Selamat Pulang Paklah
By Unknown on Saturday, July 28, 2007
Filed Under:
Apa pun saya sendiri mahu tahu kenapakah dia menjamu selera makan malam di sebuah kasino di Melbourne dengan bekas Ketua Menteri Sabah, Osu Sukam, merupakan satu peristiwa yang amat malang sekali. Apakah imam umat Islam makan dalam kasino ataupun ini memang dibenarkan kepada imam hadhari?
Saya telah beritahu bahawa dia telah digerakkan untuk ke luar negara ke Australia pada tengah malam itu sebagai persiapan mahu bertemu dengan beberapa pegawai tinggi sebuah kuasa tentera yang terhebat di dunia ini. Rupa-rupanya polis dunia sejagat itu tidak berapa selesa melihat akan beberapa perkara di Malaysia dan kononnya mereka mahu datang bertemu dengan Perdana Menteri yang sungguh terkenal itu.
Akan tetapi Abdullah tidak ingin melihatkan orang-orang besar daripada bumi John Wayne datang ke Malaysia kerana mahu mengelak orang bercakap mengenainya. Maksud saya apakah anda mahu Ah Long datang ke pintu rumah dan menjerit: “Hoi! Bila mahu bayar hutang!” ataupun sebuah kereta peronda polis berhenti di hadapan rumah dan empat orang polis berpakaian seragam memasuki rumah anda? Bayangkan apa kata para jiran yang sedang mengintai di sebalik jendela akan berkata? Tentu ini akan menjejaskan kewibawaan anda di kalangan para jiran yang ada.
Tentunya sebagai seorang Perdana Menteri, kalau polis dunia seperti Ah Long akan datang menemui anda, tentunya laksana api yang membakar semak-samun yang memerlukan semua anggota bomba dan kelengkapan mereka cuba memadamkan api yang amat sukar boleh diredakan. Untuk mengelak laman web yang tidak bertanggungjawab seperti Malaysia-Today terus bernafas dengan segala pembohongan dan cakap-cakap yang membolehkan orang percaya sebagai fakta yang sahih ceritanya, adalah lebih baik bertemu dengan mereka yang sensitif itu jauh dari negara sendiri.
Kenapa pula seorang ketua eksekutif sebuah negara (memanglah setakat ini dia hanya memegang jawatan itu atas namanya sahaja, kerana belum pun melaksanakan apa-apa) sanggup pergi bertemu pegawai bawahan daripada Washington? Sudah tentu sebagai Perdana Menteri pegawai yang jauh lebih rendah pangkatnya yang sepatutnya datang berjumpa beliau? Orang Melayu kata; timbalah yang mencari telaga atau perigi dan bukan sebaliknya. Ataupun seperti yang mereka sebut di Barat si anjing yang menggoyangkan ekornya bukan si ekor yang menggoyangkan anjingnya.
Saya fikir kalau dalam keadaan normal perkara ini memang ada betulnya. Timba mencari telaga untuk mendapatkan airnya. Akan tetapi keadaan yang khusus ini bukanlah satu keadaan normal. Dalam keadaan ini apabila seseorang telah dijerat sehingga tidak bermaya, orang yang menjerat itu menguasai keadaan. Kalau mereka picit yang dalam seluar itu tentulah merasa sakit yang amat sangat. Untuk mengelakkan sakit tentulah kita perlu menyekat orang itu cuba memicitnya.
Abdullah Ahmad Badawi telah dikaitkan dengan skandal Minyak untuk Makanan yang melibatkan salah guna kuota minyak Iraq. Abdullah telah menandatangani satu surat sokongan untuk sebuah syarikat milik adik iparnya untuk menjadi penerima kuota minyak dan mengikut laporan PB dan juga AS, wang sogok untuk menyokong pegawai Iraq termasuk jug Saddam Hussein telah pun dibuat.
Kemudian muncul kisah syarikat milik anak Abdullah yang bernama Scomi, dalam pengeksportan peralatan nuklear ke Libya yang membabitkan rakan kongsi syarikat yang didakwa telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dikatakan sudahpun hilang ghaib. Apakah benar dia ditahan di bawah ISA? Atau pun dia dalam tahanan ‘protective custody’ untuk menyekat Amerika daripada menemui bual untuk bercerita dan menyanyi laksana burung kenari sehingga beliau mengaitkan ahli keluarga Abdullah Ahmad Badawi dalam keseluruhan skandal tersebut?
Kongres AS telah pun membincangkan dua jenayah utama yang membabitkan keluarga Ahmad Abdullah Badawi dan mereka mahu melaksanakan proses penahanan ke atas Abdullah persis yang mereka lakukan ke atas Noriega. Akan tetapi Abdullah telah bertindak dengan pantas dan pergi ke Washington untuk meminta maaf dan mendapatkan keampunan. Baiklah, saya tidak peduli sangat apakah Presiden Amerika mengampunkan beliau ataupun tidak. Apabila dilihat Presiden sudah meminta Kongres tidak menyentuh Perdana Menteri kita yang cemerlang itu nampaknya rayuan beliau agar diampunkan sudah pun diterima. Apa yang saya lebih berminat ialah apakah hukumannya? Apakah nilai hukuman kerana mendapatkan keampunan itu? Apakah yang mesti diberikannya kepada orang Amerika? Adakah kemungkinannya itu termasuk kesanggupan menandatangani FTA dengan Amerika?
Di Amerika mereka selalu menyebut, tiga kali pukulan dan anda akan dinyahkan. Apakah Abdullah baru terkena dua pukulan dan apakah beliau sudah sampai ke pukulan yang ketiga? Dengan kata lain apakah dia sudah kehabisan kuota dan kini terpaksa keluar padang dan duduk diam di atas bangku?
Memang, inilah yang Malaysia-today ingin mahu tahu. Apa yang Malaysia-Today mahu tahu apakah Abdullah masih lagi ada tiga pukulan ataupun apakah Abdullah Badawi telah dipanggil untuk berehat. Salinan berita yang dikepilkan di sini merupakan pukulan ketiga yang mungkin melibatkan Abdullah Ahmad Badawi. Siapakah insan misteri dalam UMNO yang telah terlibat dalam pukulan yang ketiga ini? Apakah ini sebabnya Abdullah Ahmad Badawi terpaksa keluar secara senyap-senyap ke Australia pada tengah malam dan menikmati makan malam di sebuah kasino di Melbourne yang kini merupakan satu tempat yang diharamkan kepada Osu Sukam?
- Penangkapan kerana mengeksport senjata di New York
Oleh Larry Neumaster
The Associated Press. Khamis Julai 19, 2007.
Mengikut surat-surat mahkamah, pihak berkuasa persekutuan berkata bahawa Humayun telah menubuhkan sebuah syarikat bernama Vash International Inc., pad a Januari 2004, untuk mengeksport peralatan pertahanan termasuk kereta kebal, peluru berpandu dan pelancar roket.
Mereka berkata beliau telah menggunakan Vash 11 kali antara January 2004 dan Mei 2006 untuk mengeksport kepada sebuah syarikat yang tidak dikenali di Malaysia, pesawat jet pejuang R-5 dan F-14 dan alt ganti helikopter Chinook.
Para pendakwa berkata Humayun telah mengaku kepada pihak berkuasa persekutuan bahawa dia dia tidak tahu siapakah pengguna terakhir barangan yang telah dihantarnya. Mereka berkata dia juga mengaku telah menurunkan harga penghantaran kertas surat khabar eksport untuk membolehkan syarikat mengelak daripada membayar cukai yang tinggi kepada Kastam Malaysia.
Ketua Peguam AS Michael J. Garciua berkata dokumen yang sempurna menunjukkan bahawa alat Pertahanan (alat ganti F-14) itu telah disalurkan terus kepada satu-satunya pembeli, yakni Angkatan Tentera Udara Iran.
”Segala butiran jenayah yang dibuat oleh Jilani Humayun adalah memang begitu menyedihkan, kerana dia dikatakan sudah mengaku mengeksport teknologi canggih F-5 dan F-14 kepada Malaysia tanpa ambil peduli mana destinasi terakhirnya, kata Garcia.
Pengarah perkhidmatan siasatan jenayah dalam Jabatan Pertahanan AS, Charles W. Beardal, menyebut bahawa pengeksport teknologi tentera AS dan senjatanya, sebagai “salah satu ancaman terbesar kepada keselamatan negara.”
Hakim Magistrate AS Ronal L Ellis, menolak permohonan pihak pendakwa pada Khamis lalu untuk menahan Humayun tanpa bicara. Beliau mengarahkan jaminan $500,00 dan mahukan beliau ditahan dirumahnya di Lynbrook selepas peguam Humayun, Loyce London menyebut anak guaman beliau sebagai “warga New York yang sejati” yang jarang keluar dan hanya pergi melawat Pakistan sekali sejak datang ke Amerika Syarikat pada 1981. Peguam bela menyebut Humayun menetap dengan isterinya dan seorang anak lelaki dan menanggung sakit seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.
0 Komen for this post