Apakah rakyat Kelantan akan tertipu kali ini?

By Unknown on Friday, August 03, 2007

Filed Under:

Aku terpanggil untuk menjengah sebentar berita dari tv3 yang memang dah berbulan/bertahun aku tak jenguk(beritanya). Berita yang disiarkan pada 2 ogos 2007 tu amat nak membuat aku tergelak sakan. Bukan apa, intronya dah membuat aku naik 'loya'. Kita disajikan dengan 'janji-janji' manis untuk membangunkan negeri-negeri pantai timur termasuk Kelantan. Yang menjadikan lagi 'best' ialah tajuknya"Kelantan mendapat tempias kemajuan'. Apa yang 'tempiasnya' aku pun tak tahu, hahaha.....yang pasti PRU dah semakin dekat, jika tidak berita ini tidak diuar-uarkan.

Petikan di bawah diambil dari Utusan Malaysia(meloya):

Abdullah: Perubahan lebih pesat di Kelantan

KOTA BHARU 2 Ogos – Peruntukan besar bagi menjayakan pelbagai projek di Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dibuat bagi memenuhi suara hati dan kehendak rakyatnya yang mahu negeri ini dibangunkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, banyak pandangan oleh pelbagai pihak yang mewakili rakyat negeri ini termasuk kalangan pimpinan politik dan anak negeri telah diterjemahkan melalui RMK-9.

Katanya, banyak kemudahan tambahan akan menyusul kelak lebih-lebih lagi apabila Koridor Timur mula digerakkan.

‘‘Perubahan yang lebih pesat akan dapat disaksikan di Kelantan, antaranya lebih banyak jalan raya dibina dan penyediaan saluran yang dapat meningkatkan keberkesanan kegiatan ekonomi,” katanya.

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke negeri ini menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Mesra Rakyat di Dataran Warisan KADA, Kok Lanas dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Abdullah turut mengumumkan pembinaan kolej matrikulasi di Kok Lanas bernilai RM150 juta di samping sebuah kolej komuniti dan pembinaan 1,000 unit rumah mampu milik kos rendah dan sederhana.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa bangga kerana projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang ditunggu-tunggu oleh rakyat sejak sekian lama akhirnya dilancarkan pembinaannya hari ini di samping projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM200 juta.

‘‘Ini adalah lawatan kerja saya untuk meninjau pelaksanaan apa yang telah diumumkan dan meneliti apa lagi yang perlu disegerakan,” katanya.

Abdullah mahu jentera pelaksana pembangunan menjayakan projek-projek yang dirancang di bawah RMK-9 dengan penuh keikhlasan demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan mengambil sedikit masa untuk menggerakkan projek selepas RMK-9 diumumkan bagi memperincikannya agar benar-benar dapat berjalan dengan baik dan sempurna.

‘‘Apa yang yang dirancang tidak dibuat ikut suka, ia perlu disusun betul-betul kerana kita mahu hidangkan kepada rakyat rancangan yang memberi kebaikan kepada mereka,” ujarnya.



2 Komen for this post

rungsing gak... pasalnya... ramai juga yang bangang.. yang jenih kalau dalam daftar, kami letakkan sebagai ewek.

Posted on August 4, 2007 at 12:56 AM  

tu la pasal pa'chik, kita dok risau benda cam gini le....

Posted on August 4, 2007 at 10:51 PM