Selemah inikah Sistem Penyiasatan PDRM?

By Unknown on Tuesday, August 07, 2007

Filed Under:

Assalamualaikum semua,

Melihat kepada tajuk artikel ini memang agak keterlaluan dan menyentuh sensitiviti kepolisan di negara kita. Saya bukan nak 'menidakkan' kuasa polis tapi kenyataan ini berada di depan mata kita semua. Ini boleh diungkaikan dengan pendedahan sendiri oleh media pro-kerajaan iaitu Berita harian(Hairan) di artikelnya yang bertajuk Pendakwaan lemah, dua lagi kes dibuang.

Kelemahan siasatan polis dan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan saksi penting sekali lagi menyebabkan mahkamah terpaksa melepaskan tertuduh dalam dua kes berasingan, semalam.


Kes itu masing-masing membabitkan dua lelaki yang menghadapi tuduhan membunuh di Mahkamah Tinggi Kuantan serta enam lelaki termasuk dua kakitangan Kastam Johor yang didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan.


Jadi dimanakah kecemerlangan yang dilaung-laungkan oleh Ketua Polis Negara(KPN) selama ini?(kita pun tahu beliau baru dibebaskan dari tuduhan rasuah, mungkinkah kesnya pun termasuk dalam senarai ini?) Jika diteliti dari sejarah sebelum ini kita disogokkan dengan ketelitian siasatan pihak polis yang cemerlang, sehingga ke detik ini kepercayaan ini sudah tiada dalam benak kita.

Di Kuantan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman, menegaskan sikap pegawai polis menjalankan siasatan secara ‘janji siap’ menyebabkan mahkamah terpaksa melepas dan membebaskan dua tertuduh dalam kes pembunuhan seorang lelaki di Felda Lepar Hilir 2, Gambang, tahun lalu.


Ketika membuat keputusan melepas dan membebaskan Syed Halil Syed Mohamad, 23, dan Mohd Nazri Jailani, 23, beliau berkata, kekuatan kes itu bergantung sepenuhnya kepada hasil siasatan polis, tetapi dalam kes ini siasatan Asisten Superintendan Noorleyda Ahmad Noorleyda hanya sebagai memenuhi `pelengkap cara'.


Kalau setakat nak jenguk-jenguk kawasan jenayah tanpa penelitian, baik je panggil makcik yang menoreh getah kat kebun sebelah tu, mereka pun boleh buat kalau setakat menjenguk saja. Ini melibatkan wang cukai yang dibayar oleh rakyat, setiap kali kes dibuka dan dibicarakan di mahkamah akan bertaburan wang dikeluarkan untuk belanja semua kerja termasuk ujian makmal, bayar gaji, bayar elaun mahkamah dan sebagainya, jadi jika ini dibuat sambil lewa maka tiada 'maknanya' segala duit rakyat yang ditabur kepada semua perkara itu.

Begitu juga dengan kes-kes yang besar seperti tersenarai di bawah ini. Mereka semua terlepas akibat dari tiada bukti(atau bukti sengaja dihilangkan/buat-buat tak nampak bukti depan mata?)

FO: Antara kes tak cukup bukti
  • Kes pecah amanah jenayah RM76.4 juta bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock pada 26 Jun.
  • Kes bekas pelayan hotel, Azman Bakar @ Samsuddin Mustamin dituduh membunuh Pembantu Menteri Negeri Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar pada Mei 2005.
  • Jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Hanif Basree Abdul Rahman bebas tuduhan bunuh Noritta Samsudin pada Julai 2004.
  • Jika beginilah sistem pendakwaan dan siasatan kepolisan negara kita maka tak hairanlah negara kita dipenuhi penjenayah dan kes-kes tertangguh yang lapuk sehingga 10 tahun.Wallahu'alam

    wassalam




    0 Komen for this post