Najib & Umno Jangan Alihkan Isu, Jawab Pertanyaan Rakyat -

By Unknown on Wednesday, July 18, 2007

Filed Under:


17 Julai 2007

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), mengecam sikap Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak, yang memilih untuk menyerang Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dengan tohmahan dan label, berbanding menguraikan lingkaran kontroversi yang mengelilinggi berkaitan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantunya Sharibuu, yang ditimbulkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia selain hal penerimaan komisyen luar biasa orang tengah yang hampir dengan Najib dalam urusan pembelian Kapal Selam dan Jet Pejuang yang mencecah hampir RM 1 Billion.

Kedua-dua isu terbabit lebih utama di selesaikan dan dirungkaikan kerana ianya melibatkan kepentingan wang rakyat dan maruah negara yang begitu hebat tercalar.

Beberapa hari lepas Najib telah membidas KeADILan, akan hancur dan sedang ditimpa bala dengan keluarnya ramai bekas-bekas pimpinan parti.Ini disusuli dengan pelbagai kecaman negatif terhadap KeADILan dari segenap lapisan pimpinan Umno termasuklah Muhammad Mohd Taib, Muhyiddin Yassin dan juga Khairy Jamaluddin.

Kami melihat kenyataan-kenyataan tersebut, adalah pelarian dari hunjaman persoalan dan kontroversi yang mengaitkan beliau, sekaligus mengiyakan bahawa KeADILan adalah ancaman terbesar Umno/BN!

AMK tidak mahu apolegetik atau menafikan wujudnya ahli keluar parti dan khianat dengan perjuangan kerana agenda peribadi dan sebahagiannya belum boleh menerima hakikat dasar perjuangan parti yang lebih inklusif dan di luar kerangka mainan politik perkauman sempit anjuran Umno dan Barisan Nasional.

Namun begitu maklum balas rakyat adalah lebih utama, dalam sebahgian kecil yang keluar, masih banyak yang berminat dan galak untuk menyertai perjuangan parti KeADILan demi menegakkan reformasi dan sekaligus menggulingkan mereka yang korup, tamak dan tidak bertanggungjawab.

Amiruddin Shari
Naib Ketua
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat


Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
No 110-3, Jln Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Laman Web Rasmi: http://amk.keadilanrakyat.org
Emel: penerangan.amk@gmail.com

0 Komen for this post