Transaksi Haram Eksport Senjata Ke Malaysia:DRM Digesa Siasat!

By Unknown on Saturday, July 21, 2007

Filed Under:

20 Julai 2007

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius berita yang dilaporkan oleh Reuters pada 19 Julai 2007 berkenaan seorang warga New York yang telah didakwa melakukan transaksi eksport senjata secara haram ke Malaysia.

Berita tersebut turut memetik kenyataan Peguam dari Amerika Syarikat Michael Garcia yang mendakwa bahawa komponen senjata berbahaya F-5 dan F-14 telah dieksport ke Malaysia oleh tertuduh, Jilani Humayun yang juga dilaporkan gagal untuk mendapatkan lesen eksport yang sah untuk menghantar peralatan ketenteraan kepada sebuah syarikat di Malaysia pada tahun 2003.

Laporan Reuters tersebut turut menyatakan bahawa tindakan tersebut dilakukan melalui sebuah syarikat yang dikenali sebagai Vash International dan antara Januari 2004 hingga Mei 2006 komponen jet pejuang F-5 dan F-14 telah dieksport bersama komponen helikopter Chinook, melalui 11 pengantaran melalui kapal yang tidak sah.

Memperlihatkan implikasi yang serius dan berbahaya lanjutan daripada kes ini ke atas keselamatan Malaysia, AMK mendesak siasatan segera dan menyeluruh dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia demi menjamin keselamatan Malaysia berada dalam keadaan terkawal.

Mohd Yusmadi Yusoff
Exco/Ketua Biro Antarabangsa
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
yusmadi.yusoff@gmail.com


Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
No 110-3, Jln Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Laman Web Rasmi: http://amk.keadilanrakyat.org
Emel: penerangan.amk@gmail.com

0 Komen for this post