Google jer Khusrin Kavita

By Unknown on Sunday, January 02, 2011

Filed Under: , ,

Ekoran daripada amukan siber SteadyAku47 berhubung isu pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, saya telah menggoogle kata-kunci 'khusrin-kavita' dan berjaya menemui beberapa perkara menarik di beberapa blog dan forum sosial. Dan antara yang menarik ialah satu entri dalam sebuah blog yang dibuat pada 30 Disember 2010 oleh seorang suri rumah tangga.

Suri rumah tangga yang sudah muak dengan pelbagai tahap penyelewengan, rasuah serta pelaksanaan undang-undang caca-marba yang membelenggu dirinya (dan kita juga) telah memasukkan entri yang dibuat dalam bahasa Inggeris. Saya telah terjemahkan semula untuk tatapan dan pertimbangan pembaca. Masing-masing boleh fikir dan lakukan analisis sendiri.

How the Sultan of Selangor protect his whore

Terjemahan:

Sejak Pilihan Raya Umum ke-12 banyak pihak yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka secara terbuka terhadap UMNO, Gerakan, MCA, MIC, Rosmah dan warga istana yang melibatkan bekas-Sultan Kelantan, Sultan Perak dan Sultan Selangor.

Ada kepercayaan lama mengatakan bahawa jika seseorang dikutuk dan dicerca pada setiap waktu akhirnya kutukan itu akan menjadi kenyataan dan orang tersebut akan menerima akibat kutukan dan celaan sebelum saat-saat kematian dan 'kehidupan selepas mati yang seterusnya' akan menjadi lebih azab. Tetapi jika ia meninggal sebelum menerima hukuman maka tiga generasi berikutnya, yang merupakan anak-cucu-cicitnya akan menanggung dan mewarisi akibatnya.

Terdapat tiga orang yang telah dan sedang menerima kutukan; Lee Kuan Yew, Mahathir dan Daim. Mereka telah pun menerima 'hukuman' apabila terdapat ahli keluarga mereka yang cuba membunuh diri. Dari empat orang yang diketahui telah cuba membunuh diri, hanya seorang telah meninggal dunia iaitu menantu perempuan kepada Lee Kuan Yew.

Kita telah pun mendengar dan melihat melalui pelbagai berita dan media mengenai keadaan malang dan mendukacitakan yang menimpa bekas Sultan Kelantan. Itu adalah contoh yang tidak mudah hendak kita ketepikan begitu sahaja.

Apa yang telah Sultan Perak lakukan terhadap kemahuan dan keinginan Rakyat negeri Perak akan menjadi contoh yang baik kerana tiga generasi seterusnya akan menanggung derita akibat tindakannya. Gelaran Sultan tidak memberikan seseorang hak menjual negara untuk kepentingan diri dan wang.

Dalam Wilayah Persekutuan, PKR memenangi semua kerusi kecuali Putrajaya tetapi kerajaan yang diterajui UMNO yang menentukan kaedah mengumpul kekayaan dan menjual hartanah dalam WP. Hanya di Malaysia, apa pun boleh dilakukan selagi polis, tentera, Peguam Negara, Kehakiman dan pihak istana yang bergantung ehsan kepada UMNO, akan menyokong tindakan tersebut.

Keributan wujud baru-baru ini atas isu pelantikan Mohd Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Pelantikan SUK yang dibuat tanpa berunding dengan Kerajaan Negeri Selangor merupakan tindakan tidak hormat dan egois beberapa pihak terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Bukan lagi menjadi rahsia kerana ramai yang telah tahu bahawa Mohd Khusrin ketika menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah bertindak melindungi Sultan yang bukan setakat mempunyai hubungan istimewa dengan peragawati Kavita Kaur, tetapi telah melanggar batas-batas hukum agama Islam. Dan untuk mengelak diri, Sultan Selangor mengambil jalan keluar yang mudah dengan pergi bercuti bersama Kavita dan mengabaikan pertemuan dengan Khalid yang merupakan Menteri Besar Selangor.

Diperhatikan setiap kali apabila timbul masalah dengan pihak Kerajaan Negeri, Sultan Selangor melarikan diri dengan pergi bercuti bersama pelacur Punjabi dan membiarkan Kerajaan negeri terlopong. Sultan Selangor perlu menghentikan tindakan mengarut seperti itu mulai sekarang kerana lebih ramai orang mula mengutuk dia kiri, kanan dan tengah.

- Suri Rumah yang punyai 'suara' (A Homemaker with a voice)


sumber: http://blog.marhaen.info/index.php/laman-utama/1-artikelmarhaen/652-gundek-yang-dilindungi

0 Komen for this post