keganasan di ceramah Bukit Katil

By Unknown on Friday, March 08, 2013

Komen (0)

Filed Under: , ,


Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung insiden keganasan pada ceramah di Bukit Katil malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata lelaki itu ditahan sehingga 11 Mac ini dan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
 
Dalam kejadian semalam, dua anggota polis juga telah dirawat selaku pesakit luar di Hospital Melaka selepas tercedera akibat dilontar dengan objek keras, katanya.

Menurutnya, beliau berkata ceramah Umno dan PKR yang diadakan berhampiran malam tadi, tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menurutnya, penganjur gagal memaklumkan kepada polis tentang rancangan untuk mengadakan ceramah itu sepuluh hari sebelum ia berlangsung.

"Kedua-dua pihak tidak ikut Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila mereka gagal memaklumkan polis tentang rancangan mengadakan ceramah," katanya.

Tambahnya, provokasi juga berlaku di antara kedua-dua penyokong parti namun keadaan kembali tenteram apabila polis mengarahkan ceramah dihentikan.

Sehingga kini, katanya, polis telah menerima dua laporan berhubung insiden semalam.

Satu laporan dibuat oleh pemandu bas kempen 'Jelajah Merdeka' PKR yang dibaling batu dan satu lagi laporan dibuat oleh polis sendiri berhubung kecederaan yang dialami dua anggotanya, kata Salehhudin.

Read more >>

Seorang lagi barua umno/bn

By Unknown on Friday, March 08, 2013

Komen (0)

Filed Under: , , , ,

mana2 tah datang cina ni, dpt email dari manila tuuuu.


Read more >>

Jamalul Kiram di Malaysia bersama seseorang berpangkat kapten TUDM?

By Unknown on Friday, March 08, 2013

Komen (0)

Filed Under: , , , , , , ,



TERBARU! APA HUBUNGAN SEORANG PEGAWAI TUDM DENGAN JAMALUL KIRAM III???

Isu Lahad Datu masih belum tamat. Ketika artikel ini ditulis pihak keselamatan negara masih membuat kawalan dan melakukan penggeledahan rumah ke rumah untuk mencari saki baki pengganas yang masih bebas.

Semasa isu ini bermula beberapa hari yang lalu, beberapa blog telah mendedahkan bahawa terdapat pengkhianat yang telah membocorkan rahsia ketenteraan kepada pihak lawan.

Ramai yang tertanya siapakah dalang tersebut. Terengganu Today tidak menuduh sesiapa. Tetapi apabila pihak Terengganu Today menerima satu SMS bergambar dari pembaca, kami menganggap perkara yang di hantar itu SANGAT PENTING!! dan berkaitan dengan apa yang sedang berlaku di Lahad Datu sekarang.

Menurut SMS yang dihantar, seorang Pegawai TUDM berpangkat Kapten dikatakan mempunyai hubungan rapat (keluarga) dengan Jamalul Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu.

Bagi membuktikan keakraban mereka, pada bulan November 2011 yang lalu, Kapten tersebut bersama-sama ibubapanya telah membawa Jamalul Kiram III bercuti dan bersiar-siar di Kuala Lumpur.

Ketika itu beliau serta keluarganya begitu bangga menyatakan bahawa mereka sedang “entertain” kerabat di raja dari SULU.
Terengganu Today menyertakan sekeping gambar yang menunjukkan Kapten tersebut bersama Jamalul Kiram III disebuah hotel di Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Apa yang menjadi persoalan, sebagai seorang pegawai tentera dan mengambilkira situasi keselamatan negara ketika ini, sejauhmanakah sebenarnya hubungan mereka?

Berbalik kepada dalang yang dimaksudkan oleh beberapa blog tempoh hari, Terngganu Today merasakan perlunya pihak-pihak berkenaan membuat siasatan kerana kita tidak mahu ada musuh dalam selimut, ada api dalam sekam.
Read more >>

Bapa saiful buat sidang akhbar sahkan Anwar tidak bersalah

By Unknown on Friday, March 08, 2013

Komen (0)

Filed Under: ,

@partialternatif: Bapa saiful buat sidang akhbar mengesahkan Anwar tidak bersalah dan difitnah oleh musuh politiknya Gambar hiasan http://via.me/-ab0zxtm Shared via TweetCaster
Read more >>

Najib janji bagi tanah kpd tentera Sulu

By Unknown on Friday, March 08, 2013

Komen (0)

Filed Under: , , ,

Najib perlu dedah isi perjanjian beri tanah kepada tentera Sulu

KUALA LUMPUR 7 MAC: Pihak berkuasa perlu menyiasat laporan media Filipina yang mendedahkan perbuatan Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tanah kepada tentera Sulu hingga menyebabkan mereka menceroboh Lahad Datu, Sabah.
Jika benar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata Najib juga perlu mendedahkan kandungan perjanjian itu kerana melibatkan kedaulatan Malaysia dan tanah milik Sabah.
Katanya, rakyat berhak tahu kandungan perjanjian itu, apatah lagi ia membawa kepada pencerbohan tentera Sulu yang diterajui Sultan Jamalul Kiram III hingga  mengancam keselamatan rakyat Sabah.

Beliau juga kesal kerana Perdana Menteri sehingga kini tidak membuat sebarang penafian terhadap pendedahan yang dibuat pengasas MNLF, Nur Misuari sebelum dipetik media Filipina.

“Kita anggap perkara ini serius. Isu ini jadi masalah apabila berlaku pencerobohan wilayah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Mengikut Manila Bulletin Publishing Corporation (screen-shot dan pautan, di bawah), Nur Misuari mendapat tahu kumpulan Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai penceroboh Sulu, datang ke Sabah untuk menuntut janji daripada Najib Razak sebelum kenyataan itu dipetik sebagai tajuk muka depan Suara Keadilan.

Justeru itu, Shamsul berkata, AMK akan memulakan siri laporan polis terhadap Perdana Menteri dengan Ketua AMK Sabah, Serman Hassnar esok, diikuti seluruh pelusuk negeri.

“Kita minta polis siasat dakwaan ini,” katanya yang turut mendesak sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi penjelasan mengenai situasi semasa khususnya isu keselamatan rakyat.

“Saya desak Musa Aman selaku Ketua Menteri memanggil sidang khas. Kerana boleh timbul maklumat yang membimbngkan dan apa tindakan seterusnya.

“Ini kerana kerajaan negeri ada akses untuk pantau keadaan dan pembangkang di Sabah berhak mendapat penjelasan,” kata Shamsul.
- Suara Keadilan Daily

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46654


http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/2760-najib-janji-bagi-tanah-kpd-tentera-sulu

Read more >>

Solat hajat seluruh negara

By Unknown on Thursday, March 07, 2013

Komen (0)

Filed Under:

Nik Abdul Aziz (@nikabdulaziz) tweeted at 0:41 PM on Thu, Mar 07, 2013: [admin] "SOLAT HAJAT DI SELURUH NEGARA PADA JUMAAT 8 MAC 2013 Perkembangan terkini isu pencerobohan kedaulatan... http://t.co/88mwnI9DpI (https://twitter.com/nikabdulaziz/status/309524204951310336)

Read more >>

Eowqito S Barri Guna Facebook Untuk Mengintip Pergerakan Anggota Keselamatan

By Unknown on Thursday, March 07, 2013

Komen (0)

Filed Under: , ,

Isu Penceroboh Filipina: Eowqito S Barri Guna Facebook Untuk Mengintip Pergerakan Anggota Keselamatan - Info - Blog 3 Dalam 1 | Anda ingat tak lagi dengan Rhadz s Barri (sekarang tukar nama pula kepada Eowqito S Barri) pernah bercomments-comments status page NKL bersama anda, kebanyakan komennya menentang dan memperlekehkan perjuangan wira-wira kita di Lahad Datu. Setelah diselidiki gambar-gambar di facebooknya memegang senjata api. Mungkin dia juga salah satu pemberi maklumat kepada “tentera” sulu tersebut. Berhati-hati lah atas perkongsian maklumat. Pray for Sabah!
Isu Penceroboh Filipina Eowqito S Barri Guna Facebook Untuk Mengintip Pergerakan Anggota Keselamatan - Info - Blog 3 Dalam 1
Mintak polis menyiasat orang ini dia menetap di sabah tapi dia menentang kerajaan malaysia and menyokong penuh tentera sulu yg menceroboh di lahad datu.dia membuat kritikan dalam facebooknya sebelum ni dia guna nama Rhadz S Barri masa tu apabila chek albumnya penuh dengan gambar-gambar dia siap pegang senjata tapi sekarang dia tukar nama dalam Eowqito S Barri gambar-gambar yang dia pegang senjata sudah di padamnya.
Tapi syukur saya sempat copy tolong beringat mereka guna facebook untuk mengintip pergerakan anggota keselamatan kita.jadi jangan keluarkan apa-apa fakta pergerakan anggota keselamatan kita supaya tidak jatuh ke tangan penceroboh. Esok saya akan report polis mengenai hal ini..


 http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/03/isu-penceroboh-filipina-eowqito-s-barri.html
Read more >>