BERUK-BERUK UMNO BERPERANG SAKAN

By Unknown on Tuesday, July 17, 2007

Filed Under:

1. UMNO Berperang dan Menggunakan Harta Awam

Sekolah-sekolah di negeri Kedah khususnya di Daerah Padang Terap Pendang ketika ini sedang sibuk menjayakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang di sekolah masing-masing. Majlis ini telah dijadikan semacam acara wajib tahunan bagi sekolah-sekolah untuk meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang. Majlis ini juga merupakan acara kemuncak bagi guru dan pelajar-pelajar untuk diraikan atas sumbangan dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dalam bidang akedimik serta kokurikulum.

Melalui majlis-majlis seperti ini [dan juga majlis sukan tahunan sekolah dan mesyuarat agung PIBG], setiap Pengetua atau Guru Besar berlumba-lumba menjemput pembesar UMNO untuk merasmikan majlis-majlis tersebut dengan harapan pembesar itu dapat memberi sumbangan [dalam berbagai bentuk seperti kewangan, komputer, baik-pulih padang permainan dsbnya] kepada sekolah. Lagi besar pangkat orang itu [kaya dan banyak duit], maka lebih banyaklah sumbangan yang sekolah akan terima.

Dajal atau barua kepada pemimpin UMNO yang berusaha membawa masuk pemimpin UMNO ke kawasan sekolah adalah Pengerusi-pengerusi PIBG yang keseluruhannya terdiri daripada pencacai-pencacai UMNO [yang memegang jawatan Pengerusi atau AJK Jawatankuasa Keselamatan Kampung] yang rata-rata mereka adalah tukang kebun, tukang sapu sampah dan lebih tinggi sedikit ialah Pembantu Am Pejabat.

Ingat, walaupun mereka ini ‘golongan lembu pawah-bodoh-sombong’, tetapi kebanyakan Pengetua atau Guru Besar [yang lebih cerdik] cukup takut kepada golongan ini, kerana mereka mempunyai hubungan politik yang mesra dengan pimpinan UMNO atasan dan sekiranya Pengetua atau Guru Besar yang tidak sebulu atau menjadi penyokong pembangkang [PAS], mereka ini boleh mengunakan saluran politik untuk menukarkan Pengetua atau Guru Besar ikut suka hati dengan membelakangkan kepentingan perkhidmatan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Pembesar UMNO akan mengunakan majlis-majlis yang disebutkan itu untuk mengembangkan pengaruh politik dikalangan para ibu-bapa yang hadir [digunakan pelbagai tekanan dan paksaan untuk hadir]. Sudah diketahui umum bahawa kawasan sekolah adalah medan politik pemimpin UMNO [parti lain tidak boleh, tetapi parti UMNO bangsat ini dibolehkan]. UMNO akan menjalankan aktiviti kepartian dengan menggunakan segala kemudahan yang sedia ada disitu untuk kepentingan politiknya.

Sebagai contoh, SM Dato’ Syed Ahmad dan Kolej MARA Kuala Nerang merupakan dua tempat pilihan paling popular bagi UMNO untuk mengadakan mesyuarat, perjumpaan dan berbagai aktiviti lagi. Ketika majlis-majlis itu berlangsung, bendera dan sepanduk-sepanduk UMNO menyelubungi kedua-dua tempat itu seolah-olah tempat itu ‘UMNO yang punya’. Saya akan membuktikannya, insyaAllah melalui gambar-gambar [kemungkinan laporan polis akan dibuat] pada pilihanraya umum ke-12 nanti.

Pastinya SM Dato’ Syed Ahmad [mungkin juga SM Kuala Nerang] dan Kolej MARA Kuala Nerang akan dijadikan markas besar UMNO untuk berkubang di sini. Bersedialah PAS Kawasan untuk bertindak menghalang UMNO menyalahgunaan kuasa menggunakan harta awam, jentera-jentera [termasuk pegawai-pegawai] dan bangunan-bangunan milik kerajaan. UMNO wajib diajar agar mereka sedar bahawa semuanya itu bukan milik UMNO, tetapi milik rakyat yang membayar cukai. Rakyat dari parti-parti lain juga berhak ke atasnya. Jangan biarkan UMNO bermaharajalela lagi.

Berbalik kepada tajuk : “Beruk-beruk UMNO berperang sakan”. Baru-baru ini SM Pedu bercadang menjemput Datuk Hasbullah bin Lebai Isa, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri dan bekas Penolong Pegawai Daerah Padang Terap untuk datang dan merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang yang dijadualkan akan diadakan pada pertengahan bulan Julai ini, tetapi Menteri Besar Kedah, Mahdzir Khalid melalui pegawai-pegawainya mengarahkan Pengetua dan PIBG sekolah tersebut supaya membatalkan program yang sudah diatur untuk Hasbullah.

Difahamkan Mahdzir [ADUN Pedu] telah memberi amaran keras supaya Hasbullah jangan ‘menganggu’ kawasan Pedu yang menjadi kawasan [DUN Pedu] kubu kuatnya, yang menjadi tapak bagi Mahdzir untuk menapak lebih jauh dalam arena politik di Negara ini khususnya di negeri Kedah. Difahamkan terdapat perpecahan dan ada puak-puak atau penyokong pemimpin tertentu dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Marilah sama-sama kita berdoa semoga perpecahan, dengki-mendengki, dendam-mendendam dan cantas-mencantas akan berterusan sehingga ke akhir hayat UMNO itu sendiri atau selagi ada bumi dan matahari, UMNO akan berpecah.

Persoalannya sekarang ini: Bagaimana dengan peranan PAS Kawasan untuk menggunakan isu ini dan mengekploitasikannya supaya kemenangan berpihak kepada kita?

Parlimen Padang Terap mempunyai dua DUN-Kuala Nerang dan Pedu. Pada PRU lalu, semua kerusi ini dirampas balik daripada tangan PAS hasil strategi, taktik penipuan, penyelewengan dan kerja buat SPR untuk membantu UMNO memenangi semula kerusi-kerusi tersebut. Sekarang keadaan politik UMNO bagi kawasan ini sedang bergolak kencang. Masing-masing hendak menjadi calon pilihanraya. Yang ada, hendak mengekalkannya sehingga ke liang lahad. Menjadi YB UMNO merupakan platform untuk menjadi kaya-raya kerana peluang-peluang mencipta kekayaan ada terbentang luas dihadapan mata, lebih-lebih lagi peruntukan RMK-9 yang bernilai berbillion-billion ringgit baru dilaksanakan. Ada peluang untuk meraih sebahagian daripada peruntukan tersebut untuk kepentingan peribadi dan menambah khazanah peribadi bukan khazanah untuk rakyat.

Persetankan rakyat. Biarkan rakyat bergelut dengan kemiskinan. Apa peduli. Mereka ini [pengundi-pengundi] boleh dibeli bila-bila masa sahaja. Bagi beras, gula-kopi, kain-batik-kain- pelikat, duit RM50, bawa pergi melancong dan jamu kenyang-kenyang, sibuta dan sipekak ini tetap memangkah ‘dacing’ yang sudah ketinggalan zaman. Zaman kini orang sudah guna kilogram sukatanya bukan dacing lagi.

Hakikat beli-membeli ini diperakui sendiri ADUN Kuala Nerang di malam pengumuman PRU ke-11 dulu, secara berseloroh ADUN itu berkata kepada bekas calon PAS bagi Parlimen Padang Terap, beliau berkata [lebih kurang] : “ …….., Ustaz…… pengundi-pengundi di daerah Padang Terap ini tidak perlu kita berkerja keras turun padang bertemu mereka, sampai masa pilihanraya bawa duit banyak-banyak, tabor, tabor, tabor pastinya mereka makan dan bagi undi kepada kita”.

Alhamdulillah. ADUN itu mempraktikkan apa yang beliau katakan itu. Beliau tidak pernah turun padang bertemu rakyat bertanya khabar. Beliau sibuk dengan perniagaan peribadi mengumpul wang sebanyak mungkin untuk ditaburkan pada malam mengundi nanti.

Inilah kepercayaan yang beliau pegang selama ini. Pengundi-pengundi Padang Terap boleh dibeli dengan wang ringgit. Mereka tidak ada harga diri. Mereka menyokong UMNO supaya pemimpin mereka menjadi kaya bertambah kaya seperti yang ditunjukkan oleh Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen yang mereka pilih itu. Hidup mewah. Rumah mungkin nilainya mencecah jutaan ringgit. Memiliki kereta beraneka jenis bertaburan [parking] dihalaman rumah yang luas bagaikan istana raja. Mereka tidak memperdulikan nasib malang yang mereka hadapi. Kos belanja hidup mencengkam kehidupan mereka seharian. Harga getah dan padi tidak setanding dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Dri mereka hanya bernilai RM50 di kaca mata ADUN terbabit.

Kasihan kepada pengundi-pengundi di daerah Padang Terap, Kedah. Siapakan yang akan mengubah nasib anda semua?

Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.

II. Perangai Buruk Mahdzir Khalid dan Abdullah Ahmad Badawi

Sila baca tulisan saya yang disiarkan oleh Laman Marhaen dan Tranungkite pada 6.11.2006 lalu :
http://marhaen.kelatedaily.net/mar_b_tun_telanai57.html

dan juga tulisan Laman Sang Kelembai bertajuk : AKULAH PRESIDEN DAN PM MAHA BERKUASA
http://www.sangkelembai2006.blogspot.com/

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

- Tun Telanai

1 Komen for this post

Lihatlah minda penulis yang suka memaki hamun orang lain, seolah-olah hanya dia shaja yang betul!.

Pencacai...barua...menyamakan manusia dengan beruk....istilah diguna orang yang "tidak tinggi" ilmunya...

Orang yang berilmu, pasti akan manis pertuturannya.

Umpama mengetuk baldi, jika ia kosong....bunyinya memang kuat...lain bunyinya bila ia berisi...faham-fahamlah maksud saya....bertaubatlah...mohon maaflah anda kepada mereka..sesungguhnya dosa anda kepada mereka tidak akan diampun Allah selagi dosa anda tidak dimaaf mereka....

Wallahua'lam.....

Posted on July 10, 2009 at 11:17 AM