MT: Yang Bertanding & Bertandang (1)
By Unknown on Tuesday, March 05, 2013
Filed Under:
Pada kali ini, gugusan Kepulauan Melayu sudah gawat.
Entah bila agaknya Malaysia menghadapi pilihan raya ke-13 (PRU-13)? Ramai pemimpin politik Malaysia mengatakan PRU-13 itu akan diadakan sebelum tamat tempoh kuasa kerajaan Barisan Nasional /UMNO sebelum April 28, 2013.

Akan tetapi ada beberapa tokoh pemimpin di Filipina mengatakan PRU 13 itu akan diadakan pada bulan Jun nanti.
Tentu kita hairan kenapa ada
percanggahan tarikh itu. Rakyat marhaen Malaysia tentu selesa dengan
tarikh sebelum 28 April, kerana itu adalah tarikh tamat tempoh Kerajaan
BN pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak.
Tentunya sebelum muncul tarikh itu Najib dan isterinya Rosmah boleh dijangka akan bergelar Tun. Ini adalah gelaran tertinggi Negara kepada seseorang pemimpin kerajaan bersama isterinya sebelum beliau melepaskan jawatan sebagai seorang Perdana Menteri.
Tidak kira sama ada Najib berjaya merangkul kembali tampuk kerajaan bagi BN dan UMNO, kita dapat rasakan bahawa dia tidak akan menjadi Perdana Menteri lagi selepas PRU-13 itu nanti. Jawatan PM itu pasti bertukar tangan kepada orang yang baru.
Soalnya siapakah orang itu nanti? Apakah dia daripada UMNO ataupun parti lain yang membarisi barisan Pakatan Rakyat yang kini menjadi barisan pembangkang di Parlimen. Ramai penganalis politik termasuk penulis artikel ini, PRU-13 nanti merupakan titik permulaan terkuburnya Barisan Nasional dan UMNO.
Apakah kerana rasional ini makanya muncul desas-desus di Filipina bahawa PRU-13 akan hanya diadakan pada bulan Jun nanti? Perkara ini hanya boleh berlaku kalau Najib dan Kerajaan BN sekarang membiarkan terluputnya tarikh 28 April tanpa mengadakan pilihan raya umum yang patut diadakannya sebelum tarikh itu.
Apabila tarikh itu muncul tanpa pilihan raya, terpulang kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk menamatkan kuasa Kerajaan Najib dan melantik sebuah ‘caretaker government’ untuk mengendalikan pilihan raya ke-13 itu. Siapakah ketua caretaker government itu? Najib sendirikah, Tengku Razaleigh Hamzahkah, ataupun TKT Mahathirkah?
Ini mencetuskan satu soalan baru. Bagaimanakah pemimpin di Filipina boleh mengulang-ulang menyatakan bulan Jun sebagai tarikh pilihan raya ke-13?
Tersebut kisah sekumpulan 108 orang askar bersenjata yang menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Pembebasan Sulu daripada Kepulauan Bangsa Moro telah datang mendarat di sebuah kawasan terpencil di Sabah dan kini berada di satu rancangan tanah FELDA Sahabat.
Kerajaan Malaysia menganggap mereka sebagai kumpulan bersenjata yang menceroboh kedaulatan Malaysia. Tetapi, kumpulan itu menganggap kedatangan mereka sebagai kedatangan menziarahi keluarga yang berada di bumi Sabah.
Mereka beranggapan bahawa mereka datang ke wilayah sendiri yang dipajak sewa oleh Kerajaan Malaysia mengikut Perjanjian Malakati Accord yang ditandatangani pada tahun 1963.
Inilah perjanjian yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Filipina Macapagal (dan disaksikan oleh Presiden Soekarno daripada Indonesia).
Perjanjian Makati Accord itu mempersetujui bahawa Sabah akan terus berada dalam Pakatan Malaysia kerana ini merupakan sebahagian perjanjian peralihan kuasa daripada Kerajaan British kepada Malaysia Merdeka.
Perjanjian itu juga mempersetujui agar Kerajaan Malaysia membayar sejumlah wang yang bersifat sewa pajak kepada Kesultanan Sulu setiap tahun. Wang sewa pajak itu bernilai lima ribu tiga ratus dollar Amerika (USD 5,300) setiap tahun.
Masa terus berlalu, Kesultanan Suluk (Sulu) yang lebih dikenali sekarang sebagai Kesultanan Bangsa Moro sudah bertukar tangan banyak kali sehinggakan pada waktu ini terdapat sembilan keturunan diraja Sulu itu yang menganggap mereka layak menjadi Sultan yang sah.
Buat masa ini Sultan Sulu bergelar Sultan Mahkota Jamalul Kiram Ketiga. Permaisuri beliau dikenali sebagai Dr. Fatima Kiram. Anak sulung beliau ataupun lebih dikenali sebagai Raja Muda Ajmudin Kiram adalah insan yang kini berada di bumi Sabah datang bertandang melihat ‘rakyat Bansa Moro’nya.
Mereka datang menceroboh sebenarnya, lengkap bersenjata pula. Sedangkan kedatangan itu telah dikutuk oleh kerajaan pusat Filipina pimpinan Benigno Aquino. Daripada 108 orang yang bersenjata itu, hanya 8 orang adalah wanita, mungkin bertugas sebagai tukang masak dan cuci kain.
Kedatangan mereka pada 14 Februari yang lalu tidak pun diketahui rakyat Malaysia sehingga beberapa hari selepas itu. Walau pun mereka lengkap bersenjata dan memakai pakaian seragam tentera, PM Malaysia tidak menganggap mereka sebagai satu ancaman besar, Kerana itu mereka diawasi oleh pasukan Polis DiRaja sahaja.
Malahan Najib sendiri pernah dilihat bercakap di TV mahu memberi mereka masa untuk pulang semula ke tanah air mereka. Ini disusuli oleh tawaran Kerajaan Filipina yang menghantar 6 buah kapal untuk mereka dapat pulang dengan selamat.
Kalau kita ambil protokol politik kehadiran penceroboh bersenjata bukan lagi dalam bidang kuasa pihak polis. Kenapakah Najib tidak mahu mengarahkan agar Angkatan Tentera Malaysia terlibat menangani hal ini? Bukankah ATM mempunyai segala kelengkapan perang yang canggih dan semua asset perang ini dapat digembleng untuk mengawal keadaan?
Apakah kerana Najib geram dan marah dengan ATM kerana tidak dapat mengesan kemasukan tentera asing ke bumi Sabah, memandangkan kita mempunyai kawalan radar yang canggih, kapal ronda tentera laut yang laju dan kewujudan dua buah kapal selam yang kini sudah pun boleh menyelam?
Ataupun Najib telah termakan nasihat sepupunya yang menjadi menteri bertanggungjawab ke atas PDRM yang berkata situasi itu mudah ditangani oleh pasukan polis sahaja.

Apakah mungkin Najib termakan dakyah
bahawa komando Polis adalah satu pasukan gerak khas yang lebih tangkas
dan licik berbanding komando tentera? Walaupun dia sedar bahawa komando
Polis VAT tidak menerima latihan secukupnya berbanding komando tentera
Malaysia?
Atau pun ada kulat di sebalik kayu, dalam episod yang kini bertukar satu tragedi yang mengorbankan tujuh orang pegawai keselamatan kita?
Hanya selepas tersebarnya kematian lima orang anggota polis lagi yang menyusuli dua kematian yang sudah pun disemadikan, baru Najib bertindak menggerakkan ATM di tempat itu. Kenapa agaknya?
Sejak pendaratan tentera Moro ini, banyak andaian sudah tersebar luas. Pihak kerajaan menganggap mereka datang menceroboh tetapi meminta mereka pulang dengan aman, sambil memberi laluan yang selamat kepada mereka untuk berundur.
Pada waktu yang sama Raja Muda Kesultanan Sulu yang bernama Raja Muda Ajmuddin Kiram bertegas mereka tidak akan berundur daripada bumi Sabah kerana mereka datang untuk mengambil alih tampuk pemerintahan tanah yang mereka sewakan dengan harga ‘5,300 dollar setahun’.
Malahan baru-baru ini ‘Rumah Bicara’ atau Majlis Raja-raja Kesultanan Sulu telah pun mengadakan satu Symposium di Manila di mana Sultan Sulu meminta jasa baik Presiden Benigno Aquino III menyebelahi mereka kerana mereka masih merupakan warga Filipina. Adalah logik untuk Kerajaan Filipina menyebelahi rakyatnya yang punya hak ke atas Sabah.
Majlis Dewan Kesultanan Sulu telah memujuk Aquino agar menyokong perjuangan mereka. Mereka mahu perjuangan tuntutan ke atas Sabah itu dianggap penting kerana “ia adalah lebih berbaloi daripada tindakan kerajaan Filipina yang berebut dengan negara-negara luar ke atas kedaulatan Kepulauan Spratly, yang merupakan beberapa ketul batu karang di Lautan Cina Selatan”.
Sudah banyak kali majlis Kesultanan Sulu ditemubual oleh televisyen Filipina seperti CBC, ABC, Aljazeera dan ANC. Malahan pada satu ketika Aljazeera berjaya menceroboh masuk dengan bot laju dan mendarat di bumi Sabah untuk mengutip berita sehingga mereka disekat oleh sekatan polis di Lahad Datu.
Soalnya sekarang, bagaimanakah kerajaan Najib mahu menangani keadaan ini sebelum ramai lagi perajurit kita terkorban?

Saya telah meneliti dengan penuh minat
episod ini dengan membaca berita media Malaysia dan menonton TV
propaganda kerajaan Najib. Di samping itu saya mengikuti laporan akhbar,
TV dan akhbar Filipina terutama sekali akhbar Davao Daily.
Tujuan berbuat demikian ialah mencari sumber yang menyebut bahawa PRU-13 akan diadakan pada bulan Jun nanti. Sambil itu saya mahu mencari apakah sebenarnya punca episode pendaratan tentera Moro di bumi Sabah?
Yang lebih penting sekali ialah kesahihan bahawa Anwar Ibrahim bertanggungjawab dengan peristiwa pencerobohan tentera Sulu ke atas Sabah.

Akan bersambung di Siri Kedua
- Marhaintua – 5.3.2013http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/2757-mt-yang-bertanding-a-bertandang-1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen for this post