatutnya bertemu dengan adiknya Linda,” tambah Mak Chik. “Tiba-tiba dia menelefon untuk memberitahu yang dia terpaksa bergegas ke Indonesia untuk membawa pulang jenazah kakaknya.”

“Kami menjadi terkejut. Sehari sebelum itu Linda telah mengadu mengenai Dr. Ristina. Dia memberitahu kenapa Ristina tidak mudah dikawal oleh keluarganya. Keesokan harinya Ristina sudah tidak bernyawa.”

“Linda ialah adik yang mesra dan peramah, amat berbeza dengan Dr. Ristina.”

“Ayah mereka jatuh sakit selepas tercetus kontroversi melibatkan Anwar Ibrahim. Beliau menjadi begitu malu dengan perbuatan anaknya. Keluarga itu percaya dia (Arwah Majid) menjadi begitu malu sehingga tidak terdaya untuk terus hidup dan menanggung penderitaannya.

“Saya tahu itu kuasa Allah menentukan sesiapa yang harus hidup dan mati. Tetapi ayah mereka sudah begitu kecewa dan tidak lagi sanggup terus bernyawa. Keluarga itu percaya itulah antara sebab beliau menghembuskan nafas terakhirnya.”

Dr. Ristina memang sering menimbulkan masalah. Ketika dia mahu berkahwin dengan Aziz Samsuddin keluarga beliau membantah kerana terkejut. (Aziz Samsuddin kini merupakan menteri kabinet Malaysia, isteri beliau mati dalam kemalangan jalanraya. Beliau merupakan seorang lagi pelakon utama dalam konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim).

“Apa yang kamu gilakan si sontot itu?” tanya keluarga Ristina pada satu hari. “Mereka tidak faham kenapa dia mencintai si sontot itu. Namun dia degil, dan sanggup menepis semua nasihat keluarganya.”

Dr Ristina memang selalu berkahwin-cerai. Dia pernah berkahwin beberapa kali, sekali kepada seorang American-African, seorang Caucasian, dan begitulah seterusnya....... Tetapi perkahwinannya kepada si Aziz sontot tidak menjadi dan ini melegakan hati ahli keluarga Ristina.”

“Ristina ialah seorang pemabuk. Pernah terjadi ketika beliau menjaga anak perempuan Linda yang berusia empat tahun ketika itu, Ristina menjadi begitu mabuk sehingga tidak sedar anak saudaranya mati dalam kolam renang. Itulah jenis manusia yang tidak bertanggungjawab.”

“Sejurus selesai kes mahkamah Anwar, Dr. Ristina telah mengambil Azizan Abu Bakar sebagai supirnya. Ini menyerlahkan keadaan bahawa adanya sesuatu antara mereka berdua. Keluarga beliau menolak tindakannya itu, tetapi tidak berjaya merobah sikapnya. Ini adalah satu bukti betapa dia yang mengajar Azizan dan seperti yang didakwa oleh ramai orang, Ristina menggalakkan Azizan agar membuat cerita dongeng terhadap Anwar.”

“Walaupun Azizan pernah bersumpah di mahkamah yang Anwar tidak pernah meliwat beliau, Ristina enggan mengalah dan terus menyerang Anwar.

“Kami mengsyaki Aziz sontot telah berbuat janji mahu mengahwini Ristina dan kerana itu dia sanggup melakukan semua itu untuk si sontot. Tetapi Aziz tidak pernah menunaikan janjinya.”

“Kisah ini memang memalukan. Keluarga Ristina adalah keluarga yang baik-baik. Cuma Ristina yang membuat kecoh itu.”

“Tetapi Ristina sudah tidak ada lagi. Keluarga beliau telah diselamatkan daripada keaiban yang dicetuskannya. Mungkin itu cara Allah menyelamatkan keluarga Ristina daripada terus menanggung malu.”

Azizan Abu Bakar menerima nasib yang sama seperti Aziz Samsuddin. Isteri beliau mati dalam kemalangan jalanraya. Kemudian, dia telah ditangkap kerana berkhalwat dan dipenjarakan selama enam bulan. Kepada orang Melayu ini adalah hukuman Allah di dunia dan bukti betapa Anwar tidak bersalah.

Ummi Hafilda rakan sekongkolan Azizan adalah laksana Dr. Ristina juga. Ayahnya sendiri tidak mengaku beliau sebagai anaknya. Beliau (bapa Ummi) telah menghantar sepucuk surat kepada Harakah menuduh anaknya yang mentohmah Anwar. Dia juga meninggal dunia dengan hati yang gundah tanpa memaafkan anaknya.

Begitu juga dengan ramai yang lain seperti Rahim Noor (bekas Ketua Polis Negara) Megat Junid, Daim Zainuddin dan banyak lagi yang jatuh tersepuk menanggung masalah mental dan penyakit lain yang dianggap oleh orang Melayu sebagai balasan terhadap dosa-dosa yang telah mereka lakukan.

Anda mungkin berkata ini adalah satu kepercayaan dan dongeng semata-mata. Tetapi kepada orang Melayu, ini merupakan pertanda daripada Tuhan betapa Anwar tidak bersalah ke atas segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Memang amat sukar untuk merobah kepercayaan Melayu betapa Allah sedang menentukan kepada dunia bahawa Anwar adalah seorang mangsa kepada satu konspirasi untuk menuduh yang bukan-bukan terhadap beliau.

Orang Melayu juga percaya, seperti Sabda Nabi Muhammad (saw), bahawa daripada setiap tiga orang hakim di dunia ini dua orang akan masuk ke Neraka. Mungkinkah ini sebabnya, tanya mereka, bilangan hakim dalam kes rayuan Anwar ditambah daripada tiga menjadi lima?

http://blog.marhaen.info/index.php/laman-utama/tag/245-tag-1124-keluarga-bekas-peguam-negara-meminta-sembahyang-hajat

0 Komen for this post