Kenapa media uar-uarkan berita keganasan pelajar saja?

By Unknown on Friday, August 03, 2007

Filed Under:

Assalamualaikum semua,

Aku baru lepas ambil isteri dari kerja tadi, sambil memandu sempat borak-borak dengan 'orang rumah' tentang isu-isu semasa yang melanda negara kita sekarang. Tiba-tiba terkeluar al-kisah tentang 'keganasan' pelajar dan guru/pelajar sesama pelajar yang semakin banyak di dada-dada akhbar sekarang, boleh dikatakan saban hari kita disuapkan kisah-kisah ini, di muka depan lagi.

Kenapa banyak kes-kes macam ni? Adakah hanya sekarang saja kes macam ni berlaku? Adakah 10 tahun lepas tiada kes macam ni? Bagi aku secara peribadi, masalah ini sudah lama berleluasa, cuma yang aku rasa tak puas hati ialah pihak media kawalan kerajaan ni terlalu menumpukan kepada sesuatu isu secara bermusim, satu masa dulu tumpu kepada bohsia dan bohjan, sekarang sudah hilang 'panas' isunya walaupun kejadian itu masih lagi berleluasa di negara tercinta ini. Begitu juga dengan kes-kes lain seperti buang bayi, rogol remaja, video lucah dan entah bermacam-macam lagi isu 'panas'.

Pokok pangkal yang aku nak bawa ialah bukan isu di atas tetapi isu mengenai
Bekas pengarah peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) Khalid Yusoff yang di tuduh menyalahgunakan kuasanya. Kenapa berita yang cukup besar ini hanya diletakkan sebagai tempelan di dada-dada media kawalan kerajaan? Bagi aku isu ini yang paling 'berat' dan patut diketengahkan untuk tatapan umum.

Yang paling 'bangang' ialah hanya dikenakan penjara 3 bulan saja. Lihat berita asal di sini. Ini pula merupakan kes 'lapuk' iaitu dari tahun 2001 lagi. Apa nak jadi dengan sistem kehakiman negara kita ni....?

Wassalam

0 Komen for this post