Kebijaksanaan Menteri Pelajaran Menolak Saranan BPR Dipertikaikan
By Unknown on Wednesday, July 18, 2007
Filed Under:
17 Julai 2007
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam sikap Menteri Pelajaran Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn mengenai respon negatif beliau terhadap saranan Badan Pencegah Rasuah (BPR) agar diberikan ruang di dalam kurikulum akademik sistem pendidikan Malaysia mengenai bahayanya jenayah rasuah.
AMK melihat penjelasan yang diberikan oleh Hishamuddin berkenaan bahawa jadual yang ketat di sekolah-sekolah amatlah longgar adalah alasan yang dangkal dan tidak bijak. Tidakkah Hishamuddin sedar, jika aktiviti ko-kurikulum di sekolah boleh dipenuhkan dengan aktiviti sukan, mengapa tidak penerapan usaha membenci rasuah tidak boleh diberi ruang di peringkat sekolah? Ini adalah pemikiran yang sempit seorang menteri yang dipertanggungjawabkan dalam usaha memberi pendidikan terhadap anak bangsanya.
AMK juga melihat jawapan yang diberikan oleh menteri terbabit tidak beretika sedangkan beliau boleh membawa cadangan BPR di dalam jemaah mesyuarat di Kementerian Pelajaran dan mendapat persetujuan di dalam mesyuarat kementerian berkenaan. Apakah usaha ini dihalang semata-mata ingin melindungi perasuah daripada kalangan menteri-menteri kerajaan yang sekarang ini terpalit tentang pelbagai isu rasuah seperti yang didakwa di pelbagai saluran maklumat?
AMK dengan tegas meminta supaya Hishammuddin menarik semula kenyataan beliau yang disifatkan tidak rasional. Beliau berterusan melatah tanpa sebab yang munasabah tanpa sedar bahawa gejala rasuah sudah menjadi semakin berbahaya berbanding jenayah yang lain.
Zulkifli Ibrahim
Exco
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
No 110-3, Jln Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Laman Web Rasmi: http://amk.keadilanrakyat.org
Emel: penerangan.amk@gmail.com 18.07.2007
0 Komen for this post