Partai Pembangkang (bergantung kepada dimana lokasi mereka berada) seperti DAP, PAS, PKR dan lain-lain lagi perlulah berubah. Berubah dari ertikata fizikal dan mental. Perubahan adalah perlu untuk memastikan kejayaan perjuangan mereka dimasa akan datang. Kelangsungan perjuangan pembangkang perlulah ditakrifkan sebagai suatu “check and balance” yang diperlukan oleh tanah air yang tercinta ini.
Sejak dari bermulanya kemerdekaan Malaysia, partai pembangkang telah wujud. Ada yang melebelkan parti pembangkang sebagai puak kiri malah ada juga yang melebelkan pembangkang sebagai subversif. Namun rasional pembentukan dan perjuangan pembangkang adalah sesuai dengan naluri manusia yang kritis atas banyak isu.
Dengan berakhirnya pilihanraya kecil DUN Ijok semalam, maka kita akan dapat lihat bagaimana tidak berupayanya partai pembangkang memantapkan organisasi serta kesefahaman di antara mereka. Malah banyak juga insiden yang tidak terkawal dikatakan dilakukan oleh pembangkang. Pada pandangan saya (anda berhak untuk menyanggah komentar saya ini), sewajarnya pimpinan pembangkang memerlukan satu revolusi dalam pentadbiran dan pengawalan.
Malah jika mereka di”provoke” oleh hantu-hantu didalam Barisan Nasional, mereka sepatutnya tidak melatah malah adalah lebih baik mereka (partai pembangkang) bersikap professional. Para pemimpin dan pengikut mereka (parti pembangkang) perlulah mengawal tindakan mereka serta bertindak menjauhi provokasi tersebut.
Memang tidak dinafikan bahawa beberapa insiden di Ijok didalangi sekumpulan ahli dan pemimpin Barisan Nasional yang tidak professional (anda boleh kenalpasti sendiri) namun kemampuan pimpinan atasan mereka mengawal (malah “blackout”kan isu ini) dari pengetahuan pengundi. Kemampuan pimpinan atasan Barisan Nasional memperkudakan semua media termasuklah syarikat pengendali telekomunikasi amatlah berjaya sehinggakan para pengundi terpedaya.
Tan Sri Khalid Ibrahim contohnya tidak mempunyai satu kemampuan menangani asakan soalan daripada wartawan (yang selalunya memanipulasikan soalan dan jawapan) sehinggakan terserlah kepincangan, kelemahan serta kekalutan beliau. Sewajarnya dimasa akan datang calon sepatutnya membiarkan pegawai PR mereka (atau pimpinan atasan mereka) memberikan komentar.
Di pihak Parthiban pula, dia amat kurang memberikan komentar di dalam televisyen malah imej tersenyumnya (dia memang bukan suka tersenyum tetapi ianya adalah efek dari aturan gigi yang dimiliki olehnya) sahaja yang menjadi tumpuan. Semua komentar serta ulasan diulas serta diwarwarkan oleh Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, Najib Tun Razak ataupun Abdullah Ahmad Badawi. Jadi kekurangan Parthiban tidak dapat dikesan oleh pengundi dan ini menyelamatkan imejnya.
Oleh yang demikian jika di masa akan datang ada berlakunya mana-mana pilihan raya kecil (tumpuan yang biasanya besar berbanding pilihanraya umum), adalah diharapkan calon yang dikemukakan oleh partai pembangkan perlu melalui satu siri latihan “Public Relation” (PR) dan semua komentar perlu dikawal agar tidak berlaku kesilapan dimata pengundi.
Pengundi berhak untuk memilih siapa juga walaupun mereka tahu bahawa calon yang mereka pilih adalah pengamal rasuah. Biasanya pengundi sanggup dijamu dengan segala kemewahan sementara. Ini bukanlah perkara pelik kerana ianya juga berlaku diseluruh dunia.
Jadi kesimpulannya ialah partai pembangkang perlu menilai semula semua bakal-bakal calon yang akan mereka letak sama ada didalam pilihan raya kecil mahupun pilihanraya umum jika mereka berhasrat untuk memerintah Malaysia. Jangan biarkan calon yang kurang sesuai serta mempunyai banyak kesilapan semasa diwawancara menjadi ayam tambatan. Semua partai pembangkang perlulah menubuhkan satu “collaboration” diantara mereka demi untuk menjayakan misi mereka.
Tahniah kepada Barisan Nasional (atas kemenangan yang mungkin juga disebabkan oleh pengundi virtual @ hantu). Tahniah kepada Parthiban kerana menjadi wakil virtual @ wakil hantu kerana daftar pemilih yang ternyata kotor. Tahniah juga kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berjaya menjual maruah anda sebagai suruhanjaya bebas.
Sekalung tahniah juga kepada semua perayu undi dari kedua-dua belah pihak (parti pembangkang dan kerajaan) kerana anda berjaya dalam tugas anda. Cuma satu ingatan dari saya, jika anda rasuah, menipu atau memanipulasi maklumat, sila sediakan jawapan anda apabila disoal nanti dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.
Ketua Perusuh
Bekas Fellow Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)
(http://ketuaperusuh.wordpress.com/)
Pemuda Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan mereka yang dihantar kepada Harakahdaily hari ini, mendesak agar pihak Polis membuat tangkapan dan menyiasat kes terbabit.
Menurut Ketua Pemudanya, Kamaruzaman Mohamad beliau mahu agar pemimpin Umno meminta maaf dan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Mangsa kejadian iaitu seorang pemuda PAS dari Hulu Langat, Nazar Abdul Latif dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut kejadian tersebut.
Menurut beliau, pada pukul 6.15 pagi, 28 April 2007 iaitu pada pagi hari pengundian selepas menunaikan solat subuh beliau dan lima orang petugas lain melihat satu banner yang tertulis “Anwar Agen Yahudi” digantungkan ditepi jalan, tidak jauh dari Bilik Gerakan Pilihan Raya BN yang dihuni oleh ahli Umno Klang.
Pemuda-pemuda cuba menurunkan banner berkenaan. Namun sebelum sempat banner diturunkan, seramai lebih 40 orang petugas Umno Klang dari dalam longkang yang berhampiran menyerang mereka.
Rupa-rupanya samseng Umno ini sengaja memasang banner tersebut sebagai perangkap dan bersembunyi di dalam longkang sambil menantikan mangsa mereka.
Mereka sanggup tidak bersolat subuh semata-mata untuk melakukan tindakan keji tersebut. Petugas Umno yang berusia sekitar 20-40 tahun ini menyerang mereka beramai-ramai dengan bersenjatakan kayu dan belantan.
Dalam keadaan panik, tiga orang dari petugas PAS ini sempat melarikan diri dengan sebuah kereta menuju ke balai polis berhampiran.
Nazar bersama dua orang lagi petugas iaitu Abu Bakar dan Mat Jan dipukul beramai-ramai tanpa belas kasihan ditengah-tengah jalan.
Beberapa kenderaan yang lalu cuba berhenti untuk membantu, namun mereka terpaksa memecut laju bila mana samseng Umno ini membaling kayu panjang ke arah mereka sebagai amaran untuk tidak masuk campur.
Sebuah kereta kancil terkena kayu berkenaan dan pemandunya telah membuat laporan di balai polis berdekatan yang teletak hanya 50 meter dari tempat kejadian.
Beberapa anggota polis tiba setelah menerima dua laporan. Apa yang mengecewakan adalah sikap pegawai polis tersebut kerana tidak berbuat apa-apa.
Mereka hanya memerhatikan ahli-ahli Umno ini memukul petugas PAS berkenaan sehingga mereka lemah dan tidak berdaya untuk bangun.
Kenderaan mangsa juga rosak teruk kerana dipecahkan dan duit sebanyak RM 1,000 bersama telefon bimbit mereka turut dirampas oleh samseng-samseng Umno ini.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan oleh 3 orang sahabat mereka. Mat Jan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar. Nazar pula menerima 16 jahitan di kepala, manakala Abu Bakar telah ditahan di hospital kerana pendarahan di telinga kesan dari hentakan yang kuat dan beliau telah dibenarkan keluar hospital pada awal pagi 29 April 2007.
Laporan Polis telah dibuat sekali lagi selepas itu di Balai Polis Ijok, namun pegawai polis di situ enggan menerima laporan berkenaan dan menasihatkan mereka membuat laporan di Balai Polis Batang Berjuntai.
DPPWP amat kesal kerana pihak polis masih lagi tidak mengambil apa-apa penangkapan atau siasatan terhadap kes ini walaupun telah ada tiga laporan yang dibuat.
Tegas Kamaruzaman, sikap Polis yang bersubahat dengan samseng Umno ini amatlah memalukan dan mencemarkan nama baik institusi PDRM diseluruh negara.
DPPWP menyifatkan samseng-samseng ini sebagai manusia bacul yang tidak berakal kerana bertindak liar, malah lebih buruk dari haiwan kerana menyerang tiga orang petugas PAS yang tidak bersenjata secara beramai-ramai.
Beliau menganggap pemuda Umno ini hanya berani berdepan dengan ahli PAS bila mereka ramai, tetapi petugas PAS bersedia menghadapi mereka walaupun tidak ramai. v Justeru, DPPWP menggesa agar seluruh ahli PAS melakukan solat hajat agar Allah menunjukkan kuasanya kepada samseng-samseng Umno yang bacul ini. - mr
Bagaimanapun, sikap samseng Khairy dan kuncu-kuncunya tidak didedahkan langsung oleh media arus perdana, sebaliknya petugas dan pemimpin KeADILan dan PAS dilemparkan fitnah seolah-olah semua ketegangan berpunca daripada penyokong KeADILan.
BN khususnya Pemuda Umno bermaharajalela menunjukkan kesamsengannya ditambah pula dengan sikap `bacul' pihak Polis yang ternyata menyebelahi mereka.
Kejadian tragis yang berlaku jam 6.30 pagi 28 April (Sabtu) di Simpang Tiga Ijok, enam petugas PAS yang sedang meronda dan memantau seluruh kawasan di Ijok telah di belasah oleh lebih 20 orang Pemuda Umno.
Petugas PAS dibelasah ketika mereka mahu membetulkan banner KeADILan yang jatuh di hadapan rumah Umno Klang.
Tanpa disedari lebih kurang 20 Pemuda Umno datang terus membelasah, terajang, sepak, pukul dengan menggunakan kayu terhadap petugas PAS tanpa usul periksa.
Enam petugas PAS lima orang teruk dibelasah dan seorang terpaksa melarikan diri dan terus ke balai Polis meminta bantuan.
Seorang petugas, Abu Bakar Samad, 44, dari Ulu Langat cedera parah kerana dibelasah, diterajang dan dipukul menggunakan kayu sehingga pengsan.
Beliau dihantar ke hospital Sungai Buluh dan dibenarkan keluar jam 2.30 petang, 29 April (Ahad).
Borhan Haji Osman pula dipukul teruk di mukanya sehingga matanya lebam dan benjol oleh beberapa orang Pemuda Umno yang duduk di atas perutnya.
Naib Ketua Pemuda PAS Hulu Langat, Naza Abdul Latif cedera parah di kepala dan dijahit 16 jahitan kerana dihentak dengan kayu.
Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Langat, MatJan Sulong pula patah gigi dan lebam di muka dan dibadan. Manakala Bendahari PAS, Mohd Shah Mior lebam di tangan kerana beliau sempat mengelak pukulan daripada Pemuda Umno yang menggunakan kayu.
Ketika itu beliau berada dalam kereta dan sempat keluar terus melarikan diri ke balai Polis, Simpang Tiga Ijok.
Selepas lima minit kejadian itu, Ketua Pemuda PAS Ulu Langat, Sani datang dan mendapati Abu Bakar tidak sedarkan diri kerana mengalami kecederaan teruk.
Bagaimanapun beliau kecewa dengan sikap `bacul' pihak Polis yang sudah berada di tempat kejadian itu tetapi tidak mengambil tindakan tegas terhadap samseng Umno tersebut.
Ini kerana katanya, "Masa saya sampai Polis ada di situ dan membiarkan Pemuda-pemuda Umno itu terus memukul petugas PAS. Kalau betul Polis telus mereka boleh jalankan siasatan terus di rumah Umno Klang." Khairy pencetus provokasi
Pilihan raya kecil Dun Ijok tercatat dalam sejarah di negeri Selangor kerana terpaksa menggunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk meleraikan segala ketegangan.
Ketegangan bermula di hari penamaan calon, 19 April sehingga hari pen
undian. Ketika di Kampung Jaya Setia, ketua samseng, Khairy terlolong-lolong sambil menunjukkan tangannya ke arah penyokong KeADILan provokasi untuk memulakan pergaduhan.
Nama AJK KeADILan Bahagian Kuala Selangor, Azmi Mohamad yang kebetulan botak dipermain-mainkan oleh penyokong Pemuda Umno, Puteri Umno dan Wanitanya. Tanpa malu mereka terjerit-jerit; "Botak, botak, botak, tuan keluarkan botak, ketepikan botak," di saksikan para wartawan, pengundi dan pihak Polis.
Perkara yang sama juga berlaku di Sekolah Bukit Badong, ketika Khairy datang bersama Ketuanya, Dato' Hishamuddin Hussein semua penyokong BN terlolong-lolong mengejek penyokong KeADILan.
Suasana menjadi panas di mana-mana sahaja adanya Khairy. Memang Khairy pencetus provokasi. - mr
INIKAH pilihan raya yang adil sebagaimana yang didakwa oleh pihak pemerintah? Atau pilihan raya kecil Ijok menjadi medan membalas dendam oleh Barisan Nasional. Berikut adalah antara beberapa rakaman yang diperolehi oleh petugas Harakahdaily dalam kejadian ganas oleh petugas BN terhadap petugas BA awal pagi tadi.

Selepas calon Umno-Bn diumumkan, empat hari sebelum hari penamaan calon, Meteri Besar Khir Toyo mengisytiharkan Kerajaan Selangor akan membelanjakan sebanyak RM36 juta selama 14 hari untuk pembangunan Ijok. Ini cukup-cukup meliputi tempoh pilihanraya kecil Ijok. Apa Cili Api nak kata? Hebat sungguh!
Ulang tayang apa yang berlaku di Macap dan dulu di Lunas. Apabila timbul tuduhan korupsi, cepat-cepat dengan tidak payah disuruh, itu Pengerusi SPR menjelaskan ini bukan rasuah. Undang-undang membenarkan. Tetapi rasuah jikalau seseorang calon menjanjikan sesuatu jika dipilih. Hebat sungguh orang suruhan ini!
Tidak lama selepas itu, Cili Api lihat dalam TV dan baca dalam akhbar MB Khir Toyo menjelaskan projek-projek pembangunan yang dijalankan itu sudah dirancangkan lama sebelum pilihanraya kecil diumumkan. Hei, anak Toyo, siapa rancang? Allah ke? Atau kuasa duit rasuah? Mengapa mahu memperbodohkan rakyat?
Kemudian, Samy Vellu, dengan agak bongkak berkata lebih kurang: Saya sebagai Menteri Kerjaraya berhak untuk menjalankan projek bila-bila masa, jika bajet untuknya sudah diluluskan. Lagi pun, katanya lagi, bila ada projek seperti membaiki jalan, pembangkang pun boleh gunakan. Ini hujah orang politik cacat.
Bukan ini soalnya. Soalnya mengapa sogok pengundi dengan projek pembangunan hanya waktu pilihanraya. Lepas itu sogok lagi dengan wang. Bukankah ini semua amalan rasuah? Kalau tidak dari segi undang-undang, sekurang-kurangnya dari segi moral.
Cili Api ingin tahu: Mana dia moral dan janji PM Dolah hendak hapuskan rasuah? Patutlah itu Zakaria, ADUN Kelang kata dia tidak rasuah membina istana dan restoran. Porahh!
TIDAK HIRAU TUDUHAN RASUAH
Bertimbun-timbun laporan dan aduan sudah dibuat kepada polis dan BPR terhadap pelbagai tuduhan rasuah yang didakwa dilakukan oleh anak Toyo dan Samy. Tetapi, tidak satu pun diambil hirau. Mengapa? Kerana mereka dilindungi orang atas mereka? Kalau orang atas ini hendak hapuskan rasuah, lama sudah patutnya mereka disiasat bahkan dibuang.
Pengerusi SPR dan para menteri mengatakan tidak salah dari segi undang-undang buat janji dan melaksana projek pembangunan semasa pilihanraya. Tetapi, dari segi moral ini satu kesalahan besar. Siapa membuat undang-undang ini? Undang-undang tidak bermoral boleh dibuat hanya oleh kerajaan dan pemimpin tidak bermoral.
Cili Api teringat peristiwa lama bagaimana kerajaan Congress India pimpinan Indra Gandhi jatuh kerana beliau didapati bersalah oleh mahkamah sebab menggunakan helikopter kerjaan untuk kempen pilihanraya. Perkara seperti ini jangan harap akan berlaku di Malaysia bawah Umno-Bn.
Di negeri ini bukan saja wang, jabatan dan kakitangan kerajaan digunakan untuk menjamin kemenangan parti memerintah. Bahkan mereka memperalatkan segala saluran media – tv, radio dan akhbar - untuk menyanjung dan menghebahkan segala apa yang kerajaan buat, sambil memburukkan dan mem”black-out”kan apa yang parti lawan mereka lakukan.
Apabila ditegur, mereka tentu sekali akan menjawab: India lain, Malaysia lain. Malaysia Boleh! Boleh rompak. Boleh rasuah. Semakin besar rasuh, terutama oleh pembesar, semakin selamat. Cili Api tahu: Rasuah menteri boleh. Tetapi rasuah pegawai rendah polis tidak boleh – mesti dikutuk dan didenda; tidak boleh dibela.
Cili Api ingin tanya: Siapa tidak tahu tentang tuduhan bahawa Samy Vellu dan Khir Toyo bergelumang dengan tahi rasuah? PM Dolah tutup mulut, tutup mata dan tutup telinga. Semuanya sudah tersumbat dengan tahi rasuah?
NAJIB, ALTANTUYA & SUKHOI
TPM Najib Razak dengan nada marah menuduh tokoh-tokoh pembangkang cuba memburukkan peribadinya, konon dia ada kaitan dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia bernama Altantuya itu. Secara khusus dia menyebut nama Anwar Ibrahim, yang katanya berulang-ulang membuat tuduhan ini.
Yang Cili Api tahu, Anwar tidak menuduh buta. Dia mendesak supaya pihak polis membuat siasatan ke atas Najib. Katanya, penglibatan dua orang polis dari pasukan UPK dan penggunaan bahan letupan C4 menimbulkan banyak tanda tanya. Mengapa siasat Razak Baginda dan dua orang polis itu saja? Mengapa tidak siasat Najib juga?
Jikalau Najib benar-benar tidak terlibat dan tidak bersalah, mengapakah beliau tidak bersedia untuk disiasat? Hal ini juga disebut oleh Karpal Singh dalam Parlimen. Cili Api nasihat Najib, seret sajalah Karpal dan Anwar ke mahkamah jikalau mereka dianggap membuat tuduhan liar.
Tetapi ada perkara lain. Cili Api merasa pelik bin hairan bin ajaib mengapa Najib bungkem seribu bahasa tentang tuduhan beliau terlibat dengan wang rasuah berkaitan pembelian jet Sukhoi dari Rusia dan kapal selam dari Perancis. Khabarnya, rasuah terbesar dalam dunia (melebihi RM500 juta) melibatkan Najib, Adib Adam (bekas Ketua Menteri Melaka), Razak Baginda dan mungkin juga Altantuya.
Anwar membuat tuduhan melalui media tempatan dan antarabangsa. Dia kata dia ada bukti cukup. Dia sanggup disiasat. Cili Api tertanya-tanya dua perkara. Pertama, mengapa Najib tidak menjawab, apatah lagi mengambil tindakan undang-undang? Kedua, kenapa tidak ada tanda pun pihak polis atau BPR memulakan siasatan? Adakah semuanya bersekongkol menutup pekung?
Cili Api memang tidak percaya dengan gembar gembur PM Dolah Badawi dan gembung-gembung besar Umno, yang kononnya hendak memerangi rasuah. Lagi tidak percaya peribadi Najib cukup putih bersih!
KPN sudahlah. Hei Musa, bila nak usung tilam buruk lagi? Ya, ini soalan RM400,000!
MAHATHIR MINTA MAAF
Pada malam 18 April Cili Api terkejut sedikit melihat mantan PM Dr Mahathir Mohamad meminta maaf melalui berita akhir TV kerana dakwaannya PM Abdullah Badawi memiliki sebuah rumah berharga RM60 juta di Perth, Australia. Dr M mengaku dakwaan itu tidak benar. Katanya, dia terbawa-bawa oleh berita angin.
Cili Api tidak sangka Dr M ini rupa-rupanya penyambung berita angin juga. Atau adakah, sebaliknya, berita angin tersebar luas selepas beliau membuat dakwaan tersebut secara terbuka? Yang Cili Api tahu, banyak blog dan ada juga media siber yang menyebarkan dakwaan palsu mantan PM ini, selepas beliau membuatnya.
Cili Api sangka tentu akhbar-akbar akan membesarkan berita ini keesokannya. Rupanya tidak. Ada akhbar Inggeris yang tidak menyiarkannya sama sekali. Di akhbar berbahasa Melayu beritanya kecil saja, terceruk dalam halaman dalam. Apa sebab? Ada kaitan dengan menantu PM Abdullah, Khairy Jamaluddin (KJ)?
Beberapa hari selepas Dr M menyebar cerita yang diakuinya palsu itu, KJ memberitahu media bahawa itu bukan rumah bapa mertuanya, tetapi abang iparnya, Kamaluddin. Tetapi sekarang mantan PM Cek Det kata, rumah itu bukan milik Dolah, bukan milik anaknya Kamaluddin, tetapi milik seorang wanita Cina, isteri Patrick Lim.
Hei Khairy. Betul lu tak tahu siapa punyakah? Betul lu tak tahu Patrick Lim Badawi punya isteri punya? Atau ada udang galah di sebalik lumpur? Cili Api hanya geleng kepala. Masha Allah!
PM DOLAH YAKIN
Itu PM Hadari yakin Umno akan menang di Ijok. Tentulah yakin. Boleh sogok rasuah wang kepada pengundi. Boleh sogok rasuah pembangunan kepada kawasan mengundi. Boleh salah guna semua jabatan dan kakitangan kerajaan. Boleh kuasai SPR. Boleh peralat semua media. Boleh menipu. Boleh rompak kekayaan negara. Umno boleh semua! Patutlah Khir Toyo pun yakin juga. Mereka rancang. Allah Maha Perancang!
Anwar konsisten dalam kempennya mengenegahkan isu rasuah dan menyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi sebahagian besar ‘golongan IBLIS’ [termasuk skandal watergate Malaysia yang didalangi oleh Najib] yang ada dalam UMNO atau kini lebih dikenail dengan nama ‘UNITED MONKEYS NATIONAL ORGANISATION’ dan parti-parti yang bergabung dengannya.
Apa yang menarik ialah isteri Najib juga turut berkempen [berdakwah?] di Ijok mempertahankan suaminya yang menjadi bahan berkempen.? Rosmah mula menyebut perkataan pahala-dosa dan halal-haram kerana konon katanya pihak pembangkang khususnya Anwar telah menabur fitnah terhadap suaminya yang tidak ada setitik pun noda dan dosa [maksud Ustazah Rosmah?] ialah Najib suaminya itu berada dalam keadaan suci bersih seperti kain putih seperti bayi yang baharu dilahirkan. Tidak pernah terlibat dengan sebarang skandal atau amalan rasuah. Sambil itu, beliau berdoa semoga Allah s.w.t memberi pembalasan yang sewajarnya ke atas pembangkang. Rosmah penuh yakin dengan berkata : Pembangkang akan terima balasan Tuhan’ .
Rujuk link ini :
http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=4061
Saya tidak berhasrat untuk mempertikaikan pegangan dan keimanan yang ada pada diri Rosmah ini, hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Melihat kepada lakaran perjalanan kehidupannya mengambarkan keadaan sebaliknya terjadi. Cara beliau berinteraksi dengan masyarakat termasuk rakan-taulannya [contohnya dalam mengendali urusan Bakti] dan orang-orang bawahan, beliau tidak
mempunyai PR yang baik. Beliau senantiasa menunjukan wajah yang terlalu ego dan sombong. Kaki kontrol. Apatah lagi kehidupan sosialnya yang penuh sensasi, boros dan membazir. Beliau pernah bertindak menduakan suami dan menjalinkan hubungan sulit dengan Najib sehingga rumahtangganya yang pertama dibinanya runtuh berkecai.
Semua orang tahu kehidupan sosial Rosmah ini. Contohnya pada malam 9.12.2006 lalu, di Majlis Malam Santapan Negara sempena meraikan SPB YDP Agong ke-12 yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya, dan dengan kehendak Rosmah majlis itu terpaksa dipendekkan dan mesti tamat jam 10.00 malam. Tidak seperti kebiasaan, di mana pada malam itu SPB YDP Agong tidak pun sempat bersalaman dengan para jemputan. Para kenamaan dan para jemputan terpaksa bergegas termasuk Raja dan Permaisuri Agong ke Stadium Bukit Jalil kerana di situ ada pesta GLOBAL INDIAN FILM AWARDS [GIFA BOLLYWOOD].
Di pesta ini, di atas pentas Rosmah terkinja-kinja macam orang dirasuk IBLIS [memang pun mereka golongan IBLIS] berpelokan, bercium dan berlaga pipi sama pipi dengan pelakon handsome daripada Bollywood di hadapan suaminya, Najib. Paling memalukan PM, TPM pakai baju Melayu menonton acara itu. Malam Bollywood itu menyaksikan betapa Rosmah memang menggunakan segala kedudukannya menjatuhkan martabat Yang DiPertuan Agong, Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Pahang, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Mneteri boleh turut hadir sama yang boleh duduk bersekongkol hingga lewat pagi sedangkan majlis negara yang mengorbankan jutaan ringgit dengan segala pembaziran boleh dipendekkan.
Itulah peribadi sebenarnya Rosmah bt Mansor ini, bekas menuntut Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Malaysia akan hancur, sekiranya takdir membenarkan Najib mengambilalih kuasa daripada tangan Abdullah Ahmad Badawi kerana tangan-tangan jahat Rosmah akan memainkan peranannya lebih dashat lagi daripada kumpulan Khairy Jamaluddin yang ada sekarang.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
- Tun Telanai
Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas lima bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak akan mampu membayar semua pinjamannya itu.
Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000. Dr Khir juga perlu menjelaskan kepada umum apakah benar beliau menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%.
Mengikut rekod, Dr. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
- Shamsul Iskandar Md Akin
http://wordpress.com/tag/1-hari-1-pendedahan/
Dr Khir Toyo perlu menjawab apakah benar beliau telah meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).
Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir.
Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
- Shamsul Iskandar Md Akin
http://wordpress.com/tag/1-hari-1-pendedahan/
Kiriman: Keadilan Rakyat <pkr_news@yahoo.com>
Dr Khir Toyo telah meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.
Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut. Dalam masa yang sama Dr. Khir perlu menjawab apakah benar beliau meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat.
Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 November 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol beliau, Dr Karim Mansor.
Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
- Shamsul Iskandar Md Akin
http://wordpress.com/tag/1-hari-1-pendedahan/
Kiriman: Keadilan Rakyat <pkr_news@yahoo.com>
Sebagai mana yang telah saya janjikan, hari ini saya akan memulakan siri kempen 1 Hari 1 Pendedahan, khusus didedikasikan buat Dr Mohamad Khir Toyo bagi beliau menjawab dan merungkai semua pertanyaan yang selama ini membelenggu rakyat Selangor dan Malaysia amnya.
Pendedahan Pertama:
Khir Toyo perlu menjawab dakwaan yang mengatakan beliau telah eluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.
Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, dimiliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir.
Manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntunganminimum RM20 juta.
Rakyat menuntut jawapan konkrit daripada Khir Toyo!
- Shamsul Iskandar Md Akin
http://wordpress.com/tag/1-hari-1-pendedahan/
Kiriman: Keadilan Rakyat <pkr_news@yahoo.com>
Dengan sikap yang ditunjukkan seolah-olah ada fakta yang hendak disembunyikan olehnya kerana tiba-tiba TPM melenting, tiba TPM naik angin dan tiba-tiba muka TPM merah padam sewaktu ditanya oleh wartawan mengenal hal itu.
Pepatah Melayu ada menyatakan: "jika tidak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah" jelas menggambar situasi dan kondisi Najib seperti yang dipaparkan di kaca TV.
Tak mungkin orang akan tetiba marah jika ia tidak ada kena mengena dengan dirinya secara teru dan tak mungkin beliau tetiba mempersoalkan "mengapa kes ini ditimbul sewaktu pilihanraya kecil Ijok".
Seperti sudah tidak berdaya untuk memikirkan serangan balas, Najib terus cuba untuk mendabik dada kononnya "aku TPM" justeru "jangan berani untuk dedahkan itu dan ini".
Umum mengetahui Najib tidak ada kualiti diri - akhlaknya punah kerana peribadinya pernah dipersoalkan. namun kita tidak beminat hal itu lagi dan tidak mahu rumahtangganya retak untuk kali kedua.
Yang kita berminat ingin tahu ialah hal-hal yang berkaitan dengan negara - hal-hal yang menyentuh kepentingan umum seperti kes Altantuya yang telah sampai ke peringkat antarabangsa.
Ini Najib tidak boleh lari. Ini Najib tidak boleh sekadar menyapu sampah ke bawah karpet lagi.
Lambat-laun ia tetap terdedah. Jawapan Najib yang kononnya skan mendedahkan rahsia Anwar tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan iaitu ALTANTUYA. Ia sekadar satu eskapisme bebal dari seorang yang berpangkat TPM.
Najib yang terpaksa menjadi pak angguk kepada Datuk Seri Abdullah kerana khuatirkan kerusi PM bakal tercicir, bertindak tidak waas di dalam isu ini. Bagaimana mungkin sifat seorang bakal PM tidak telus, tetapi menyembunyikan banyak hal dari rakyatnya?
Najib mesti ingat bahawa beliau hampir tewas di Pekan pada pilihanraya ke 10 pada 1999 lalu dimana majoriti yang diperolehinya hanya sekadar 241. Ini akan berulang nampaknya di dalam PRU akan datang jika Najib terus-terusan dengan sikapnya itu.
Sementara Agendadaily melaporkan Datuk Seri Anwar, mantan TPM yang telah dibersihkan namanya oleh mahkamah terus mengkrtik pedas Datuk Seri Najib.
Kita ikuti laporan AGENDADAILY ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berganjak dari terus ‘ menyerang ’ Datuk Seri Najib Tun Razak. “Dedahlah”…katanya kepada Agendadaily ketika diminta mengulas amaran Timbalan Perdana Menteri hendak membongkar rahsianya jika meneruskan tindak tanduknya menyerang hal-hal peribadinya.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditemui selepas menyampaikan ceramah kempen pilihanraya kecil Ijok di Jaya Setia dekat Batang Berjuntai Jumaat malam.
Sebelum itu dalam ceramahnya kepada masyarakat Cina di pekan Ijok Anwar berkata beliau lebih suka Najib menyamannya. “Mau saman…boleh saman anytime. Saya suka dia saman sebab saya boleh pergi mahkamah,boleh cakap lagi…lagi buka”,katanya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak menggangap dakwaan-dakwaan terhadap Najib serangan peribadi.
“Saya mau cakap saya tak attack peribadi...mereka attack saya peribadi…ingat dia telanjangkan saya,dia angkat tilam…naik tilam…turun tilam,”katanya.
Menurut Anwar beliau akan buka lebih banyak lagi masa pilihanraya umum nanti. “Sekarang Ijok kita kerja kuat…saya bagi sikit dulu,”ujarnya.-
IJOK, 21 April (Hrkh) - Kempen pilihan raya Dun Ijok bertambah panas apabila petugas-petugas KeADILan sentiasa menerima tekanan hebat daripada pihak berkuasa selain provokasi daripada petugas BN/Umno.

AJK KeADILan Kawasan Ijok, Azmi melaporkan, tiga orang pemuda Melayu yang menaiki kereta BMW hitam berhenti di jalan besar Kampung Jaya Setia dan memotong semua bendera keADILan yang ada di sepanjang jalan itu.
"Kejadian memotong dan menggunting bendera KeADILan itu berlaku sekitar jam 11.30 pagi tadi," katanya.
Beliau telah membuat laporan Polis di balai Polis Batang Berjuntai berhubung tindakan ganas yang ternyata melanggar peraturan kempen pilihan raya.
Selain itu katanya, pemilik tanah yang membenarkan KeADILan membuka bilik gerakan di kampung Jaya Setia turut diugut oleh pihak berkuasa supaya menutup bilik gerakan tersebut.
Tambah beliau, anak kepada pemilik tanah itu yang bekerja di Jabatan Kerajaan Shah Alam diugut akan ditukarkan ke Sarawak jika pihak KeADILan masih dibenarkan membuka bilik gerakannya di situ.
"Pagi tadi anak kepada pemilik tanah itu menghubungi saya dan berharap bilik gerakan KeADILan ditutup jika tidak beliau akan ditukarkan ke Sarawak," katanya.
Dalam pada itu, Azmi turut kesal dengan sikap pemuda Umno yang didakwa dari Puchong sengaja menimbulkan pergaduhan dengan petugas KeADILan melalui provokasi ganas.
Menurut beliau, amalan biasa dalam waktu berkempen pimpinan Umno sanggup memberi upah pelajar sekolah antara tingkatan satu hingga dua untuk memasang bendera BN dan gambar calon di sepanjang kampung itu. - mns
KUALA SELANGOR, 21 April (Hrkh) - Perang mulut antara Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Penasihat KeaADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini masuk ke fasa yang lebih kritikal apabila Anwar mencabar Najib mengheretnya ke mahkamah jika dakwaan yang dihadapkan ke atas Najib tidak benar.

Kali ini medan pertarungan di Ijok menjadi 'panas' kerana dua seteru ini saling berbalas kenyataan bagi meyakinkan siapa lebih benar memandangkan paluan gendang perang telah dimulakan bagi membuka gelanggang perdebatan.
Najib menggunakan media arus perdana untuk menerjah hujah Anwar, sementara Penasihat KeADILan itu menggunakan pentas ceramah dan risalah untuk menjawab balas segala kenyataan Najib.
Tuduhan dan penafian tidak lari dari isu pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribu; isu komisen pembelian pesawat Sukhoi dan isu komisen pembelian kapal selam yang dianggap Najib bahawa satu serangan peribadi dari Anwar.
Bukan serang peribadi
Bagi Anwar apa yang dihadapkan ke atas Najib bukan serangan peribadi, tetapi ia adalah isu penyelewengan duit rakyat yang jelas oleh pemimpin negara.
Menurut Anwar beliau mempunyai bukti berupa dokumen mengenai komisen RM400 juta pembelian pesawat dari Russia, Sukhoi yang diberi kepada bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Adip Adam dan komisen sejumlah RM520 juta (100 juta Euro) kepada Abdul Razak dalam pembelian dua kapal selam untuk Kementerian Pertahanan.
Beliau tidak menuduh tetapi memiliki bukti untuk menyatakan sedemikian memandangkan komisen yang melampau itu adalah duit rakyat yang dirompak oleh pemimpin untuk kesenangan kroni mereka,katanya.
Saman jika berani
"Saya tidak takut, kalau nak saman silakan sebab saya suka kalau masuk mahkamah nanti banyak benda yang boleh saya cakap dan bongkarkan.Saya percaya dia (Najib) takut kerana nanti banyak benda yang akan terdedah," katanya tegas.
Anwar yang berceramah di hadapan lebih 800 kaum Tiong Hua di pekan Simpang Tiga Ijok malam tadi menyatakan bahawa beliau tidak akan membuat tuduhan jika tiada bukti.
Memandangkan beliau adalah bekas TPM, Menteri Kewangan dan pernah memangku tugas Perdana Menteri ketika bekas ketuanya, Tun Dr Mahathir Mohamad bercuti, Anwar menyatakan beliau memiliki banyak pengalaman dalam urusan pentadbiran negara.
Bagaimanapun beliau menyifatkan komisen yang terlalu tinggi yang diberi Najib kepada rakan-rakannya dalam soal pembelian Sukhoi dan kapal selam amatlah tidak wajar.
Baginya ia satu pembaziran ke atas duit rakyat tatkala rakyat terpaksa mengharungi segala keperitan hidup berikutan kenaikan harga minyak, harga barang dan segala jenis perkhidmatan.
Sementara dalam kes Altantuya pula beliau tidak menuduh Najib terbabit dengan pembunuhan, sebaliknya beliau mahu Najib menjawab beberapa persoalan yang membuatkan rakyat terkeliru berhubung kes itu, kata Anwar.
Najib diminta jawab banyak persoalan
"Dia (Najib) kata saya serang peribadi (dalam kes Altantuya).Saya bukan serang peribadi, saya cuma minta dia jawab samada kenal atau tidak Altantuya? Kenapa orang kanannya (Think Tank Najib), Abdul Razak Baginda boleh terlibat?.
"Kenapa dua anggota unit tindakan khas (UTK) boleh terlibat dan kenapa boleh bahan letupan C4 yang ada tertulis Kementerian Pertahanan digunakan dalam pembunuhan Altantuya Shaaribu?.Saya tidak tuduh, kenapa dia nak marah," katanya sambil disahut dengan tepukan gemuruh kira-kira 800 kaum Tiong Hua yang menghadiri jamuan makan malam bersama Anwar di Simpang Tiga Ijok dekat sini malam tadi.
<>
Anwar mengulangi cabarannya ke atas Najib supaya TPM itu menyaman beliau sekiranya mendapati apa yang disebutnya adalah satu penipuan.
Beliau secara tegas menyatakan tidak takut dengan segala cabaran termasuk ke mahkamah bagi membuktikan bahawa dakwaan beliau benar.
sokong Khalid
Terdahulu sebelum itu Anwar telah melawat beberapa kampung dalam Dun Ijok termasuklah Bukit Badong; Kampung Simpang Tiga dan beberapa masjid sekitar Dun Ijok bagi beramah mesra dan menyampaikan amanat kepada penyokong KeADILan.
Dalam beberapa ceramah pendeknya bersama penduduk Anwar mengigatkan pengundi supaya memberi sokongan kepada calon KeADILan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana calon itu memiliki rekod perkhidmatan korporat yang cukup baik.
Baginya Khalid Ibrahim adalah tokoh yang banyak membantu rakyat miskin termasuklah menyediakan Amanah Saham Malaysia ketika menerajui Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
Ketika Kahlid menjadi CEO PNB, Anwar yang ketika itu juga Menteri Kewangan menyatakan Khalid adalah seorang yang tidak pernah mempunyai rekod rasuah, penyelewengan ataupun salahguna kuasa.
Sebaliknya kata Anwar, Khalid mengagaskan satu skim yang akhirnya mampu membantu rakyat keluar dari belenggu kemiskinan tanpa perlu mengeluarkan modal untuk melabur dalam amanah saham.
Tingkah Kahlid itu berbeza dengan pemimpin Umno dan BN yang lebih banyak membolot wang amanah rakyat (ketika mendapat prjek) dari menyalurkannya kepada rakyat, katanya.
Baru nak buat projek
Bagaimanapun ketika adanya pilihan raya kecil (termasuk diIjok), barulah kerajaan mengeluarkan peruntukan RM36 juta kepada rakyat supaya menyokong BN demi pembangunan, sedangkan pembangunan itu baginya boleh dimulakan bila-bila masa tanpa perlu menunggu pilihan raya sahaja, kata Anwar lagi.
"Tuan-tuan sebenarnya perntukan... ini kita punya, soal kita ambil sahaja.Tetapi yang saya peliknya kenapa baru nak buat sekarang kenapa tidak sebelum ini.Ini menunjukkan wakil rakyat sebelum ini tidak buat kerja dan kerajaan tidak pernahpun tengok orang Ijok ini,"katanya jelas.
Sementara itu calon KeADILan di Ijok yang berucap sebelum itu meminta pengundi memberi kepercayaan kepadanya bagi menjadi wakil rakyat di Ijok.
Tan Sri Khalid yang berucap sebelum Anwar menyatakan, beliau tidak perlu untuk masuk politik jika hanya hendak berkuasa dan berharta, namun katanya bagi beliau pembabitan dalam pilihan raya Dun Ijok ini beliau terpanggil untuk membantu rakyat Ijok menyuarakan hak dalam Dun Selangor.
Beliau seterusnya berjanji akan menyuarakan hak rakyat Ijok selain membawa pembangunan bagi mewarnai semula kemunduran yang melanda Ijok meskipun Selangor telah mengumumkan bahawa negeri pimpinan Khir Toyo itu sebagai negeri maju.
Justeru beliau merayu penduduk Ijok supaya turun mengundi beliau dan memberi peluang kepadanya membela nasib rakyat Ijok.
Pemuda UMNO Sengaja Kecohkan Penamaan Calon Ijok
By Unknown on Saturday, April 21, 2007
Filed Under: http://www2.blogger.com/img/gl.align.full.gif
Banyak pihak termasuk ahli-ahli UMNO sendiri merasa terkejut dengan perlakuan ala samseng seorang yang berpangkat Menteri Kanan di dalam kabinet negara. Pada awalnya masing-masing menyatakan ia hanya tuduhan dan fitnah tetapi apabila beberapa gambar menunjukkan aksi sebenar pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO itu, masing-masing tersentak dengan perlakuan ganjil oleh kononnya "bakal pemimpin negara" ini.



Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Sabky Yusuf ketika dihubungi Harakahdaily mendakwa kekecohan merupakan salah satu taktik yang cuba dimainkan oleh Pemuda Umno dalam pilihan raya ini.
“Saya rasa mereka merancang untuk menjadikan pilihan Ijok satu pilihan raya yang tegang,” dakwanya.
Malah katanya, mereka juga memang menginginkan supaya pilihan raya ini dilihat tegang .
Oleh kerana itu katanya, pada perarakan parti KeADILan semalam mereka cuba menghalangnya.
“Jadi kami memberi amaran agar Pemuda Umno mengadakan kempen mengikut peraturan pilihan raya dan mengelakkan kejadian provokasi berulang dalam kempen yang diadakan,” katanya.
Dalam pada itu Sabky berkata BN tidak boleh menuduh KeADILan menggunakan laluan mereka semasa perarakan semalam.
Ini katanya, semua pengurusan pada hari tersebut adalah di bawah pengurusan pilihan raya dan sewajarnya BN tidak boleh salahkan parti yang menyertai pilihan raya.
“Semua pengurusan pilihan raya kendalian di bawah SPR kenapa disalahkan pihak yang bertanding dan ini menunjukkan kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menguruskan pilihan raya ini,” katanya.
Bidasnya lagi jika BN selalu mengalami insiden buruk apabila berhadapan dengan KeADILan,maka ini menunjukkan BN sendiri yang tidak matang kerana tidak mampu mengawal keadaan untuk berhadapan dengan KeADILan.
KeADILan buat laporan polis
Sementara itu, KeADILan dalam kenyataannya menegaskan, insiden keganasan semalam dipercayai sengaja dirancang oleh pemuda BN.
Pemangku Ketua,Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perancangan tersebut jelas apabila Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menuduh KeADILan sengaja melanggari peraturan keselamatan dengan sengaja berarak untuk bertembung dengan jentera BN kerana ia adalah bohong dan tidak berasas sama sekali.
“AMK telah mendapatkan penjelasan daripada Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Dato' Kamaruzaman Mohd Noor yang mengesahkan laluan perarakan oleh keADILan adalah betul,” katanya.
Sehubungan itu dakwanya, halangan yang dilakukan terhadap calon KeADILan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam dirancang lebih awal oleh mereka untuk tujuan melakukan provokasi awal terhadap penyokong termasuk cubaan menghalang calon KeADILan ke tempat penamaan calon tepat pada waktunya.
“Sebab itu saya percaya ini merupakan taktik awal untuk provok atau membangkitkan kemarahan penyokong KeADILan,” katanya.
Malah katanya, tuduhan Ketua Pemuda Umno, Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein bahawa KeADILan sebuah parti ganas menggambarkan tahap pemikirannya cetek.
Katanya, disebabkan itu KeADILan membuat dua laporan polis berhubung insiden di Ijok semalam iaitu satu di bawah Seksyen 323 kanun keseksaan (mendatangkan kecederaan dengan sengaja) dan satu lagi laporan di bawah Seksyen 336 (membahayakan nyawa dan keselamatan diri) Kanun Keseksaan.
Katanya, laporan tersebut dibuat di balai polis Batang Berjuntai dan kes tersebut katanya sedang disiasat polis.
Sehubungan itu, AMK memberi amaran kepada Khairy dan konco-konconya untuk tidak bertindak di luar batas undang-undang kerana AMK tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap mereka.
Dalam pada itu, Pengerusi Mafrel, Abdul Malek Hussin dalam satu kenyataan menegaskan, pihak polis sewajarnya bertanggungjawab atas keselamatan awam dengan mengaturkan pengasingan penyokong-penyokong kedua parti yang bertanding.
Menurutnya, pihak polis juga patut memperuntukkan ruangan dan sempadan yang bersesuaian dalam pilihan raya tersebut.
Selain itu katanya, "pihak SPR bertanggungjawab mengendalikan proses pilihan raya dengan mengingatkan semua parti dan bakal calon yang bertanding mengenai kod etika sebelum hari penamaan calon." - mks.

Kes pembunuhan ngeri model Altantuya Shariibuu yang dikaitkan oleh pihak tertentu dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak menjadi faktor utama untuk KeADILan meraih kemenangan dalam pilihan raya Dun Ijok, 28 April nanti.
Ini berikutan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pernah meminta pihak berkuasa menyiasat tuduhan yang melibatkan Najib dalam kes tersebut dengan meletakkan rasional pembabitan UTK yang bertindak khas di bawah TPM sebagai alasan tuduhan.
Mengulas faktor itu, bekas Adun Lunas, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya itu sentiasa bersarang dalam kepala rakyat termasuk 12 ribu pengundi di Dun Ijok.
Beliau yang dihubungi berpendapat, setelah beberapa minggu Anwar secara berterusan mendesak pihak berkuasa membuat penyiasatan terhadap Najib tetapi tidak ada sebarang reaksi daripada Najib.
Katanya, mengapa menjelang pilihan raya khususnya di hari penamaan calon Najib baru membuat jawapan secara terbuka.
Menurut beliau, KeADILan mempunyai lebih daya tarikan dalam mood pilihan raya kali ini jika menggunakan taktik yang betul dengan isu penduduk di Simpang Tiga Ijok, Batang Berjuntai dan cabaran terbesar ladang di kawasan majoriti India.
Walaupun katanya, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo telah menjanjikan peruntukan 36 juta untuk penduduk Ijok tetapi perlu diingat perkara yang sama telah dilakukan dalam pilihan raya Dun Lunas.
Tambah beliau, di Dun Lunas Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S Samy Vellu telah memperuntukkan RM2 juta dalam tempoh sembilan hari tetapi pengundi di Lunas menunjukkan kematangan luar biasa.
Katanya, pengundi Lunas menerima projek tetapi tidak menyokong BN kerana mereka berfikir pelaksanaan projek yang dilakukan menjelang pilihan raya merupakan langkah terdesak pimpinan BN.
"Saya berharap kematangan pengundi hari ini dapat membezakan langkah terdesak untuk memancing undi dengan ikrar perkhidmatan tidak bermusim oleh pimpinan BN," tegasnya.
Mengulas tentang calon PKR, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim katanya, Khalid memberikan kelebihan berbanding calon BN, K.Parthiban dari segala aspek kualiti, pengalaman, hubungan dan sebagainya.
Ini sekaligus memberi peluang terbaik untuk pengundi Dun Ijok membuat pilihan dan tanggungjawab mereka perlu memilih yang terbaik daripada dua calon yang baik.
Tidak puas hati Umno
Selain itu beliau turut menyentuh, sebelum penamaan calon timbul rasa tidak puas hati di kalangan pimpinan Umno Kuala Selangor yang dizahirkan secara terbuka.
Katanya, pimpinan Umno Kuala Selangor secara terbuka mahu kerusi di Dun Ijok diserahkan kepada Umno tetapi hal itu tidak mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan parti.
Begitu juga tambah beliau, perpecahan dalaman MIC iaitu tindakan Ketua MIC bahagian Kuala Selangor, S P Thirumoorthy, 55, yang mengancam meletakkan jawatan jika tidak dipilih sebagai calon BN di Ijok.
Menurut beliau, perkara itu memberikan gambaran perpecahan dalaman BN yang jelas hanya diberikan perhatian sedikit dan tidak diberikan liputan meluas.
Bagaimanapun kata beliau, rasa marah pimpinan Umno Kuala Selangor mudah ditangani berbanding kemarahan yang ditimbulkan oleh MCA dan MIC.
Ini jelas menunjukkan bahawa pimpinan tertinggi BN telah mengabaikan ahli Umno di peringkat akar umbi dengan memandang rendah seolah-olah ahli Umno tidak mempunyai nilai khususnya di Kuala Selangor.
Oleh itu beliau menyeru ahli Umno dan semua pengundi Dun Ijok supaya membuat pilihan yang tepat kerana calon PKR merupakan calon yang berkualiti.
Beliau turut meningatkan petugas KeADILan supaya berusaha menambahkan sokongan di kalangan bangsa Melayu di samping meningkatkan sokongan Cina dan merebut saki baki sokongan India. - mks.
Harakahdaily
Provokosi yang dilakukan oleh Pemuda Umno diketuai Naibnya, Khairy Jamaluddin jelas membuktikan bahawa mereka dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan simpati daripada rakyat khususnya di Dun Ijok.
Perarakan penyokong, pimpinan dan calon (BA), KeADILan dan PAS tersekat di hadapan sekolah tempat calon, pimpinan dan penyokong BN berkumpul lebih kurang 500 meter dari dewan orang ramai, Batang Berjuntai.
Penyokong BN yang memenuhi jalan raya bukan sahaja menghalang perarakan calon dan penyokong KeADILan untuk menuju ke dewan orang ramai, tetapi menjadikan lalu lintas sesak selama 20 minit.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar kesal dengan peristiwa yang berlaku di sepanjang penamaan calon Dun Ijok yang tidak pernah disaksikan di sepanjang pengalamannya menyertai pilihan raya.
Beliau berkata, kali ini merupakan satu pilihan raya yang paling kucar-kacir di hari penamaan calon yang pernah dialami di sepanjang pengalamannya menghadiri pilihan raya.
Katanya, di awal perarakan calon PKR telah dihalang sama ada dengan kereta atau motorsikal yangt dibenarkan memenuhi jalan.
Begitu juga tambah beliau, penyokong-penyokong BN juga dibenarkan untuk membuat sekatan jalan dan menghalang calon serta penyokong PKR menuju ke dewan orang ramai.
"Tempat penamaan calon dan pembahagian tempat untuk penyokong BA dengan BN tidak diletakkan dengan cara yang jelas, ini adalah suatu kekecohan yang amat membimbangkan," tegasnya.
Beliau menyeru terutama kepada pihak polis supaya lebih bertanggungjawab supaya keselamatan dan kelangsungan perjalangan ceramah dan pilihan raya pengundi nanti akan berlaku dengan baik.
Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali kesal dengan kehadiran Tan Sri Musa Hassan tetapi beliau gagal memberikan arahan supaya tidak berlaku pertembungan di mana kedua-dua parti terpaksa bertembung.
"Jangan salahkan kami sebab itu sahaja laluan yang dibenarkan, saya terkejut saya lihat persiapan kucar-kacir dalam penamaan calon Ijok hari ini," katanya.
Beliau berkata, kerana pemimpin tidak dibenarkan masuk hidangan tidak disiapkan dalam amalan biasa di hari penamaan calon pemimpin BN dan parti yang bertanding dibenarkan masuk sekitar 10 minit.
Menurut beliau, mengikut kebiasaan di hari penamaan calon disediakan jamuan dan dihormati pemimpin di kedua-dua pihak.
Katanya, mengapa hari ini tidak dibenarkan sebab itu penyokong KeADILan berasa kecewa kerana Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail turut dihalang masuk ke dalam kawasan dewan orang ramai.
"Begitu juga dengan isteri calon, Puan Seri Salbiah tidak dibenarkan masuk ini apa punya amalan," katanya.
Beliau kecewa dengan sikap dan tindakan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang cuba mengambil tugas pegawai Polis untuk menyelesaikan pertembungan yang berlaku ketika masuk ke dalam kawasan dewan Orang ramai.
"Saya tegur beliau, kamu Menteri Besar kamu bukan Pegawai Polis. Saya hanya mendengar arahan daripada Pegawai Polis saya tidak mendengar arahan daripada MB kerana dia ada kepentingan di hari penamaan calon hari ini," tegasnya.
Beliau kecewa kerana pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal untuk menguruskan penamaan calon dengan baik manakala pihak polis juga gagal mententeramkan keadaan sehingga berlaku pertembungan dan sedikit kekecohan
"Ini bukan salah kami, kita telah memberi jaminan, saya sendiri telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis supaya keadaan menjadi lebih tenteram, tetapi semuanya ini berpunca daripada kegagalan pihak polis menyediakan laluan yang berasingan bagi kedua-dua parti," katanya.
Beliau yakin ini semua disebabkan kelemahan pentadbiran di bawah Khir Toyo dan bertambah hairan dengan kehadiran Musa Hassan.
"Mengapa beliau berada di hari penamaan calon, apa tanggungjawab beliau berada di hari penamaan calon, saya harap supaya perkara ini tidak berulang," tegasnya ketika ditemui selepas berlaku kekecohan dengan pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Sementara itu, Adun Sungai Pinang, Teng Chang Khim berasa hairan dengan perangai menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin yang berlagak macam samseng.
Beliau dengan berani mengatakan, sikap yang ditunjukkan oleh Khiry amat mendukacita kerana daripada menantu seorang pemimpin di negara ini.
"Saya berharap sebelum Abdullah dapat memimpin negara ini dengan baik, lebih baik beliau mengajar bagaimana harus menantunya menunjukkan sikap yang baik di khalyak," katanya.
Dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai, beliau melihat seorang wakil rakyat BN yang bersalin pakaian di tepi jalan raya.
"Saya sempat mengambil gambarnya dan jika dicabar saya akan tunjukkan gambarnya, bagaimana wakil rakyat BN bersalin pakaian di tepi jalan raya," soal beliau.
Beliau berasa itu merupakan satu tauladan yang amat buruk ditunjukkan oleh wakil rakyat BN dan berharap ia dapat dibetulkan sebelum hendak memenangi apa-apa pilihan raya.
Ketua Wanita KeADIlan Pusat, Fauziah Salleh menjelaskan, sebelum ini pihak Polis telah memaklumkan bahawa laluan daripada pekan Ijok ke dewan orang Ramai hanya untuk calon dan penyokong KeADILan dan pihak Polis akan pastikan BN ada laluan yang lain.
Beliau kesal kerana apa yang berlaku iaitulaluan untuk penyokong dan calon keADILan disekat beberapa kali oleh Pemuda Umno yang dipimpin Naib Ketuanya, Khairi Jamaluddin.
"Pemuda Umno membuat sekatan dengan menolak penyokong keADILan sehingga ramai pimpinan PKR tersepit dan mahu jatuh," jelasnya.
Ketika itu katanya, pihak Polis tidak ada di situ untuk menjaga keselamatan dan itu merupakan suatu tindakan yang tidak adil di mana polis seharusnya bersikap profesional tetapi perkara itu tidak berlaku di hari penamaan calon.
Sementara itu katanya, KeADILan telah membuka bilik gerakan di semua peti undi dan petugas-petugas sudah mula menjalankan peranan masing-masing.
Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Ahmad Shabki Mohd Yusuf kesal dengan sikap Pemuda Umno yang jelas kelihatan ingin mengadakan provokasi dalam kempen pilihan raya Dun Ijok kali ini.
"Kita memberi amaran kepada Pemuda Umno sekiranya mereka tidak dapat mengawal cara mereka berkempen pada kali ini, kita bimbang penyokong-penyokong BA juga tidak dapat mengawal keadaan," tegasnya.
Sehubungan itu beliau berharap supaya semua pihak dapat menjalankan kempen dengan cara terhormat dengan mengikut segala undang-undang yang ditetapkan dalam pilihan raya.
Sumber-sumber UMNO negeri itu memberitahu Agendadaily besar kemungkinan isu itu akan disentuh kerana kebelakangan ini siapa pun tidak boleh menafikan ia menjadi buah mulut orang politik negeri itu.
Paling tidak Menteri Besar itu dikatakan mungkin meminta pandangan Ketua-ketua UMNO bahagian yang menjadi anggota badan itu mengenai cara meredakan ‘ cakap-cakap’ berkenaan.
Menurut sumber tersebut sesuatu langkah positif mungkin diputuskan bagi mematikan isu berkenaan kerana ia ‘kurang sihat’ bagi senerio politik UMNO negeri itu.
Agendadaily difahamkan sebelum ini ada usaha untuk membangkitkan hal berkenaan semasa pertemuan Badan Perhubungan UMNO Johor dengan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kuala Lumpur baru-barui ini.
Namun begitu sehingga selesai pertemuan tiada siapa yang bersuara mengenai isu itu.
Abdul Ghani telah menafikan rumahtangganya dengan Datin Prof Jamilah Ariffin goncang.
Isterinya juga telah menghadiri bersama acara-acara rasmi yang disempurnakan oleh Menteri Besar itu.
Sumber berkenaan berkata ‘cakap-cakap’ belakang mengenai isu berkenaan sudah lama berlarutan dan kini masanya satu usaha perlu diambil untuk menamatkannya.
“Kita tunggu dan lihat outcome mesyuarat badan itu esok …siapa tahu sesuatu yang menarik diputuskan,”katanya.

Mungkin gambar ini boleh jawab sendiri pasal desas desus rumah tangga Datuk Abdul Ghani Othman goncang.Menteri Besar Johor itu bersama isterinya Datin Prof Dr Jamilah Ariffin hadir bersama di majlis sambutan Hari Ibu di Johor Bharu Ahad.

“Tak payahlah..tak apalah”…itulah kata Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman secara bersahaja ketika ditemui Agendadaily di lobi PWTC sejurus selesai mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Rabu untuk bertanya mengenai isu desas desus yang melanda dirinya.Beliau yang sebelum itu berbual sesuatu dengan Menteri Luar Datuk Syed Hamid Albar enggan mengulas lanjut desas desus orang politik di Johor mengenai hubungan rapat dengan ahli exco kerajaan negeri Datuk Halimah Sadique.

Ini gambar Datuk Abdul Ghani Othman sedang menyanyi bersama isterinya Datin Prof Dr Jamilah Ariffin.Kalau lihat backdrop di belakang acaranya ialah Majlis Mesra Ria Aidilfitri UMNO Bahagian Tenggara.Majlis ini berlangsung pada bulan November lalu.
Mungkin semua orang tahu bahawa Ketua UMNO Bahagian Tenggara ialah Datuk Halimah Sadique.
Beliau juga adalah Ketua Wanita UMNO Johor dan Exco Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Johor.
Halimah,43 bekas guru kini adalah satu-satunya wanita yang memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara.
Agendadaily menyiarkan gambar ini untuk menjawab tanda tanya ramai siapakah tokoh Wanita UMNO negeri Johor yang dikaitkan dalam desas desus yang melanda Menteri Besar Johor itu.
Ghani telah menafikan desas desus mengatakan rumahtangganya goncang kerana ada hubungan dengan seorang tokoh Wanita UMNO negeri itu.
Dari pandangan umum Menteri Besar itu ‘ KELIHATAN ’ rapat dengan Halimah.Ini yang dikatakan menjadi punca segala macam desas desus yang hangat diperbualkan oleh orang politik di Johor.
Ada juga yang membawa mulut mengatakan Halimah ‘terlalu ke depan’ dalam berbagai acara yang dihadiri oleh Menteri besar berbanding dengan exco kerajaan negeri yang lain.
Ini mungkin satu andaian.
‘KELIHATAN’ rapat tidak semestinya ada apa-apa.Mungkin rapat dalam tugas antara Menteri Besar dengan seorang exco kerajaan negeri memandangkan Halimah merupakan exco yang senior .
Kini sudah tiga penggal beliau menjadi Exco sejak mula dilantik memegang portfolio Perpaduan dan Kebajikan Masyarakat lepas pilihanraya umum 1995.
Juga sudah menjadi kebiasaan dalam arina politik siapa saja yang bos nombor satu rapat sentiasa menjadi fokus.
Ada yang melihatnya dari sudut politik dan ada yang buat macam-macam andaian dari sudut peribadi…apa lagi Halimah seorang wanita.
Agendadaily telah bertanya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri apakah beliau ada mendengar desas desus mengenai isu peribadi Datuk Ghani Othman yang mengatakan rumahtangga Menteri Besar Johor itu goncang kerana ada hubungan dengan seorang tokoh Wanita negeri itu.
Soalan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri semasa sidang akhbar diakhir lawatan seharinya ke Selangor di Kuala Selangor petang Jumaat.
Beliau secara spontan menjawab, “Saya tak pernah dengar pun, saya tak ada komen…saya tak dengar cerita tu pun.
“Setahu sayalah…Datuk Ghani Othman tidak ada masalah rumahtangga, kalau saya pergi (Johor) isteri dia (Datin Jamilah) ada… tidak ada memperlihatkan macam ada apa-apa yang tak seronok bersama ke atau apa pun.”
Ditanya pula apakah nasihat beliau untuk meredakan desas desus itu yang dikatakan hangat diperbualkan kalangan orang politik di Johor,Abdullah berkata,”Saya nak kata apa yang ada hubungkait dengan apa …. Nak timbulkan skandal-skandal berkaitan dengan pemimpin-pemimpin itu, pada saya baiklah dihentikan kerana ia tidak membawa kebaikan pada kita.”
Sebagai latar belakang,Agendadaily bertanya soalan itu kepada Perdana Menteri kerana antara desus desus yang turut kedengaran mendakwa suami tokoh Wanita UMNO itu telah mengadu kepadanya mengenai hubungan rapat isterinya dengan Ghani.
Desas desus itu juga mengatakan ada antara pemimpin UMNO Johor yang berharap hal ini dibangkitkan semasa pertemuan Abdullah dengan Badan Perhubungan UMNO Johor di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.Namun begitu sehingga pertemuan berakhir tiada siapa yang menyuarakannya.
Sejak tersiarnya berita bertajuk: PANAS…PANAS…PANAS…isu peribadi seorang Menteri Besar jadi bahan desas desus di Agendadaily awal Khamis pagi ramai yang tertanya-tanya negeri manakah yang dimaksudkan.
Berita itu disiarkan berikutan tersebarnya desas desus meluas di negeri itu mengatakan kalangan pimpinan UMNO dan para pegawai kanan kerajaan negeri itu merasa resah dengan isu yang dikatakan melanda Menteri Besar berkenaan.
Ia dikatakan menjadi bualan panas kalangan orang politik baik peringkat bawahan dan atasan di negeri itu.
Sebuah laman web iaitu UMNO-Reform kemudiannya menyiarkan berita yang dipercayai merujuk kepada berita Agendadaily.
Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menerusi SMS kepada seorang yang dipetik sebagai kenalan kepada laman web itu menafikan ada pergolakan dalam rumahtangganya berpunca dari hubungan beliau dengan seorang wanita dan isteri beliau sudah berpindah ke Shah Alam meninggalkan beliau.
Agendadaily difahamkan wanita yang dimaksudkan itu adalah seorang tokoh wanita UMNO Johor.Mengikut desas desus itu mereka dikatakan ‘ kelihatan ’ amat rapat sekali.
SMS itu diihantar untuk bertanya Ghani sendiri mengenai desas desus berkenaan.Laman web itu memetik Ghani membalas SMS yang dihantar pada jam 1.30 pagi Khamis itu pada jam 5.30 pagi.
Dipercayai kenalan berkenaan adalah salah seorang yang turut dihubungi oleh Agendadaily sebelum itu untuk bertanyakan mengenai desas desus yang tersebar itu.Semasa perbualan itu dia memberitahu akan hantar SMS kepada Ghani .
Mengikut berita UMNO-Reform Ghani ijuga memberitahu sterinya Datin Jamilah turut hadir bersamanya dalam satu program di Johor Bharu Rabu malam.
SMS dari Ghani yang dipetik oleh laman web itu bertulis berikut: " Bila kami di Kuala Lumpur memang kami tinggal di rumah kami di Shah Alam. Dah lama amalan itu. Saya sendiri pun bila ada di KL tinggal di situ. Anak kami yang bekerja di KL tinggal di situ. Ada masa beberapa hari kami di situ kerana urusan saya berulang ke KL atau urusan isteri saya dah bersara dari UTM, sekarang menjadi Adjunt Profesor di UM, bukan tugas sepenuh masa , menjalankan projek menerbitkan buku bersama UM ".
Diketika ramai yang bertumpu pada soal kedudukan Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Syed Razak Syed Zain kerana masalah kesihatannya…desas desus yang lebih ‘ menarik ’ sedang berlegar di sebuah negeri lain.
Agendadaily mendapat tahu ia menjadi bahan bualan panas dikalangan orang politik baik di bawah maupun diatas di negeri itu.
Ini kerana isu yang dikatakan melibatkan soal peribadi Menteri Besar negeri itu mencetuskan kebimbangan ia boleh mengaibkan UMNO jika tidak dibendung segera.
Keadaannya dikatakan sudah boleh diibaratkan bagai api dalam sekam hinggakan timbul harapan Menteri Besar itu segera melepaskan jawatannya agar isu peribadinya tidak mengaitkan parti.
Untuk memastikan desas desus ini bukan berunsur fitnah Agendadaily telah cuba merisik dari berbagai sumber UMNO negeri itu.
Satu sumber berkata, “ ini bukan cerita baru….kalau anda ke negeri ini lebih-lebih lagi sekarang mesyuarat bahagian-bahagian UMNO pasti boleh dengar orang politik bercakap sesama sendiri mengenainya.”
Ditanya samada desas desus itu ada asasnya,sumber itu berkata, “beginilah…seorang pemimpin itu harus tahu jaga imej diri agar tidak timbul syak wasangka dan dipandang serong oleh sesiapapun. Biasalah bila timbul cakap-cakap begini ada orang kata ini kerja musuh politiklah…nak jatuhkannya dan sebagainya.
“Bagi saya mudah sahaja…kalau dia sendiri buat hal…kena tanggonglah sendiri.”
Satu sumber lain yang turut mengesahkan isu ini jadi bualan panas berharap pucuk pimpinan parti “tengok-tengok” segera hal ini dan tidak membiarkan ia berterusan begitu sahaja.
“Kalau sudah ramai orang UMNO sendiri yang bercakap mengenainya…ia tidak boleh dianggap hal biasa lagi.”
Katanya jika apa yang diperkatakan itu benar sesuatu tindakan perlu diambil bagi menjaga nama baik parti dan sebaliknya jika tidak benar langkah perlu diambil untuk meredakannya.
Sumber itu turut mengambarkan bahawa desas desus ini telah menyebabkan moral kalangan pimpinan UMNO negeri serta para pegawai kanan jatuh.
Menurutnya keresahan mereka berkisar pada bagaimana dan bila isu ini akan berakhir.
Agendadaily dari masa ke semasa akan cuba mendapatkan maklumat-maklumat lanjut mengenai isu ini.



