Institusi DiRaja sedang dipertahan atau dipermainkan?

By Unknown on Thursday, July 26, 2007

Filed Under:

Pada kita, tak kira Agung atau Sultan, ia perlu dihormati sebagai tonggak pemerintahan Bangsa melayu dan tunggak pemerintahan Negara. Jangan kita Hormat Agung dan dimasa yang sama mengenepikan Sultan, secara tidak langsung, kita mempermainkan Institusi DiRaja negara kita.

Tetapi berlainan dengan Muhamad Muhd Taib, yang tiba-tiba berubah perangai menghormati Agung dimana sebelum ini beliau mengenepikannya kerana keinginan berkahwin untuk kali kedua dengan anak seorang Raja. Insiden ini semua orang tahu dan semua pemimpin tahu, yang anehnya beliau memperolehi sokongan yang hebat dari ramai kalangan pemimpin. Tapi siapakah pemimpin -pemimpin yang menyokong beliau? Sudah pasti dari UMNO juga.

Sepertinya ia satu agenda, lanjutan usaha Azalina Othman yang hampir kecundang setelah mengambil beberapa orang untuk digajikan sebagai penyerang para bloggers. Namun bloggers tahu bahawa pada akhirnya, undang-undang dan penguatkuasaan akan digunakan kerana itu lah kemudahan yang mereka ada dan yang bakal mereka gunakan untuk menentang penentangan terhadap kerajaan dan pemimpin. Ia berlaku seperti mana ISA dan OSA digunakan dan melindungi hak mereka untuk terus menyalahgunakan kuasa.

Lapuran polis sudah dibuat dan akibatnya Malaysia Today mendapat serangan. Sebelum ini Nat dari Keadilan telah ditahan, penahan itu tidak memerlukan lapuran polis dibuat. Beliau ditahan tanpa sebab dan tanpa diberitahu kepada ahli keluarga. Ia menjelaskan lagi, undang-undang menjadi senjata pemimpin dan kalau hendak disabitkan dengan FITNAH ternyata NAT tidak terbabit dan sekiranya untuk menuduh beliau mempermainkan Agung dan Raja, beliau juga tidak melakukannya. Lantas kenapa masih boleh ditahan?

Pengunjung laman blog dan internet sebenarnya tahu, siapa dipihak yang benar dan siapa yang bersalah. Cuma kebimbangan UMNO dan BN amat ketara terutama ketika pilihanraya sudah semakin hampir. Serangan bloggers kepada Kerajaan Malaysia sebenarnya sudah berlaku terlalu lama. Setiap kali ada berita keraguan sikap pemimpin, maka timbullah berita itu pada internet dan blog. Kini blog dan internet menjadi satu saluran untuk membuat pengaduan dan lokasi untuk menyelesaikan kekeliruan rakyat. Tidak payah beratur dan tidak payah mengisi borang serta menyerahkan IC. Klik dan anda akan dapat jawapan.

Kaedah ini menjadi bertambah popular kerana krebiliti pusat aduan yang rakyat ada sekarang sudah hilang kepercayaannya. Kenapa kita tidak adu kes rasuah pada BPR? Jawapannya kerana banyak kes yang tidak diambil tindakan, yang ditutup dan ada yang lepas tanpa bicara. Apa pilihan kita? Pastinya internet dan blog.

Tarikh pilihanraya dijangkakan sekitar tahun ini. Telinga rakyat harus ditutup. Mereka tidak boleh menerima berita buruk pemimpin yang ada kerana rakyat hanya perlu tahu perkara baik. Merunsingkan lagi, setiap tuduhan mempunyai bukti hitam dan putih. Ianya bukan mudah untuk dilakukan melainkan ianya adalah benar dan tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.

Untuk menentang balik blogger yang mempunyai bukti hitam putih penyalahgunaan kuasa itu bukan lah perkara yang mudah. Mereka tidak boleh mengada-adakan perkara yang tidak ada dan begitu juga para blogger yang menyertakan bukti yang benar dan bukan dicetak sekadar untuk membuat fitnah. Kalau benar ianya fitnah sudah pasti si tertuduh akan menyaman pihak bloggers yang mengeluarkan berita tersebut. Tetapi ia tidak berlaku dan kerana itu maka, alasan lain digunakan untuk menjerat pengendali blog seperti yang berlaku pada Malaysia-Today. Sah!! kes yang disabitkan bukan lah FITNAH tetapi MENGHINA AGONG, dimana ia tidak dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin, tetapi oleh penghantar komen.

Memang benar ada komen dari pembaca mempermainkan institusi Di Raja. Dan wak sendiri ada membacanya sehinggakan menimbulkan kemarahan dihati. Tetapi persoalannya disini, siapakah yang menghantar komen tersebut? Ia mungkin juga pihak yang bersekongkol untuk menjadikan ianya satu alasan untuk lapuran polis dibuat. Maka siapakah dalang dikalangan pembaca Malaysia Today?

Kita tidak boleh mempunyai buruk sangka terhadap bloggers ketika ini tetapi bermulanya isu BOLASEPAK FAM dan MALAYSIA TODAY, berlaku hampir serentak dan bahasa kasar penghinaan yang digunakan pun lebih kurang sama. Pemberi komen Menghina Tengku Abdullah dan menghina juga Agung. Dilakukan berulang-ulang dan mungkin dari orang yang sama. Untuk dedahkan siapa penghantar komen, bukan lah tanggung jawab blogger kerana blogger tidak mahu dikatakan tidak amanah menyimpan rahsia. Untuk mencari siapa penghantar itu bukan mudah kerana sudah pasti ia dibuat dilokasi umum.

Adakah pihak UMNO dan BN bersekongkol untuk menimbulkan isu ini? Itu kita tidak pasti tetapi fitnah dan khianat adalah permainan mereka. Adalah tidak mustahil kaedah yang sama dilakukan setelah perjumpaan demi perjumpaan dibuat sesama mereka dan akhirnya idea tersebut pun timbul.

Rakyat yang sedar akan perkara ini bersama menyokong Raja Petra. Cuma web penyokong UMNO sahaja yang menentang. Jumlah bloggers bebas terlalu ramai untuk dibandingkan beberapa kerat pembikin blog UMNO. INi lah bezanya antara ikhlas dan bergaji.

Raja Petra juga seorang Raja dengan pengertian Darah keturunan. Beliau adalah Sepupu kepada Sultan Selangor sekarang dan beliau masih lagi seorang Raja. Cuma pendekatannya adalah bukan menjadi seorang Raja memegang takhta tetapi menjadi Raja yang membuka minda mengenali bentuk pemimpin yang kita ada sekarang melalui dunia siber. Kalau Mike Tyson fikir dia memperjuangkan Raja tetapi di dalam masa yang sama sebenarnya Mike Tyson juga menentang seorang yang berketurunan di Raja.

Adakah Instiusi Di Raja akan dipermainkan oleh ahli politik licik seperti Mike Tyson seperti yang pernah dilakukan oleh Mahathir dulu? Siapa yang tertipu dan siapa yang menipu sekarang? Ramai antara kita yang turut menyokong Mahathir ketika itu hanya kerana pendedahan kemewahan sesetengah Raja. Sedangkan ketika ini ramai pemimpin politik yang bukan sahaja mempunyai senarai kenderaan yang banyak tetapi menutupnya dengan membukan akuan diluar negara. Aset juga turut dibeli diluar sana. Ketika serangan Mahathir kepada Raja dahulu adalah dengan kaedah Liputan menyenarai kenderaan dan kemewahan Raja sehingga rakyat menjadi Marah. Api turut disemarakkan oleh media dengan membuat lipuran ucapan para pemimpin kepada isu yang sama. Siapa yang dipergunakan ketika itu? Jawapannya adalah rakyat. Siapa yang menggunakan? Pemimpin UMNO dan siapa yang menjadi mangsa keadaan? Sudah pasti Raja Raja melayu.

Kita tunggu kan lapuran lanjut dan doa kita kehadirat Allah swt memihak kepada Raja Petra Kamaruddin. Ia perlu untuk menjelaskan siapa yang benar dan siapa yang salah di dalam hal ini. Sesungguhnya UMNO bukan sahaja sanggup mempermainkan institusi Di Raja malah Nabi Muhammad saw pun pernah mereka permainkan. Maka perjuangan UMNO dan BN bukan lah semata-mata kerana Raja, Agama dan Negara tetapi kerana kuasa. Itu sahaja.

Blogger tidak pernah menjatuhkan Raja Raja Melayu, tetapi UMNO pernah. Itu bukti yang sah dan tidak mustahil ia berlaku lagi kerana pada mereka Raja adalah hanya untuk mengesahkan jawatan mereka dan memberikan anugerah Dato. Dato Seri, Tun dan Tan kepada mereka. Kerana itu maka perlunya ada persoalan pada kita samaada, Muhammad Muhd Taib dan UMNO memertahankan atau mempermainkan Institusi DiRaja? Pesanan wak….manusia kalau sudah hampir tenggelam, sanggup capai apa sahaja untuk selamat.

- Raden Jowo

0 Komen for this post