Rahman Bakar Bersikap Jahil!

By Unknown on Thursday, November 29, 2007

Filed Under:

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

28 November 2007

Pecat Pekerja Sertai Perhimpunan, Rahman Bakar Bersikap Jahil!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Abdul Rahman Bakar yang menyatakan bahawa majikan boleh mengambil tindakan tegas termasuk membuang pekerja yang terlibat dalam perhimpunan haram anjuran Hindu Rights Action Force (Hindraf) di Kuala Lumpur, Ahad lepas.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan sanggup mengabaikan kebajikan golongan pekerja hanya kerana mereka melaksanakan hak demokratik mereka sebagaimana yang dibenarkan melalui Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

AMK melihat, sudah wujud satu keadaan apabila Barisan Nasional (BN) terdesak, mereka akan menggunakan seluruh upaya termasuklah memanipulasi pihak polis, dan kini golongan majikan untuk berterusan menekan rakyat supaya berterusan dijangkiti 'sindrom bisu dan lesu' untuk menentang ketidakadilan pemerintahan kerajaan BN.

Tindakan Rahman Bakar jelas menunjukkan yang beliau jahil tentang hak asasi sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan tulang belakang kepada sistem perundangan Malaysia.

Malah, tindakan beliau yang hanya bersandarkan kepada Akta Pekerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1997 dilihat jelas bersifat ultra vires (bertentangan) dengan Artikel 10 Perlembagan Persekutuan yang terang-terangan membenarkan rakyat berhimpun secara aman.

AMK menggesa agar pihak majikan tidak tunduk kepada gesaan kerajaan yang jelas tidak demokratik, di samping golongan pekerja perlu bingkas bangkit menyatakan hak mereka secara aman dan terbuka.

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
Naib Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat


Poster-poster TAK NAK! BN dapat diperolehi/muat-turun di: http://my.opera.com/marhaen/blog/index.dml/tag/Poster

1 Komen for this post

askum, pada PAM.....saya terpanggil utk memberi komen tentang apa yang dikatakan olih pihak PAM.....saya rasa yang anguh adalah pihak PAM dan pihak Hidraf....yang tak mehormati undang2 yang menyusahkan orang ramai menyesakkan jalan raya....kalau nak menhantar bantahan pun kt mana2 pihak tak perlulah nak beramai2 nak tunjuk kuasa.... skg ni dah berkuasa mana janji2 yang nak turunkan harga barang hapuskan tol dan turunkan minyak dan macam2 janji yang dibuat,baru2 ni lak luluskan ladang ternakan babi yang menjadi mangsa orang melayu dikawasan itu....kalau nak sangat jaga hati orang cina buat saja di kawasan yang banyak peduduk cina..tu baru adil nama nya jangan pandai cakap...bila dah dapat kuasa cakap tak serupa bikin mmmm kami yang luar pagar ni akan tengok sejauh mana Barisan pkatan raayat yang memerintah negeri selangor ini....setiap apa yang di buat olih parti pkatan akan kami catitkan untuk pru13 akan datang...

Posted on April 9, 2008 at 3:33 PM