RASUAH TAPI BEBAS
By Unknown on Saturday, July 21, 2007
Filed Under:
DATUK JOHARI BAHARUM.(2007)
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Johari Baharum ditutup.
Ini kerana tiada apa-apa keterangan yang boleh mengaitkan Johari dengan sebarang kesalahan rasuah, kononnya menerima RM5 juta bagi membebaskan beberapa pesalah yang ditahan mengikut Ordinan Darurat 1969, demikian menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara yang dikeluarkan kepada Bernama, di Putrajaya petang ini.
TAN SRI MUSA HASSAN(1998-2007)
Ketua Polis pula dituduh melindungi penjenayah dan tuduhan ini sudah bertukar menjadi laporan BPR oleh pihak Kementerian Dalam Negeri sendiri yang mengelola polis. Bagaimana kroniknya keadaan negara kita. Kesan laporan itu ialah polis melindungi penjenayah dan rakyat pula menggigil berhadapan dengan ancaman jenayah kecil dan besar.
Adakah Musa tidak perlu meletakkan jawatan selepas laporan dibuat oleh pegawai KDN sendiri? Ia adalah usul tidak percaya Kementerian Dalam Negeri terhadap Ketua Polisnya sendiri. Apa kata Abdullah jika laporan yang diarahkan oleh Johari tidak dimaklum kepada Abdullah terlebih dahulu? Bukankah ia juga bermakna Johari hilang kepercayaan terhadap Abdullah? Ia bermakna Johari sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri tidak menghormati perlantikan yang diibuat oleh Abdullah dan menyanggah perlantikan itu dengan membuat laporan ini?
TAN SRI ERIC CHIA 2007
"Bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd (Perwaja Steel), Tan Sri Eric Chia Eng Hock, semalam dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah RM76.4 juta pada 1994." Berita Harian 27 Jun 2007
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mendedahkan dalam Parlimen bahawa Perwaja:
(a) mengalami rugi bertimbun sebanyak RM2985 ribu juta,
(b) berhutang dengan bank sejumlah RM7 bilion,
(c) memberikan kontrak bernilai RM975 juta kepada syarikat-syarat yang mempunyai hubungan dengan Datuk Koh Mah Shoon dan Ng Kim Lin, dan membayar RM76.4 juta kepada NKK Corporation melalui Frisham Enterprises di Hong Kong, iaitu sebuah syarikat yang tidak wujud. PM Mahathir murka kerana pendedahan ini.
Akhirnya, dalam bulan September 2000 Pengarah BPR waktu itu, Datuk Mohd Zaki Hussein, bertubi-tubi mengeluarkan kenyataan bahawa BPR sudah dapat mengumpulkan cukup bukti.
Tidak lama kemudian Mohamad Zaki dipindahkan (kini beliau menjadi salah seorang Pengerusi Lembaga Penasihat bagi mendengar kes-kes tahanan ISA). PM melantik seorang pegawai polis sebagai pengganti. Sejak itu, kes Perwaja tidak kedengaran lagi. Bahkan sejak itu juga BPR menjadi lumpuh.
Eric Chia kni masih berada di Malaysia. Beliau hidup mewah dalam sebuah kompleks beberapa buah mahligai sepanjang jalan 14/56, Petaling Jaya. Nombor 23, 25 dan 29 merupakan tiga buah mahligai tersergam. Dua daripadanya setinggi empat tingkat dan mempunyai tingkat bawah tanah. Bagaimanakah beliau boleh dibenarkan membina bangunan lebih tinggi daripada dua tingkat di kawasan kediaman, tanpa apa-apa tindakan daripada MPPJ?
0 Komen for this post