KUALA LUMPUR 7 MAC: Pihak berkuasa perlu menyiasat laporan media Filipina yang mendedahkan perbuatan Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tanah kepada tentera Sulu hingga menyebabkan mereka menceroboh Lahad Datu, Sabah.
Jika benar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN
(AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata Najib juga perlu
mendedahkan kandungan perjanjian itu kerana melibatkan kedaulatan
Malaysia dan tanah milik Sabah.
Katanya, rakyat berhak tahu kandungan
perjanjian itu, apatah lagi ia membawa kepada pencerbohan tentera Sulu
yang diterajui Sultan Jamalul Kiram III hingga mengancam keselamatan
rakyat Sabah.
Beliau
juga kesal kerana Perdana Menteri sehingga kini tidak membuat sebarang
penafian terhadap pendedahan yang dibuat pengasas MNLF, Nur Misuari
sebelum dipetik media Filipina.
“Kita anggap perkara ini serius. Isu ini jadi masalah apabila berlaku pencerobohan wilayah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Mengikut Manila Bulletin Publishing Corporation (screen-shot dan pautan, di bawah), Nur Misuari mendapat tahu kumpulan Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai penceroboh Sulu, datang ke Sabah untuk menuntut janji daripada Najib Razak sebelum kenyataan itu dipetik sebagai tajuk muka depan Suara Keadilan.
Justeru itu, Shamsul berkata, AMK akan memulakan siri laporan polis terhadap Perdana Menteri dengan Ketua AMK Sabah, Serman Hassnar esok, diikuti seluruh pelusuk negeri.
“Kita minta polis siasat dakwaan ini,” katanya yang turut mendesak sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi penjelasan mengenai situasi semasa khususnya isu keselamatan rakyat.
“Saya desak Musa Aman selaku Ketua Menteri memanggil sidang khas. Kerana boleh timbul maklumat yang membimbngkan dan apa tindakan seterusnya.
“Ini kerana kerajaan negeri ada akses untuk pantau keadaan dan pembangkang di Sabah berhak mendapat penjelasan,” kata Shamsul.

http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/2760-najib-janji-bagi-tanah-kpd-tentera-sulu

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen for this post