Umno cuba memesong isu sebenar Malaysia Today, kata Fariz

By Unknown on Tuesday, July 24, 2007

Filed Under:

Malaysia-Today.net
24 Julai 2007
Oleh Zulkifli Mohamed

Umno jangan cuba memesongkan isu sebenar yang dibangkitkan oleh Malaysia Today (MT), kata Timbalan Ketua Angkatan Muda (AMK) Fariz Musa.

“Tindakan Umno itu jelas mereka begitu terdesak, menentang kebebasan media, malah begitu takut dan kecut terhadap para blogger dan web, yang lebih telus dan terbuka menyiarkan berita berbanding media perdana yang semakin hilang kredibiliti,” jelasnya.

Apa yang jelas, kata Fariz Umno begitu takutkan MT yang mendedahkan pelbagai penyelewengan dan salahguna kuasa pemimpin negara yang disertai dengan fakta dan dokumen sokongan.

“Setelah Umno gagal dalam perang siber, mereka memperalatkan polis dalam usaha menutup MT bagi mematikan suara rakyat.”

Beliau mengulas tindakan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Mohamad Muhamad Taib membuat laporan polis, pagi semalam, terhadap MT dan editornya Raja Petra Kamarudin kerana mendakwa web ini, kononnya menyiarkan artikel dan komen pembaca yang dikatakan menghina Yang Dipertuan Agong dan berunsur perkauman.

Sepatutnya menurut Fariz Umno membuat laporan polis terhadap beberapa pemimpin Umno/BN, termasuk ke atas Timbalan Presidennya Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan pelbagai skandal seperti mana pernah didedahkan oleh MT.

“Inilah wajah sebenar dan pemikiran pemimpin Umno yang mengundur ke belakang.

“Angkatan Muda akan mempertahankan MT dan mana-mana web bebas bagi menyuburkan kebebasan media dan media bebas di negara ini,” ujarnya.

Sementara itu, Raja Petra dalam respon awal melalui artikelnya See you in hell Muhamad son of Muhamad, menyifatkan bekas Menteri Besar Selangor yang terpalit dengan pelbagai skandal rasuah dan moral itu, mahu melakukan ‘political comeback’ .

Muhamad dikatakan mengidam kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, dalam usahanya mengambilalih tugas Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri.

0 Komen for this post