Betapa murahnya nilai 'mentaliti' wakil rakyat UMNO/BN

By Unknown on Sunday, August 05, 2007

Filed Under:

Petikan ini saya ambil dari Utusan Malaysia(Meloya):

Masih ada masa tunai janji pada rakyat

IPOH 4 Ogos – Wakil rakyat dan pemimpin UMNO masih mempunyai masa untuk menyelesaikan pelbagai masalah tempatan dan menunaikan janji masing-masing kepada rakyat sebelum pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, langkah itu sangat penting kerana ia merupakan tanggungjawab utama mereka selaku pemimpin bagi membela nasib rakyat.

‘‘Kita kena jaga kawasan kita dengan baik kerana kita telah membuat banyak janji kepada rakyat sebelum pilihan raya umum ke-12.

“Jadi inilah masanya untuk mereka menunaikan semua janji yang dibuat, kalau ada perkara yang terlepas pandang selama ini mesti dikaji balik sama ada janji itu sudah dilaksanakan atau belum,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tambun di Dewan Bandaran Ipoh di sini hari ini.

Pada masa sama, katanya, semua pemimpin UMNO mesti memastikan setiap ahli di peringkat akar umbi sentiasa bersatu padu bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Sekali baca pun kita dah tahu inilah nilai mentaliti semua wakil rakyat BN terutamanya umno yang jelas menunjukkan rata-rata tidak menunaikan janji-janji yang diberi semasa sebelum setiap pilihanraya. Hanya 'perlu' ditunaikan(sebahagian sahaja rasanya) bila akan ada pilihanraya yang seterusnya. Beginikah nilai setiap undi rakyat Malaysia kepada wakil-wakil rakyat umno ini? Jika kita sebagai rakyat masih lagi tidak nampak apa 'kekurangan' mereka ini, maka sudah tiada apa lagi yang hendak kita banggakan dengan tahap pemikiran kita sendiri.

Oleh itu saya menyeru kepada para 'pemangkah-pemangkah' kertas undi, inilah masanya untuk kita menukar corak kearah 'mentaliti' yang lebih tinggi nilainya berbanding yang ada sekarang.

p/s: Di tempat saya malam ini(5/8/07) diadakan jamuan makan percuma oleh 'orang' tertentu dengan 'tumbangnya' 3 ekor lembu yang mana hanya untuk merasmikan jalan yang hanya sepanjang 100 meter. Jadi tidak nampakkah kita apa yang sedang bermain dalam pemikiran 'orang-orang' ini? Hanya berlaku bila PRU hampir menjelma. Fikir-fikirkanlah...?

0 Komen for this post