Pemimpin UMNO Kelantan tunggu masa Masuk PAS

By Unknown on Thursday, July 26, 2007

Filed Under:

Lepas satu-satu pemimpin UMNO Kelantan masuk PAS. Makin riak Dato' Seri Annuar Musa, makin kucar-kacir sistem perjalanan operasi parti mereka. Tetapi macam biasa, pemimpin UMNO Kelantan suka berhujah tanpa ada fakta.

Manakala media arus perdana akan menggunakan intonasi serta riuk lintuk bunga bahasa untuk membenarkan apa yang didombakan UMNO benar belaka.

Bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim menjadi pelopor perubahan orang-orang UMNO.

Baru-baru ini, gempar bekas penceramah Agama ke-4 terhebat UMNO Kelantan, Ustaz Abdul Hamid Derani keluar parti untuk menganggotai PAS. Nampaknya, kelam kabut juga Dato' Mustafa Mohamad, kerana ustaz berkenaan adalah orang kuatnya meraih undi.

Kini, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh, Hj Abdul Manaf Abdullah bertindak keluar parti untuk masuk PAS. Abdul Manaf ini dahulunya merupakan Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kok Lanas, dan juga pernah mmegang jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian Kok Lanas.

Nampaknya, giliran Dato' Seri Annuar Musa pula yang fikir panjang dengan pengaruh UMNO di Kelantan. Disini saya, sertakan video yang diedit sendiri untuk tatapan semua. Ini adalah ceramah Ustaz Abdul Hamid Derani di Kg Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan, parlimen yang dikuasai oleh Che Min Che Ahmad.

Mungkin musim pemimpin UMNO Kelantan keluar parti inilah, mungkin terjadinya kecurian di pejabat Exco kerajaan negeri Kelantan. Kali ini, pejabat Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan diceroboh. Mungkin ada yang nak tahu siapa pula yang nak masuk PAS barangkali.

Tetapi seperti pengakuan Pegawai Khas Exco berkenaan, Mohamad Zainal Abidin Hussin, tiada apa maklumat sulit yang mereka tinggalkan di sana. Kini, pengawal keselamatan di Kota Darul Naim jadi tumpuan lagi kali ini.

http://www.youtube.com/v/WPvv5wRmSaU

- Amirulreza

0 Komen for this post