Kisah Harakah Dan TEKO?

By Unknown on Wednesday, July 18, 2007

Filed Under:

Bagi yang memikir, mereka sudah faham benar dengan budaya media cetak dua alam ala Hadhari. Pelbagai isu dieksploitasi sewenangnya demi kepentingan ’volume’ jualan. Umum mengetahui, bahan yang mudah dijadikan berita dan laris dalam pasaran pastinya berkaitan seks. Maka didedahkan kebejatan dan honar perlakuan manusia (dalam soal seks) dan dalam masa yang sama mengaut keuntungan hasil bangkitnya ’keghairahan syahwat’ para pembacanya. Untuk tidak menampakkan unsur eksploitasi dan keikhlasan media dalam membuat pendedahan, disisip temubual dengan para ’ustaz’ (yang menjawab dengan ikhlas kerana ditanya) untuk mencari jawapan berkaitan honar seks yang didedahkan. Maka, wujudlah dua keadaan ; satu pandangan menyatakan bagusnya pendedahan tersebut manakala satu pihak lagi menyatakan bahaya dan celakanya pendedahan sebegitu.. Apakan tidak, yang tidak mengetahui honar seks tersebut terkial-kial mencari ’kelangsungan’ pendedahan tersebut. Apatah lagi yang sudah mengetahui atau yang di atas pagar. Maka, bertepuklah syaitan memerhatikan ruang yang terbuka. Natijahnya, pendokong Harakah (saya kira) mula membuat laporan polis kerana tidak tahan diasak dengan budaya tersebut ( lihat Harakah bil. 1339, 16 -31 Julai 2007 m.s. 10 – FOTO SEPARUH LUCAH : PEMUDA PERLIS BUAT LAPORAN).

Itu kisah pendokong Harakah di Perlis. Jadi apa kaitannya penulisan ini dengan Harakah dan teko? Sebenarnya, saya suda lama tidak membeli Harakah kerana pelbagai sebab. (tidak payah dinyatakan di sini). Kebetulannya kisah Raja Nazrin menyanjung ulama menggamit hati saya untuk memilikinya secara sah (saya adalah ahli baru PAS – Hulu Selangor). Banyak perkara-perkara baru dalam Harakah yang saya kira satu perkembangan yang positif. Walaupun wujud sedikit kelemahan dari sudut penyampaian tetapi itu sudah tentu permulaan kepada yang lebih sempurna. Oleh itu, saya di sini hanya ingin menceritakan kisah Harakah dan teko yang saya kira menarik dan ingin berkongsi dengan semua pembaca.

Kisahnya begini. Saya ada menghubungi sahabat saya yang pernah bekerja dengan Harakah bertanyakan masalah teko ini. Katanya dari hasil yang saya fahami : ”Harakah perlukan duit untuk mengagihkannya kepada aktiviti parti. Pembaca Harakah hampir 95 peratus melayu dewasa berumur 18 tahun ke atas.(sudah baligh – saya tambah yang ini sebagai penyedap cerita). Maka Harakah adalah medium yang terbaik untuk memasarkan barangan kepada orang-orang Islam yang dewasa, baligh dan sekaligus pendokong kuat gerakan Islam”. Betul juga kata sahabat aku ini. Disamping sebagai penggerak maklumat, tarbiah dan pengisian ilmu kepada ahli, Harakah memungkinkan aktiviti ekonomi ahli berkembang. Ya ! Ekonomi ahli boleh dijanakan. Bagaimana? Dengan menjual produk SERVIS teko. Untung ke? Halal ke? Syubhat ke? Cuba la dulu. Ini kepimpinan kita yang ajar. Harakah yang ajar. Mari kita beramai-ramai jual dan mencari ahli baru produk servis teko. Boleh ke jual produk servis teko ni? Nanti Tuan Guru marah dan tidak benarkan sebagaimana perokok tidak dibenarkan jadi calon. Takpa. Nanti kita tanya Tuan Guru. Biar Tuan Guru bagi tunjuk ajar pada kita.

Kata kawan aku lagi, ”kisah servis teko ni dah lama aku tak setuju. Dan kisah satu dua benda lagi. Aku dah habaq benda ini dulu. Masalahnya ialah Harakah perlu duit. Kisah servis teko boleh dianggap cerita untuk orang dewasa (18sx la tu). Pembaca Harakah semua dah matang. Sesuai untuk disiarkan. Walaupun satu muka surat penuh? Soal aku yang sedikit tidak setuju dengan ceritanya. Ya ka? beliau membalas dengan nada terkejut. Nanti aku tengok.....Emm...takpun macam ni la. Hang fax ja kat Harakah pasal teko ni. Nombor dia ada kat belakang Harakah tu. Hang tulis kat Dato KJ sekali. Ok gak tu. Jawab aku. Hang ada email dia ka? No Telefon?. Takda. Cehhh...Ok la. Nanti aku call hang semula.

Aku mula berfikir pasal produk servis teko.ni. Bodoh betul aku ni. Suarakan ketidakpuasan hati aku pasal produk servis teko ni kat kawan aku tu. Apa la salahnya Harakah jual produk servis teko. Maksud aku, iklankan produk servis teko. Satu muka surat penuh bermaksud banyak duit yang masuk dalam kantung parti. Kita jemaah PAS mesti moden sikit. Terbuka. servis teko tu subjektif. Tujuannya murni. Membantu ahli PAS yang lemah. Menjana ahli parti. Dapat menguatkan segala yang lemah. Pasti naik. Takda salahnya. Nanti kalau YB Zainal Sakom (YB kawasan aku) yang berbini dua (dengarnya dah tiga. Betul ke) minta nasihat, boleh la aku dengan bangganya menunjukkan akhbar Harakah aku dengan produk servis teko ni. Ini membuktikan kepelbagaian Harakah. Tentu selesai masalah. Lagipun servis teko ini hanya peratusan kecil dari keseluruhan iklan. Lagipun iklannya kecil-kecil. Yang penuh muka surat ada satu company servis teko je. Apa la aku ni. Kolot sangat. Otak Biru. Kan senang kalau ada iklan servis teko di akhbar parti ini. Betul jugak. Pasni aku nak tunggu iklan urut terapi pula. Alaa... macam akhbar Hadhari tu. Kita mesti sentiasa positif. Urut terapi boleh kuatkan aku untuk bekerja untuk parti. Dah la pilihanraya makin dekat. Takkan aku nak tengok iklan terapi dalam akhbar Hadhari. Itu akhbar fantasi. Aku percayakan Harakah. Harakah mesti buat. Otak kena positif. Harakah boleh. Demi duit. Harakah mesti lakukannya. Harakah sebagai sumber ilmu ahli mesti menyediakan yang terbaik untuk ahli. Segala ilmu ada. All in one.

Ok la. Nanti aku kena call kawan aku tu dan minta maaf dengan dia. Sepatutnya aku rasional pada perkataan-perkataan ini. EREKSI. DISFUNGSI. SAPUKAN PADA KULIT. MEMANTAPKAN SAIZ TEKO. LEBIH LAMA. CEPATKAN KLIMAKS. TEKO PENDEK. Dan lain-lain yang terlalu banyak aku nak tulis kat sini. Nanti aku nak telefon Pemuda Pas Perlis supaya mereka tu lebih terbuka. Tengok gambar pompuan macam tu pun nak buat report polis. Apa la. Tak tahu cara orang nak meniaga. Kolot. Patut la PAS susah menang. Baca Harakah tiap keluaran pun tak nampak strategi pemasaran yang digunakan. Sama la tu. Yang nak pergi report tu buat apa. Pemuda UMNO pun tak report polis bila Harakah siarkan iklan PASTI NAIK. TEKO PANJANG. Mereka pun faham bahawa ini business. Ini soal duit. Lagipun Khairy faham Harakah mencerminkan budaya dan etika kewartawanan Islam. Dalam Islam mesti semua ada. Ingat Khairy tak ngaji kat pak mentua dia ka. Harakah dibawah PAS. PAS ada pengawasan Dewan Ulama. Ada Mursyidul Am. Ada perlembagaan Al Quran dan Sunnah. Sudah tentu yang dibuat ini berdasarkan ijtihad Harakah. Salah dapat satu. Betul dapat dua. Hishamuddin Onn pun faham budaya PAS. Aku harap Pemuda PAS Perlis faham perkara ni. Wujud sedikit persamaan dalam perkara ni. Satu letak gambar. Satu letak perkataan. Beza jauh sangat ka? Yang galak nak pergi report tu apasal. Nak cari glamor? Patutnya kalau cara tu salah, maka cara Harakah sama la salahnya. Pemuda PAS Perlis mesti buat report pasal Harakah dulu. Ini soal parti. Soal perjuangan. Emm…mungkin agaknya gambar dan perkataan ádalah berbeza persepsi. Aku ni apa la. Emosi Sangat. Maaf ya Pemuda Perlis. Tindakan you all tu betul dan tepat. Tapiiiiiiiiii……..…….

Akhirnya, aku nak bagitau pembaca satu perkara. Aku tengah buntu memikir perkara ini. Tolong la aku. Email (saadiee@yahoo.com) dan bagi pandangan kat aku.. Dan satu lagi, baca perkataan TEKO tu baik-baik. Itu perkataan pilihan aku yang aku rasa lebih best dari perkataan zakar, alat sulit, organ seks lelaki dan sebagainya sebagaimana yang disiarkan dalam iklan produk servis teko di Harakah.. Sekian cerita aku..

- Saadiee

0 Komen for this post