Jamalul Kiram di Malaysia bersama seseorang berpangkat kapten TUDM?

By Unknown on Friday, March 08, 2013

Filed Under: , , , , , , ,



TERBARU! APA HUBUNGAN SEORANG PEGAWAI TUDM DENGAN JAMALUL KIRAM III???

Isu Lahad Datu masih belum tamat. Ketika artikel ini ditulis pihak keselamatan negara masih membuat kawalan dan melakukan penggeledahan rumah ke rumah untuk mencari saki baki pengganas yang masih bebas.

Semasa isu ini bermula beberapa hari yang lalu, beberapa blog telah mendedahkan bahawa terdapat pengkhianat yang telah membocorkan rahsia ketenteraan kepada pihak lawan.

Ramai yang tertanya siapakah dalang tersebut. Terengganu Today tidak menuduh sesiapa. Tetapi apabila pihak Terengganu Today menerima satu SMS bergambar dari pembaca, kami menganggap perkara yang di hantar itu SANGAT PENTING!! dan berkaitan dengan apa yang sedang berlaku di Lahad Datu sekarang.

Menurut SMS yang dihantar, seorang Pegawai TUDM berpangkat Kapten dikatakan mempunyai hubungan rapat (keluarga) dengan Jamalul Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu.

Bagi membuktikan keakraban mereka, pada bulan November 2011 yang lalu, Kapten tersebut bersama-sama ibubapanya telah membawa Jamalul Kiram III bercuti dan bersiar-siar di Kuala Lumpur.

Ketika itu beliau serta keluarganya begitu bangga menyatakan bahawa mereka sedang “entertain” kerabat di raja dari SULU.
Terengganu Today menyertakan sekeping gambar yang menunjukkan Kapten tersebut bersama Jamalul Kiram III disebuah hotel di Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Apa yang menjadi persoalan, sebagai seorang pegawai tentera dan mengambilkira situasi keselamatan negara ketika ini, sejauhmanakah sebenarnya hubungan mereka?

Berbalik kepada dalang yang dimaksudkan oleh beberapa blog tempoh hari, Terngganu Today merasakan perlunya pihak-pihak berkenaan membuat siasatan kerana kita tidak mahu ada musuh dalam selimut, ada api dalam sekam.

0 Komen for this post