Bahasa Malaysia dengan Rojak Campurnya- L

By Unknown on Thursday, November 29, 2007

Filed Under:

Assalamualaikum kpd:
Sdr/sdri pencinta bahasa dan juga pencipta/penciplak bahasa,
yang budiman:

Itulah ... semuanya telah pun diperkatakan apa yang saya dah katakan sebelum ini.

Sekarang memang pun dah terjadi dan dalam keadaan terserlah sekali. Sudah memang telah di tilik dalam telahan 'mangkuk Ahlil Nujum Pak Belalang' yang perkara 'bahasa rojak campur' dengan macam-macam caca-merba semua ni pasti akan berlaku dan terus berlaku hingga menjadi-jadi sampai sudah tidak dapat dikawal lagi. Contoh dulu-dulu sudah ada, dan kian berkembang biak hari demi hari.

Apa tidaknya ? ... satu contoh disuatu ketika dulu: dalam satu rancangan forum di TV (tak ingat stesen mana), ada seorang panel yang bertaraf Profesor tambah lagi Dr pula di pangkal namanya (dari UPM) menggunakan istilah 'rojak campur' dalam pertuturannya di kaca TV, iaitu perkataan Inggeris "recommend" di tokok-tambah olehnya sendiri-sendiri menjadikan satu istilah 'rojak campur' berbunyi 'MENGRECOMMENDKAN' atau kalau dieja dalam bahasa Malaysia maka jadilah 'mengREKOMENkan'. Apa tidak ada istilah Melayu dalam bahasa kita dapat di gunapakai bagi menunjukkan maksud 'recommend' ?

Apakah kalau istilah seperti 'mengesyorkan', 'menyarankan', 'menganjurkan', 'menyokong', 'mencadangkan' semua itu tidak boleh diterima-pakai? Apa kita semestinya harus bersandarkan atau bergantung kepada hanya istilah Inggeris untuk menunjukkan kepandaian atau kepintaran kita? Apakah kita ini 'Orang Putih Celup'? atau 'Melayu tak sedar diri' ? Itulah yang dikatakan 'bangsa yang merosakkan bahasa sendiri' atau dengan lebih ringkas dan padat 'bangsa perosak bahasa'. Maka bukan lagi 'Bahasa Jiwa Bangsa' malah 'Bahasa bikin Bangsa Sakit Jiwa'.

Itulah satu contoh 'kepimpinan melalui teladan' - sedangkan seorang yang terpelajar bertaraf Profesor (Dr lagi) menggunakan istilah 'rojak campur' dalam sidang forum rasmi di kaca TV, maka apatah lagi 'kutu-kutu' yang dok sembang di kedai kopi - lagi sakan lagilah - tidak patut kita hairankan lah. Maka jadilah perkara sebegitu sebagai perkara biasa saja (norm kata puak-puak elit Melayu) ... perkara yang sering berlaku seharian.

Kita kan ada berbagai macam jenis loghat bahasa atau dialect yang sering dipertuturkan oleh berbagai kaum di Malaysia ini.
Ada bahasa pasar, ada bahasa dialect Kelantan/Terengganu (Pantai Timur), ada bahasa dialect Utara (Kedah, Perlis, Penang & Utara Perak), ada bahasa dialect Johor, ada bahasa dialect Perak, ada bahasa dialect Minang (Negri Sembilan), Jawa la - pendek kata macam-macam jenis dialect bahasa atau loghat terdapat pada suku-kaum bangsa Melayu kita di Malaysia ini. Ditambah pula dengan yang ini pula yang terbaru dan terkini yang semakin menjadi-jadi kini, iaitu 'bahasa rojak'. Memang pun teramat sangat sinonim dengan bangsa kita di Malaysia kini yang memang pun macam rojak (masyarakat majmuk yang bercampur campur dengan berbagai-bagai bangsa dan suku-kaum ethnic).

Takkan lah? - kalau Bangsa Malaysia ibarat 'rojak' - tak semestinya bahasa nya pun di rojakkan?

Itulah keunikan kita. Dan haruskah kita berbangga dan bersorak ria akan keunikan ini?

Adakah kita mahu di jenamakan sebagai Bangsa Caca-Merba dengan bahasa 'rojak campur' yang berupa 'caca-merba' juga?

'Tepuk dada ... nak tanya apa? Tanya siapa?

Dewan Bahasa? Pun dua kali lima juga.


Bahadon

Akhir-kata: Mungkin ada kebenarannya jika ditinjau daripada maklumbalas dari seorang rakan seperti yang dipaparkan.

Di bawah ini ada satu email maklumbalas dari seorang rakan dalam memperkatakan perihal bahasa Melayu yang di campur aduk dengan berbagai-bagai istilah asing (lebih-lebih lagi istilah Inggeris). Saya paparkan di bawah:

BAHASA MELAYU JATI HARUS DISIMPAN ELOK-ELOK - JANGAN DIGUNA DENGAN SEWENANG-WENANGNYA.

Memang elok sangat pun kita alihkan bahasa kita dengan nama sebagaimana kita telah menggunanya dimasa-masa lalu - iaitu Bahasa Malaysia - bahasa kebangsaan kita.

Memang tepat sekali - bahasa Malaysia dari dulu hingga sekarang ni memang diguna secara tulisan dan pertuturan (lisan) oleh segenap bangsa yg terdapat didalam negara Malaysia kita. Segala bangsa dari segenap ethnic kaum keturunan Melayu, Cina, India, Sakai, Semang, Jakun, Grago, Siam, Iban Bidayuh, Kadazan, Murut, Penan, Melanau, Kenyah, Indon, Bangla, Myammar, Nepal, dan berbagai bagai jenis rupa bentuk bangsa dan kaum lagi.

Jadi, mereka semua ni termasuk yg Melayu (tulin tak tulin - jati tak jati) yg mai pada jenis keturunan Jawa, Bawean, Bugis, Minang, Padang, Acheh, Banjar, Kalimantan, Maluku, Batak, Kerinci dan lain lain semua tu juga bercakap dan bertutur bahasa Malaysia (bukan bahasa Melayu). Kerana kita tidak boleh anggap bahasa yg dituturkan semua mereka itu adalah dalam bahasa Melayu yang betul-betul bahasa Melayu tulin kerana semuanya nyata sekali bercampur aduk dgn bahasa-bahasa dan terma-terma bahasa luar dan asing yang kebanyakannya bahasa Inggeris lah. Maka itu yg kita sebut atau panggil 'bahasa rojak' - bahasa yang bercampur baur atau bercampur aduk. Memang kena dan tepat sekali lah dgn panggilan 'bahasa rojak' pada bahasa Malaysia yang kita sering guna seharian, kerana memang pun bangsa dalam negara Malaysia kita ini pun memang terdiri dari pelbagai bangsa yang berbagai-bagai macam 'rojak' juga lah.

Kesimpulannya, Bahasa Malaysia untuk para pengguna bahasa yang terdapat di negara Malaysia ini memang amat sesuai sekali dgn cara dan gaya kita semua bercakap dalam cara gaya berbahasa 'rojak' .

Kita kena ketepikan Bahasa Melayu untuk disimpan ditempat yang lebih selamat, bersih dan suci [walaupun seperti didalam peti besi seperti orang menyimpan barang-barang kemas yang bernilai dan lebih berharga] agar ianya tidak tercemar dan kemudiannya nanti akan jadi rosak binasa akibat dimusnahkan punah ranah oleh pengguna-pengguna bahasa pertuturan harian atau bahasa pasar yang semakin menjadi-jadi dan semakin berkembang biak (ditambah pula dgn bahasa SMS yang kononnya mengikut perkembangan teknologi dan trend terkini).

Untuk selamatkan Bahasa Melayu jati dan yang sempurna lagi asli, eloklah kita jangan sebut langsung akan penggunaan bahasa yang kita selalu gunakan kini sebagai Bahasa Melayu - sebaliknya memang cukup punya sesuai sekali kita memberi jenama dengan nama BAHASA MALAYSIA.

Negara Malaysia kita sendiri pun melambangkan negara yang bermasyarakat MAJMUK (sama mcm ROJAK juga lah)..... tidak hairanlah yang bahasa yang kita cakap ini pun menggambarkan bahasa yang bercirikan MAJMUK (sama juga mcm ROJAK) juga - iaitu bahasa yang bercampur baur atau bahasa yang bercampur aduk - yang lebih mudah kita selalu sebut BAHASA ROJAK - dan itulah dia bahasa kita = BAHASA MALAYSIA = SATU BAHASA untuk BANYAK BANGSA atau BERBAGAI BANGSA yang terdapat dalam negara Malaysia.

MEMANG TEPAT SEKALI!

=suatu pandangan=
Daripada:

Selamatttt




Poster-poster TAK NAK! BN dapat diperolehi/muat-turun di: http://my.opera.com/marhaen/blog/index.dml/tag/Poster

0 Komen for this post