saham seperti MRCB, L&G, Dbhd dan Ekran antara saham yang dikaitkan dengan lubuk wang pemimpin Umno, malah saya sendiri telah meramalkan saham ini akan naik dalam waktu wantu terdekat. boleh dikatakan saham ini naik melebihi 50% dalam beberapa minggu, malah ada diantaranya hampir kepada 100% kenaikan. satu lagi saham Time iaitu saham yang dulunya juga dikatakan saham petujuk pilihanraya walaupun diberitakan ada rundingan sulit time dan Digi. di Malaysia spekulasi pasaran memang biasa dan dikatakan tidak terkawal sebagai contoh bagaimana saham syarikat Transmile dimanipulasi untuk kenaikan lebih 300% dan akhirnya jatuh menjunam bila berita penyelewengan dalam laporan kewangannya jauh tersasar. tujuan mereka mendorong sentimen pasaran. malah dikatakan dalam skandal Transmile seorang pemimpin BN terlibat dan yang didakwa olok olok itu hanya kambing hitam untuk menyelamatkan jerung yang lebih besar.
Jika zaman Dr Mahathir saham saham ini menjadi petunjuk pilihanraya dan lubuk wang para pemimpin Umno mencari duit bagi dana pilihanraya. walaupun kononnya saham ini dikaitkan sentimen hartanah dalam pembagunan wilayah Utara ia hanya menjadi satu sebab mereka menggunakan Dana Awam bagi melonjakkan saham tersebut, akhirnya pemimpin Umno ini akan diperoleh dari keuntungan Modal.
akhirnya nanti yang menerima akibat dalam perjudian mereka dalam pasaran saham adalah pelabur runcit. dan sebelum ini anda mesti pernah mendengar bagaimana Tabung Haji sendiri melabur dalam syarikat berkaitan judi dan forex.. jadi apa nak hairannya jika syarikat PNB dan dana awam lain digunakan untuk para pemimpin Umno ini mendapatkan dana pilihanraya mereka.
http://biz.thestar.com.my/marketwatch/
AWAN TETAP LAWAN
“Pembebasan keduanya boleh menyebabkan rakyat semakin percaya bahawa beliau (Gani Patail) tidak berkerja untuk kepentingan keadilan dan kedaulatan undang-undang,” kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
“Abdul Gani tidak boleh menyalahkan sesiapa lagi jika rakyat semakin percaya bahawa beliau tidak berminat untuk berkerja demi kepentingan keadilan dan kedaulatan undang-undang.
“Jangan marah kepada rakyat jika mereka semakin yakin bahawa Abdul Gani hanya mementingkan kehendak dan hawa nafsu orang-orang atasannya. Jangan marah jika rakyat semakin percaya bahawa Abdul Gani hanya mempertuhankan orang-orang atasannya,” kata beliau.
Mahfuz mengingatkan Abdul Gani bahawa semakin ramai rakyat yang melihat Peguam Negara kini sebagai tukang cuci yang mencari makan dengan membersihkan kesalahan mereka yang menghadapi pelbagai tuduhan jenayah dengan pelbagai alasan yang sangat meragukan.
“Sepatutnya Peguam Negara mengarahkan siasatan diteruskan dan bukannya bertindak terburu-buru mengarahkan siasatan ditutup. Peguam Negara mesti menjawab persoalan rakyat adakah beliau mencari bukti untuk menegakkan kebenaran atau mencari helah untuk mengarahkan siasatan ditutup?” katanya.
Abdul Gani mengarahkan supaya ditutup siasatan BPR berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkifli Mat Noor.
Peguam Negara itu mendakwa, tidak apa-apa keterangan atau unsur-unsur jenayah dalam bentuk amalan atau perlakuan mahupun penyalahgunaan kuasa yang boleh dikaitkan dengan Musa dan Zulkifli.
Bagi kes Musa, Gani mengarahkan BPR menutup siasatan ke atas Musa berhubung dakwaan Ketua Polis Negara menerima rasuah RM2 juta bagi membebaskan tiga orang tahanan Ordinan Darurat.
“Persoalannya Musa bukan menghadapi bukan tuduhan menerima rasuah RM2 juta sahaja. Bagaimana tuduhan lain termasuk pengakuan bersumpah seorang pegawai polis mengenai urusan kenaikan pangkat serta pertukaran anggota polis yang disebut sebagai ditentukan oleh ketua sindiket jenayah yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Musa. Bagaimana dengan tuduhan-tuduhan lain di dalam akuan bersumpah itu?
“Jika benar siasatan dibuat berdasarkan perkara yang dilaporkan sahaja, adakah perkara-perkara yang dibangkitkan dalam surat sumpah itu tidak ada kaitan samasekali dengan apa yang dilaporkan kepada BPR itu?” Mahfuz mempersoalkan.
Ramai pihak, katanya, yang tidak yakin siasatan dibuat secara menyeluruh.
“Hatta dalam tuduhan rasuah RM2 juta sekalipun, BPR patut siasat siapa yang menandatangani aduan mengenai perkara itu. Jika benar enam orang yang dinyatakan itu tidak menandatangani borang percakapan tersebut, siapa yang menandatangani borang percakapan dengan IPD Kluang itu.
“Adakah penyiasatan dibuat ke atas perkara itu? Kalau ada, apa hasilnya dan siapa yang terlibat?” beliau mempersoalkan.
Beliau seterusnya mempersoalkan mengapa polis tidak menyedari bahawa berlakunya pemalsuan tandatangan dalam borang percakapan itu lebih-lebih lagi orang-orang yang dipalsukan tandatangan mereka itu berada dengan pihak polis?
“Rakyat bertanya, konspirasi apakah sebenarnya ini?” tanya Mahfuz.
Beliau berharap rakyat akan bangkit beramai-ramai untuk menghukum pihak yang mereka anggap mempermainkan undang-undang dan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanggungjawab ke atas perkara itu.
- JiwoKelate
‘Parti pemerintah Umno’ kini parti yang menganjur dan mempromosi Rasuah dan ini tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Tun Dr Mahathir.
“Dalam kawasan saya (Kubang pasu), semua orang tahu telah berlaku pemberian rasuah… tetapi Jawatankuasa Disiplin Umno berkata, tidak ada rasuah,” kata Dr Mahathir dalam sidang medianya selepas ucaptama di Internasional Seminar On Gold Dinar di PWTC, 24 Julai lalu.
ii - Pembangunan
Umno tunggak BN riuh rendah dengan pembangunan RMK-9. Memang rakyat mahu pembangunan dan dari dulu lagi pembangunan dilaksanakan dengan wang cukai darii rakyat (bukan wang mak bapak pemimpin Umno/BN).
Persoalannya sekarang Umno tidak lagi peduli Agenda Melayu dan Umno bukan lagi parti membela agama dan bangsa. Kununnya mereka mereka mempertahankan DEB, tapi mereka tidak lagi laksana dasar DEB, malah memusnah DEB.
Contoh terdekat, Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor. Kerajaan Malaysia menubuhkan Jawatankuasa Bersama dengan Singapura, apa maknanya ini?
Isu ekuiti bumiputera bagi panel Bank (Maybank) dan banyak lagi contoh terutama dalam bidang pendidikan yang memusnahkan Agenda Melayu yang bertujuan supaya Melayu berdiri sama tinggi dengan bangsa lain dan dengan itu dapat mengukuhkan perpaduan Nasional.
Ingatlah Paksi pembentukan Bangsa Malaysia adalah Ketuanan Melayu.
Ingatlah wahai Melayu yang kejar kekayaan dan pangkat.
iii. Umno sering hunus keris
Umno sinonim dengan perjuangan Melayu. Malah sering menghunus keris pada persidangan agongnya. Namun menghairankan mengapa orang Melayu terpinggir di negeri yang berketuakan pemimpin Umno.
Inilah fakta yang tidak mampu disanggah. Lihatlah Johor Bahru dengan WPInya, Ipoh, Kota Setar (Kedah Maju 2010), Kuantan dan Seremban, persoalannya berapa kerat orang Melayu yang tinggal di bandar ini.
Sebaliknya Kta Bharu yang sentiasa diperlekehkan oleh pemimpin Umno sebenarnya mempunyai jumlah penduduk Melayu yang paling tinggi di negara ini.
Kira 90 peratus penduduk Kota Bharu ialah orang Melayu sedangkan Kuala Terengganu (70%) dan Alor Setar (60%).
Apa erti pembangunan pencakar langit seperti di KL, Johor Bahru, Pulau Pinang jika hak-hak serta kepentingan orang Melayu semakin terhakis.
- JiwoKelate
Semua bloggers tentunya telah terbaca kenyataan Khairy Jamaluddin, hari ini, mengenai bloggers;
TINDAKAN undang-undang perlu diambil ke atas penulis blog yang menyebarkan laporan berbentuk fitnah di laman blog mereka, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Katanya penulis blog sebegitu tidak pernah memikirkan sensitiviti orang lain.
"Tidak ada undang-undang di alam siber kecuali undang-undang rimba. Jadi tindakan harus diambil supaya 'monyet-monyet' lain takut dan mengambil iktibar daripadanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Papar, Kimanis dan Sipitang di sini hari ini.
Bahasanya kurang manis. Monyet. Melanjutkan logik dan istilah Khairy, elok kita bertanya : Bagaimana pula dengan 'monyet' yang bergayut di laman web rasmi Perdana Menteri? Sudahkah Khairy menemui mereka?
Penulis James Wong menarik perhatian kita terhadap satu tulisan berbau perkauman yang disiarkan di laman web rasmi Perdana Menteri sejak November 2005.
Kata pendahuluan bagi laman ini berbunyi seperti berikut;
Pejabat Perdana Menteri menyediakan laman ini untuk anda menyampaikan ucapan Takziah kepada YAB Perdana Menteri di atas kembalinya Allahyarhamah YABhg. Datin Seri Endon Mahmood ke Rahmatullah pada 20 Oktober 2005.
Muka depan laman ini menyiarkan satu rencana panjang dari seorang penulis bernama Dr. Ng Seng, bertajuk 'Bersatulah Kaum Cina.'
Antara petikan rencana itu ialah;
Kita semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita, samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina , Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita.Di muka lain, laman yang sama, tersiar komen berikut;Sebagai orang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang untuk memecah belahkan orang-orang Melayu di sana. Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian (dalam geran ada nyatakan 30% jenis pekerjaan sekurangnya mestilah dari orang Melayu tapi mereka beri jawatan seperti pengawal keselamatan dan operator sahaja, jawatan penting dan teknikal yg bergaji, RM3 ribu keatas semua dari Orang Cina kecuali melayu yang ada kepentingan bagi mereka itupun seorang dua saje). Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu, mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut.
Kita sekarang telah banyak di Pulau Pinang dan ini markas kita , kita mesti kerjasama dgn orang kita di Singapura, supaya satu hari Pulau pinang boleh jadi milik kita secara yang tak disedari, banyak anak-anak didik kita telah diserapkan dalam kerajaan Tempatan, walaupun dalam kerajaan negeri maseh dimonopoli oleh orang Melayu.
JAGJIVAN RAM
Sat 29 Oct 2005, 13:49 by JAGJIVAN RAM
TAKZIAH: Pak Lah in-law involved with bribery in Iraq. Malaysia needs help to clear its name as the biggest bribe-giver related to the UN Oil-for-Food programme in Iraq. Mastek Sdn Bhd and the duo related to the company, namely Faek Ahmad Shareef and Noor Asiah Dato' Mahmood (Endon Mahmood sister ?). Mastek Sdn Bhd with the following information: Senior Executive: MRS. NOOR ASIAH DATO` MAHMOOD (President/Director) Address: SUITE 3 & 3A, LEVEL 2, BLOCK 3B, PLAZA SENTRAL, JLN. STESEN SENTRAL 5, KUALA LUMPUR SENTRAL, 50470 KUALA LUMPUR Tel: 03 - 22748008 Fax: 03 - 22739008 Incorporation Date: 21 Sep 1979 ROC No: 50717A Matrade Registration No: 3383 Business Activities: Crude Oil and Petrochemicals & Sawn Timber
Tulisan ini mengaitkan skandal rasuah Oil-for-food dan nampaknya Perdana Menteri kita bermurah hati membiarkan komen ini tersiar di situ sejak kematian Allahyarham Endon.
Tulisan Dr. Ng Seng ternyata amat perkauman bentuknya. Macammana tulisan seperti ini dibiarkan tergantung di laman web Perdana Menteri sendiri sekian lama?
Jika Ketua Penerangan UMNO Malaysia terbaca artikel ini, adakah beliau akan membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri kerana menyiarkan tulisan berbau perkauman di laman rasmi Perdana Menteri?
Perdana Menteri sudah tentu tidak menulis rencana ini. Beliau juga tidak mengendalikan laman tersebut. Beliau tidak bertanggungjawab pun terhadap penyiaran rencana ini.
Kerana itu beliau tidak harus diambil tindakan. Tetapi mengapa pula tindakan perlu diambil ke atas blogger lain kerana ada komen liar, mungkin dari cyber troopers yang telah diupah khas untuk menyucuk masuk komen seperti itu ke dalam mana-mana blog untuk tujuan jahat mereka sendiri?
Pada masa yang sama, sejumlah pegawai di Jabatan Perdana Menteri gagal menyemak apa-apa yang tersiar di laman rasmi bos mereka? Bagaimana itu boleh berlaku?
Khairy sendiri tidak tersilau laman rasmi Mertua beliau?
Semoga ini menyedarkan Perdana Menteri dan juak-juak beliau yang sedang bersiap menyerang blogger, supaya berfikir lebih waras dan matang. Dunia cyber memerlukan paradigma baru.
Hj Husam, Kg Kota
cetusan-hati.blogspot.com
Rakan-rakan saya di 3-R memang begitu terpegun dengan perkara ini. Pertama, sesiapa pun yang belum melihat episod itu boleh mendapatinya begitu penuh kontroversi. Kedua, pemikiran bahawa sesuatu keluarga seharusnya menyisihkan anggotanya adalah amat bertentangan dengan nilai hidup berkeluarga. Ketiga, kita tidak pernah tahu bahawa satu program TV selama 30 minit untuk wanita muda boleh mempunyai begitu besar pengaruhnya sehingga mampu meruntuhkan keseluruhan masyarakat Malaysia. Mungkin, saya harus berterima kasih kepada Lembaga Penapis Filem kerana memberikan kami pengaruh besar itu.
Kemelut yang melanda masyarakat blogger masa kini mengingatkan saya kepada peristiwa 3R itu. Terlalu banyak hiruk-pikuk dibuat terhadap tiga ataupun empat laman blog, walaupun dengan yang paling besar popularitinya. Sebaliknya pula laman blog sepatutnya dianggap bacaan yang tidak popular, menjadi bahan bacaan hanya golongan elit bandar sedangkan warga luar bandar tidak tahu menahu mengenainya. Apa lagi, apa yang disiarkan kononnya adalah pembohongan semata-mata. Jikalaulah mereka itu segerombolan penipu dan pembohong yang dibaca oleh segelintir manusia sahaja sambil mengirup sirap vanilla, apa perlu dirisaukan?
Akan tetapi memang mereka rasa risau, sehinggakan membuat laporan polis dan menggunakan pelbagai kata-kata perundangan untuk menghunjam dan menuduh mereka sebagai melakukan jenayah siber. Apakah itu semuanya? Menggunakan kata-kata kesat ke atas orang lain, mencetuskan satu imej yang kurang elok kepada negara. Mentohmah kerajaan dan para pemimpinnya. Seolah-olah inilah perkara penting yang meruntuhkan masyarakat kita? Aduhai…..!…
Saya tidak pernah sedar betapa segelintir pengendali blog boleh menjadi begitu perkasa. Baiklah, mereka menulis mengenai orang yang sedang menduduki jawatan yang berkuasa, seperti polis, melakukan perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan seperti menerima rasuah….. sambil khidmat diberi. Ataupun mereka mengingatkan orang ramai yang membaca laman blog bahawasanya terlalu banyak malaun di Parlimen yang bersikap mengata dulang paku serpih……mengata orang aku yang lebih. Ada pihak yang sengaja melaporkan perkara yang sebenarnya lucah dan bodoh seperti yang kerap disebut dan diulang-ulang oleh para pemimin kita. Sesetengah kebodohan itu memang sudah lama terpapar dalam media perdana. Sedangkan yang lain memang nyata belum satupun boleh kita katakan sengaja dilakar kata-katanya dalam bentuk yang berbunyi lebih baik daripada sepatutnya.
Akan tetapi hanya disebabkan ada segelintir blogger bercakap mengenai perkara ini apakah kehidupan di Malaysia ini akan terancam? Begitukah caranya kita meyakini hidup kita ini? Jika demikian Raja Petra boleh menjadi orang yang paling perkasa di Malaysia.
Kecuali, di antara segala apa yang disebut sebagai pembohongan itu, memang terselit sedikit kebenarannya, dan apabila orang merasa bersalah, sekelumit kebenaran pun tidak boleh dibiarkan timbul. Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya.. Jika demikian, eloklah kita keluarkan antan yang paling besar untuk melumatkan sekelumit bijiran kebenaran itu kerana tanpa berbuat demikian ia akan bercambah dan menjadi besar.
Saya tidak perlu mengulanginya di sini tetapi kalau kita perlu merasa risau akan imej kita di mata dunia sejagat, kita seharusnya menghalakan jari telunjuk ke arah orang politik kita itu. Si tongong seperti Bung Mokhtar dengan sindiran bocornya, Badaruddin Muka Tarpal dan Jo B. Mereka ini datang daripada negeri yang sama dengan saya. Begitu juga Zam Menteri Propaganda kita dan sudah pasti si nazi kegemaran ramai, Nazri. Memanglah ini mainan politik. Tetapi apakah politik mesti berlagak bodoh? (Adakah sesiapa menonton calon Presiden daripada Parti Demokrat berdebat pada malam kelmarin? Adakah sesiapa dapat membayangkan sesiapa antara pemimin kita yang mampu berlagak semacam dia?)
Inilah soalnya…. Bagaimana mungkin kita boleh berterus terang kalau kita malu dengan para pemimpin sendiri, dan kita sendiri malu akan perbuatan mereka? Bolehkah kita sebutkan nama mereka yang kita kagumi sekarang ini? Kalaupun kita tidak bersetuju dengan mereka setidak-tidaknya kita boleh mengagumi mereka kerana prinsip, sekurang-kuranngnya. Apakah contoh yang mereka tunjukkan kepada anak-anak kita?
Apakah kita hairan sekarang ini kalau tidak lama dulu diadakan bancian di mana orang politik kita berada di bahagian paling corot apabila orang ramai ditanya apakah mereka boleh dipercayai? Siapakah yang berfikiran waras mampu mempercayai Nazri?
(Kalau ada sesiapa yang fikir saya hanya memikirkan ahli politik dalam Kerajaan tidak boleh dipercayai, saya pun tidak mempercayai yang lain juga).
Dan kita hairan kenapa golongan muda tidak berminat dengan politik? Siapa boleh salahkan mereka? Bintang ‘rock’ dan pelakon ternyata lebih bijak daripada orang politik kita . Saya lebih selesa mendengar Bono daripada Bung, memang tidak ada tandingannya.
Mungkin itulah sebabnya, mereka tidak ada sesuatu yang boleh ditonjolkan. Mereka sedar betapa kedudukan mereka adalah laksana telur di hujung tanduk. Mereka tahu kita dapat menilai mereka. Mereka memang tidak kisah kalau kita memikirkannya tetapi mereka amat kecut kalau kita menyuarakannya. Lebih teruk lagi kalau kita menyebutnya dan mentertawakannya pula. Mereka anggap kita sedang melihat mereka seperti badut, tanpa boleh berfikir mereka melakukan tugas dengan baik. Itu sebabnya mereka tidak boleh memaafkannya.
Tahukah anda, kalau apa yang saya sebutkan sikit ini boleh membuatkan mulut Nazri berbuih dan menyebabkan dia menghidap barah perut, saya memang tidak kisah langsung. Kalaulah mata Zam tersembul setiap kali saya mengkritik salahlakunya, itu memang mengghairahkan saya. Saya memang rasa seronok kalau menyebabkan mereka tegang urat.
Bermula dengan budak suruhannya, Norza menggesa kerajaan menggunakan ISA terhadap penulis blog. Sekarang Khairy pula yang mendeklarasikan “peperangannya” dengan penulis blog apabila memanggil penulis blog sebagai “monyet-monyet”. Sila klik disini.
Khairy yang tahu karier politiknya akan ditamatkan satu hari nanti oleh penulis-penulis blog menggunakan “sijil nikahnya” dengan Nori Abdullah Ahmad Badawi untuk memaksa kerajaan mengambil tindakan tegas kepada penulis-penulis blog.
Seperti biasa, Norzalah yang akan menyalak dahulu. Kemudian barulah Khairy akan menyusul. Begitulah taktik mereka.
Khairy berkata yang Malaysia Today ada memfitnah beliau dalam ruangan “Khairy Chronicles”. Menurut beliau, tindakan tidak diambil oleh kerana prosesnya terlalu lama.
Sebenarnya, ada satu sebab besar mengapa Khairy tidak mahu mengambil tindakan kepada Malaysia Today. Beliau masih lagi mengharapkan agar Malaysia Today akan mendedahkan gambar Najib bersama Altantuya.
Masa depan politik Khairy amat bergantung dengan nasib politik Najib. Jika Najib terkeluar, maka cerahlah harapannya. Kalau Najib menjadi Perdana Menteri, sudah pasti karier politik menantu Pak Lah itu akan berkubur.
Sebenarnya, tujuan Khairy dan Norza menggesa kerajaan mengambil tindakan kepada penulis blog adalah sandiwara semata-mata. Ini untuk meyakinkan Najib bahawa beliau seiring dengan Timbalan Perdana Menteri itu dalam memerangi penulis-penulis blog.
Umum sudah mengetahui bahawa Najib ialah orang yang benar-benar mahu penulis-penulis blog yang lantang mengkritik beliau dan kerajaan dihentikan. Ini adalah kerana selagi perbicaraan kes bunuh Altantuya belum selesai selagi itulah beliau masih belum selamat.
Sama-samalah kita melihat siapa yang akan tersungkur didalam pertembungan diantara Najib dan Khairy. Najib veteran UMNO manakala Khairy pula mempunyai sijil yang tidak dimiliki oleh orang lain iaitu “sijil nikah” dengan anak Pak Lah.
Sementara itu, penulis-penulis blog harus bersatu. Jangan takut dengan ugutan Khairy dan Norza. kedua-dua ahli politik ini akan tersungkur ditangan penulis blog.
peguam negara ni betul betul buat lawak, rasuah perlu siasatan menyeluruh, bukannya hanya cek akaun peribadi ketua polis negara . untuk pengetahuan peguam negara yang bangang , Eric chia yang rasuah ratus juta tu pun duit tak masuk duit dalam akaun dia. mana ada orang rasuah masuk akaun sendiri jangan jadi bodoh, eric chia pun guna proksi syarikat berpengkalan dihongkong. macam tu jugak daim Zainudin menggunakan proksi ahli koperat.takkan itupun susah nak fikir. tak hairan pasal ada peguam negara bodoh macam ni Eric chia, Hanif basri, datuk zakarian ,Man datuk boleh lepas. lepas ni tak hairan giliran razzak baginda pulak lepas.
malah masa pilihanraya di ijok gani patail ni ke sabah untuk melepaskan seekor lagi jerung yang bunuh orang dari tuduhan membunuh. nampaknya Gani patail ini sudah pegang satu porfolio baru jabatan peguam negara iaitu pencuci kes rasuah dan jenayah.
Gani Patail dan Musa Hassan satu satunya konspirator kes Anwar belum diberi balasan seperti konspirator yang lain seperti Khalid Jafri, rahim Noor, Mokhtar Dugong, Azizan abu bakar, dr kristina, megat junid dan Dr Mahathir sendiri yang terhina sebelum akhir hidup mereka. Dr Kristina ,Khalid Jafri dan Mokhtar dikatakan mati dalam keadaan yang hina.
bayangkan bagaimana bekas peguam negara itu mati dalam keadaan tempurung kepalanya tidak dapat diletakkan kembali ditempatnya setelah pembedahan kerana mengalami bengkak otak yang teruk selepas jatuh di bilik air dan mengalami pendarahan otak. malah yang terakhir Khalid Jafri mati tanpa kaki setelah dipotong sebelum perbicaraan buku fitnahnya sempat habis dibicarakan.
kini mungkin saya doakan secara peribadi balasan balasan yang menimpa bekas peguam negara akan dialami pula oleh Gani patail.
setelah pelbagai cara untuk membersihkan Rasuah gagal adalah elok seluruh negara sembahyang hajat supaya Allah memberi pembalasan setimpal kepada mereka yang membela rasuah dan pengkhianat negara. supaya mereka ini akan terima pembalasan sebenar dari Allah.
AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!
AWAN TETAP LAWAN
- Reformis Muda - 30.07.2007 (tanpa suntingan)
Kenyataan Media
29 Julai 2007
Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Perlis tidak dapat menerima kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengarahkan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menerima rasuah RM2 juta bagi membebaskan tiga tahanan Ordinan Darurat, ditutup.
Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan ini telah membelakangi janji Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi untuk membenteras rasuah sehingga ke akar umbi. Rasuah akan terus bermaharajalela sekiranya perkara sebegini dibiarkan sampai bila-bila. ‘Spin’ dimulakan dengan siasatan BPR dan diakhiri dengan penutupan kes oleh Peguam Negara.
Rakyat pula terus hidup dalam keadaan dihantui dengan kenaikan kadar kes jenayah yang berlaku di seluruh negara. Ini antara lainnya disebabkan oleh rasuah yang berleluasa apabila polis didakwa bersekongkol dengan kongsi gelap untuk membiarkan jenayah berlaku.
Satu suruhanjaya bebas perlu segera dibentuk untuk menjalankan siasatan bebas dan menyeluruh tentang dakwaan kes rasuah yang melibatkan Musa Hassan, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharom dan bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkifli Mat Noor.
Jabatan Peguam Negara dan BPR wajib segera dipisahkan daripada terus berada sebagai unit di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ianya bagi menghentikan tanggapan umum terhadap dakwaan bahawa Abdullah Badawi terlibat dalam mengarahkan Peguam Negara untuk menutup siasatan terhadap dakwaan rasuah tersebut.
Institusi Peguam Negara dan BPR mestilah bebas dan dapat dipertanggungjawabkan kepada Parlimen dan Majlis Raja-Raja bagi memperkukuhkan integriti kedua-dua institusi penting ini.
Jika tidak, kenyataan Abdullah Badawi untuk membenteras rasuah hanyalah merupakan omongan kosong yang saban hari terus menerus menipu rakyat.
AB. GANI HAJI ISMAIL
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Perlis
28 Julai 2007
Integriti Peguam Negara Kian Merudum!
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat isu penutupan siasatan kes rasuah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan juga bekas Ketua Pengarah Zulkifli Mat Noor jelas menggambarkan betapa integriti Jabatan Peguam Negara semakin terhakis dan kian lemah dari masa ke masa.
Alasan yang diberikan oleh Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa keseluruhan siasatan BPR melalui saksi dan dokumen berkaitan mendapati tiada keterangan yang boleh mengaitkan Musa dengan tohmahan terhadapnya adalah jelas menggambarkan kelemahan prosedur siasatan BPR dalam keadaan imej PDRM semakin terpalit dengan kegiatan gangsterisme yang begitu berleluasa di seluruh negara tanpa kawalselia yang efektif.
Apakah Gani Patail, dengan penutupan kes Zulkifli, ingin menjelaskan bahawa tuduhan dan fakta-fakta kes yang dibawa oleh bekas Pengarah BPR Sabah Ramli Manan, adalah palsu semata-mata? Rakyat tidak akan lupa dengan fakta yang bahawa Zulkifli terlibat dengan jenayah seksual, pemilikan harta yang tidak munasabah dengan pendapatan beliau, dan juga penyalahgunaan harta kerajaan untuk kegunaan peribadi yang dibuktikan dengan penuh fakta oleh Ramli Manan, pun begitu masih terlepas daripada pandangan Peguam Negara.
AMK melihat ini adalah merupakan satu taktik desperado kerajaan BN untuk menutup kelemahan kedua-dua institusi penting yang dipertanggungjawabkan untuk membasmi rasuah dan jenayah ke akar umbi.Malah, jelas kelihatan Peguam Negara terus diperalatkan dan menjadi alat pelaksana nawaitu politik terdesak kerajaan Umno & BN dengan mengenepikan prinsip-prinsip demokrasi dan perundangan telus.
Rakyat tidak boleh dihalang untuk terus berasa gusar, dan prejudis dengan kredibiliti kerajaan untuk memerangi rasuah dan jenayah dengan efektif. Tindakan terbaru Peguam Negara ini, selepas penutupan kes Johari Baharum jelas menggambarkan kerajaan hanya serius untuk bertindak ke atas insiatif yang menggugat keselesaan mereka, berbanding bertindak serius menyelamatkan Malaysia daripada kemelut penyelewengan demokrasi dan integriti yang kian parah.
Terbukti, Peguam Negara adalah alat perkakas Barisan Nasional semata-mata.
Fariz Musa
Timbalan Ketua
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
No 110-3, Jln Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Laman Web Rasmi: http://amk.keadilanrakyat.org
Emel: penerangan.amk@gmail.com
B-1012 Block B 10th Floor Kelana Square Jalan SS 7/26 Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Malaysia
+603-7804-9632/4962 (Tel) +603-7803-9423 (Fax)
Himpunan Rakyat Bersama GERAK
.BADRUL HISHAM SHAHARIN
Eksekutif Coordinator
Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK)
International Student (Feb 2007 - Feb 2008),
Inter-Asia Graduate School of NGO Studies Songkonghoe University ,
1-1 Hang-Dong, Guro-Gu, Seoul 152-716 South Korea.
Tel: +82-2-2610-4753 (office) Fax: +82-2-2610-4752
Email : chegubard@gmail.com
http://chegubard.blogspot.com
Kelantan Baru adalah slogan yang dipancarkan oleh Umno Kelantan hari ini untuk memperdayakan rakyat Kelantan bagi membolehkan parti itu mengambil alih kekuasaan negeri Cik Siti Wan Kembang dari Pas. Kelantan Baru membawa makna Umno mahu mengubah dimensi Kelantan yang ada hari ini. Umno mahu membuang trade-mark Kelantan yang ada selama ini dibikin Pas selama 17 tahun.
Apakah Kelantan Baru itu? Mungkin saja Umno mahu mengubah dasar pentadbiran Kelantan hari ini. Pendekatan mesra rakyat dan Islam yang diamalkan hari ini mahu dihapuskan. Al maklumlah Umno sangat alergik dengan Islam dan juga budaya taradisi rakyat negeri Kelantan yang diamalkan sejak turun temurun.
Dasar Kanun Tanah di Kelantan yang tidak oleh dijual kepada orang asing kecuali mendapat kebenaran Esco kerajaan, mungkin tidak sesuai pada perkiraan Umno maka ia perlu ditukar ganti dengan sistem (kanun) baru bagi membolehkan semua orang tidak mengira kaum dapat membeli hartanah di Kelantan.
Takdirnya Umno berkuasa dan mengubah akta berkenaan selepas ini akan berduyung-duyunglah orang luar Kelantan memasuki Kelantan dan cuba membeli hartanah di negeri itu. China Town yang wujud di sepanjang Jalan Kebun Sultan hari ini adalah hasil perjuangan Umno memerintah Kelantan selama 12 tahun (1978 – 1990) dulu.
Apakah itu yang dimaksudkan Kelantan baru?
Atau Kelatan baru ialah Kelantan yang sama dengan Kuala Lumpur, sama dengan Wilayah Pembangunan Iskandar, (WPI) Johor, Pulau Pinang ataupun Melaka dan sebagainya. Maksiat berlelusa, kedai arak dan judi bertaburan. Rumah urut dan pelacuran bersepah kerana negeri-negeri berkenaan mengelurkan lesen – menghalalkan segala maksiat itu. Begtukah Kelantan baru versi Umno?
Umno akan buat peraturan mengikut kuasa-kuasa Kerajaan Tempatan (PBT) yang baru. Wanita dan lelaki boleh duduk bercampur gaul dalam satu bakul. Tidak ada lorong khas untuk wanita di supermerket atau di majlis-majlis keraian dan keramaian (konsert). Kaum Adam dan hawa itu bebas bergaul.
Mungkin juga dimaksudkan Kelantan baru, Kelantan yang dipimpin oleh orang baru. Parti baru. Apakah Pas kini parti buruk? Sudah 17 tahun Pas memerintah Kelantan membawa berbagai pembaharuan dan kemajuan. Bahkan dalam bidang tertentu Kerajaan Pas Kelantan ternyata mendahului dan menjurai perubahan.
Apakah segala pembaharuan pembangunan dan pendekatan rohani yang dibuat oleh Pas akan diubah oleh Umno dengan citarasa dan ilham barunya itu?
Kelantan Baru mungkin juga pemimpin Umno yang baru. Benarkah pemimpin Umno hari ini baru – orang baru. Barukah Annuar Musa iru? Annuar Musa bukan orang baru. Dia hanya baru menjadi Pengersi Umno Kelantan. Tetapi dia sudah usang dan feel perangainya semua orang tahu. Annuar Musa adalah pemimpin telinga buruk.
Dosa-dosa dan nodanya tidak boleh disembunyi dan diselindungkan lagi.
Dia juga sudah lapok dalam Umno. Antara orang Umno beliaulah orang yang memegang banyak jawatan dan hampir semua jawatan parti dan Kerajaan dipegangnya. Kalau pun belum hanya Perdana Menteri dan Menteri Besar sahaja.
Beliau pernah menjadi Adun Peringat, jadi Senator, ahli Parlimen kemudian Adun Kok Lanas. Dia juga pernah menjadi ketua cawangan, ketua bahagian dan Pengerusi Umno Kelantan. Dia juga pernah menjadi menteri selama lapan tahun.
Annuar bukan baru, dia orang lama.
Jadi apakah sebenarnya yang baru. Barangkali projek-perojak baru yang banyak ditangguk dan diangkut oleh setengah pemimpin Umno. Bukan semua, setengah sahaja orang yang rapat dengan Annuar yang memperolehi projek-projek baru. Yang lain tidak merasa dan mengigit jari.
Paling banyak menyaut projek di bawah RMK-9 di Kelantan ialah Annuar Musa sendiri. Tapak Pusat Mitrikulasi Sains di Kok Lanas adalah tanahnya, di situ sahaja Annuar dapat kira-kira RM30 juta. Begitu juga lebuhraua Pesisiran Pantai menghubungkan Pasir Puteh dengan Kuala Terengganu satu pakej pembangunan itu juga disapu oleh Annuar. Nilainya juta kira-kira RM30 juta.
Senyap-senyap dan secara bodoh Annuar dapat manfaat dari projek RMK-9 lebih RM60 juta. Ahli bawahan Umno dan wakil rakat Umno yang cabuk mana tahu cerita ini semua. Itulah menyebabkan Annuar sampai menangis dan gunakan bini untuk melobi jawatan itu daripada Abdullah Ahmada Badawi al-Hadhari. bukan untuk rakyat Kelantan tetapi untuk dirinya sendiri.
Apa yang difahamkan baru oleh Umno itu sebenarnya primitif dan bukan progresif seperti Pas. Yang baru ialah kerajana Pas yang banyak memperkenakan pendekatan baru, rancangan baru, iltizam baru demi kesejahteraan untuk rakyat. Kifalah, bantuan Armalah, projek pokok Debu dan sebagainya adalah baru dan dapat membantu rakyat.
Jadi sebenarnya tidak ada yang baru, melainkan satu saja iaitu isteri (bini) baru. Itu pun masih ramai yang orang belum tahu! – Reformasi.
- Tun Paduka Tuan
Apa pun saya sendiri mahu tahu kenapakah dia menjamu selera makan malam di sebuah kasino di Melbourne dengan bekas Ketua Menteri Sabah, Osu Sukam, merupakan satu peristiwa yang amat malang sekali. Apakah imam umat Islam makan dalam kasino ataupun ini memang dibenarkan kepada imam hadhari?
Saya telah beritahu bahawa dia telah digerakkan untuk ke luar negara ke Australia pada tengah malam itu sebagai persiapan mahu bertemu dengan beberapa pegawai tinggi sebuah kuasa tentera yang terhebat di dunia ini. Rupa-rupanya polis dunia sejagat itu tidak berapa selesa melihat akan beberapa perkara di Malaysia dan kononnya mereka mahu datang bertemu dengan Perdana Menteri yang sungguh terkenal itu.
Akan tetapi Abdullah tidak ingin melihatkan orang-orang besar daripada bumi John Wayne datang ke Malaysia kerana mahu mengelak orang bercakap mengenainya. Maksud saya apakah anda mahu Ah Long datang ke pintu rumah dan menjerit: “Hoi! Bila mahu bayar hutang!” ataupun sebuah kereta peronda polis berhenti di hadapan rumah dan empat orang polis berpakaian seragam memasuki rumah anda? Bayangkan apa kata para jiran yang sedang mengintai di sebalik jendela akan berkata? Tentu ini akan menjejaskan kewibawaan anda di kalangan para jiran yang ada.
Tentunya sebagai seorang Perdana Menteri, kalau polis dunia seperti Ah Long akan datang menemui anda, tentunya laksana api yang membakar semak-samun yang memerlukan semua anggota bomba dan kelengkapan mereka cuba memadamkan api yang amat sukar boleh diredakan. Untuk mengelak laman web yang tidak bertanggungjawab seperti Malaysia-Today terus bernafas dengan segala pembohongan dan cakap-cakap yang membolehkan orang percaya sebagai fakta yang sahih ceritanya, adalah lebih baik bertemu dengan mereka yang sensitif itu jauh dari negara sendiri.
Kenapa pula seorang ketua eksekutif sebuah negara (memanglah setakat ini dia hanya memegang jawatan itu atas namanya sahaja, kerana belum pun melaksanakan apa-apa) sanggup pergi bertemu pegawai bawahan daripada Washington? Sudah tentu sebagai Perdana Menteri pegawai yang jauh lebih rendah pangkatnya yang sepatutnya datang berjumpa beliau? Orang Melayu kata; timbalah yang mencari telaga atau perigi dan bukan sebaliknya. Ataupun seperti yang mereka sebut di Barat si anjing yang menggoyangkan ekornya bukan si ekor yang menggoyangkan anjingnya.
Saya fikir kalau dalam keadaan normal perkara ini memang ada betulnya. Timba mencari telaga untuk mendapatkan airnya. Akan tetapi keadaan yang khusus ini bukanlah satu keadaan normal. Dalam keadaan ini apabila seseorang telah dijerat sehingga tidak bermaya, orang yang menjerat itu menguasai keadaan. Kalau mereka picit yang dalam seluar itu tentulah merasa sakit yang amat sangat. Untuk mengelakkan sakit tentulah kita perlu menyekat orang itu cuba memicitnya.
Abdullah Ahmad Badawi telah dikaitkan dengan skandal Minyak untuk Makanan yang melibatkan salah guna kuota minyak Iraq. Abdullah telah menandatangani satu surat sokongan untuk sebuah syarikat milik adik iparnya untuk menjadi penerima kuota minyak dan mengikut laporan PB dan juga AS, wang sogok untuk menyokong pegawai Iraq termasuk jug Saddam Hussein telah pun dibuat.
Kemudian muncul kisah syarikat milik anak Abdullah yang bernama Scomi, dalam pengeksportan peralatan nuklear ke Libya yang membabitkan rakan kongsi syarikat yang didakwa telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dikatakan sudahpun hilang ghaib. Apakah benar dia ditahan di bawah ISA? Atau pun dia dalam tahanan ‘protective custody’ untuk menyekat Amerika daripada menemui bual untuk bercerita dan menyanyi laksana burung kenari sehingga beliau mengaitkan ahli keluarga Abdullah Ahmad Badawi dalam keseluruhan skandal tersebut?
Kongres AS telah pun membincangkan dua jenayah utama yang membabitkan keluarga Ahmad Abdullah Badawi dan mereka mahu melaksanakan proses penahanan ke atas Abdullah persis yang mereka lakukan ke atas Noriega. Akan tetapi Abdullah telah bertindak dengan pantas dan pergi ke Washington untuk meminta maaf dan mendapatkan keampunan. Baiklah, saya tidak peduli sangat apakah Presiden Amerika mengampunkan beliau ataupun tidak. Apabila dilihat Presiden sudah meminta Kongres tidak menyentuh Perdana Menteri kita yang cemerlang itu nampaknya rayuan beliau agar diampunkan sudah pun diterima. Apa yang saya lebih berminat ialah apakah hukumannya? Apakah nilai hukuman kerana mendapatkan keampunan itu? Apakah yang mesti diberikannya kepada orang Amerika? Adakah kemungkinannya itu termasuk kesanggupan menandatangani FTA dengan Amerika?
Di Amerika mereka selalu menyebut, tiga kali pukulan dan anda akan dinyahkan. Apakah Abdullah baru terkena dua pukulan dan apakah beliau sudah sampai ke pukulan yang ketiga? Dengan kata lain apakah dia sudah kehabisan kuota dan kini terpaksa keluar padang dan duduk diam di atas bangku?
Memang, inilah yang Malaysia-today ingin mahu tahu. Apa yang Malaysia-Today mahu tahu apakah Abdullah masih lagi ada tiga pukulan ataupun apakah Abdullah Badawi telah dipanggil untuk berehat. Salinan berita yang dikepilkan di sini merupakan pukulan ketiga yang mungkin melibatkan Abdullah Ahmad Badawi. Siapakah insan misteri dalam UMNO yang telah terlibat dalam pukulan yang ketiga ini? Apakah ini sebabnya Abdullah Ahmad Badawi terpaksa keluar secara senyap-senyap ke Australia pada tengah malam dan menikmati makan malam di sebuah kasino di Melbourne yang kini merupakan satu tempat yang diharamkan kepada Osu Sukam?
- Penangkapan kerana mengeksport senjata di New York
Oleh Larry Neumaster
The Associated Press. Khamis Julai 19, 2007.
Mengikut surat-surat mahkamah, pihak berkuasa persekutuan berkata bahawa Humayun telah menubuhkan sebuah syarikat bernama Vash International Inc., pad a Januari 2004, untuk mengeksport peralatan pertahanan termasuk kereta kebal, peluru berpandu dan pelancar roket.
Mereka berkata beliau telah menggunakan Vash 11 kali antara January 2004 dan Mei 2006 untuk mengeksport kepada sebuah syarikat yang tidak dikenali di Malaysia, pesawat jet pejuang R-5 dan F-14 dan alt ganti helikopter Chinook.
Para pendakwa berkata Humayun telah mengaku kepada pihak berkuasa persekutuan bahawa dia dia tidak tahu siapakah pengguna terakhir barangan yang telah dihantarnya. Mereka berkata dia juga mengaku telah menurunkan harga penghantaran kertas surat khabar eksport untuk membolehkan syarikat mengelak daripada membayar cukai yang tinggi kepada Kastam Malaysia.
Ketua Peguam AS Michael J. Garciua berkata dokumen yang sempurna menunjukkan bahawa alat Pertahanan (alat ganti F-14) itu telah disalurkan terus kepada satu-satunya pembeli, yakni Angkatan Tentera Udara Iran.
”Segala butiran jenayah yang dibuat oleh Jilani Humayun adalah memang begitu menyedihkan, kerana dia dikatakan sudah mengaku mengeksport teknologi canggih F-5 dan F-14 kepada Malaysia tanpa ambil peduli mana destinasi terakhirnya, kata Garcia.
Pengarah perkhidmatan siasatan jenayah dalam Jabatan Pertahanan AS, Charles W. Beardal, menyebut bahawa pengeksport teknologi tentera AS dan senjatanya, sebagai “salah satu ancaman terbesar kepada keselamatan negara.”
Hakim Magistrate AS Ronal L Ellis, menolak permohonan pihak pendakwa pada Khamis lalu untuk menahan Humayun tanpa bicara. Beliau mengarahkan jaminan $500,00 dan mahukan beliau ditahan dirumahnya di Lynbrook selepas peguam Humayun, Loyce London menyebut anak guaman beliau sebagai “warga New York yang sejati” yang jarang keluar dan hanya pergi melawat Pakistan sekali sejak datang ke Amerika Syarikat pada 1981. Peguam bela menyebut Humayun menetap dengan isterinya dan seorang anak lelaki dan menanggung sakit seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Justeru, secara sinis editornya Raja Petra Kamarudin, mengucapkan 'terima kasih' kepada parti itu.
'Terima kasih juga diucapkan kepada parti pemerintah Umno, sebelum ini kita hanya menerima sedikit iaitu 2.2 hingga 2.4 juta hits, sekarang telah mencecah 5 juta hits ekoran laporan polis oleh Umno.
"Jika sebelum ini ia bukan web paling terkenal, sekarang ia telah menjadi terkenal atas sumbangan kebaikan Umno," jelasnya kepada wartawan BBC di balai polis Dang Wangi Jalan Tun HS Lee, pagi semalam.
Tengah hari Isnin lalu, selepas Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhamad Muhammad Taib, membuat laporan polis, Malaysia Today tidak boleh dilayari sehingga petang, kerana servernya tidak dapat menampung peningkatan pengunjung terlalu ramai secara mendadak.
Sementara itu, Petra yang memberi keterangan kepada pihak polis bermula jam 11.30 pagi semalam, dilihat berjalan keluar dari balai berkenaan dengan senyum lebar kira-kira jam 7.30 petang.
Dilaporkan dia telah mencium pipi isterinya Marina Lee Abdullah, 51 yang setia menunggu suami tersayang sebaik melangkah keluar dari balai berkenaan.
Bercakap kepada pemberita selepas sesi soal jawab dengan polis, Petra berkata bahawa dia telah ditanya tentang identiti pembaca Malaysia Today yang didakwa memberi komen menghasut.
Menurut Petra, dia juga telah ditunjukkan senarai lengkap 12 komen pembaca tersebut seperti mana dalam laporan polis oleh Umno.
Bagaimanapun, jelas Petra, dia enggan mengulas kepada pihak polis tentang komen-komen pembaca Malaysia Today.
"Saya enggan bercakap tentang komen-komen oleh pembaca-pembaca saya di Malaysia Today kerana saya tidak bertanggungjawab terhadap perkara tu," jelasnya.
Dilaporkan berpuluh-puluh aktivis dan pemimpin pembangkang, termasuk Naib Presiden PAS Husan Musa, Ketua Penerangan Keadilan Tian Chua, Ketua Penerangan DAP Ronnie Liu dan para wartawan berada di balai polis berkenaan.
Difahamkan sebelum ke balai polis Petra telah membawa bersamanya senaskah kitab terjemahan Al-Quran dan salasilah keturunan keluarganya.
Salasilah tersebut bagi membuktikan dia tidak sesekali bertujuan menghina Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, kerana beliau sendiri datangnya dari keturunan berdarah raja, khususnya dari Selangor.
Sementara, terjemahan Al Quran akan dijadikan rujukan sekiranya dia dituduh menghina Islam, dan akan bertanya pihak polis, pada ayat mana kesalahan yang dilakukannya.
Untuk mendapat ulasan menarik tentang soal jawabnya dengan pihak polis, dan beberapa perkara berkaitan, kita nantikan kemunculan tulisan terbaru Petra di Malaysia Today.
Semalam Raja Petra dari Malaysia Today telah disoalsiasat di IPD Dang Wangi. Selepas 8 jam, beliau dibebaskan. Ramai blogger yang hadir termasuklah blogger dikalangan ahli politik pembangkang seperti Husam Musa (PAS), Ronnie Liu (DAP) dan Tian Chua (PKR).
Tidak lupa juga geng-geng Bloggers United. Mereka setia menunggu sehingga Raja Petra dibebaskan. Nuraina A. Samad, Kickdefella, Zorro, Polytikus, Nat Tan, A Voice dan ramai lagi datang untuk menunjukkan solidariti mereka.
Walaupun bukan semua yang hadir mempunyai persamaan ideologi dengan Raja Petra, tetapi mereka tetap bersama-sama dengan Kak Marina (isteri Raja Petra) yang sedikitpun tidak menunjukkan kerisauan. Malahan Kak Marina sangat yakin yang pihak polis yang menyoal Raja Petra yang akan menjadi lebih sakit kepala. Begitulah gigih dan fahamnya seorang isteri kepada suami.
BBC dalam laporannya mengatakan bahawa ini adalah satu “crackdown” kepada blogger di Malaysia. Sila klik disini. Husam Musa mengatakan yang kerajaan BN mahu “membersihkan” segala unsur media alternatif sebelum pilihanraya umum ke 12. Ketua Perusuh mengatakan bahawa ini adalah Operasi Lalang ke 3. Sila klik disini.
Apakah ini hadiah kepada rakyat Malaysia selepas 50 tahun Malaya merdeka? Saya tetap dengan pendirian saya yang merdeka 50 tahun bukan Malaysia tetapi Malaya. Ini adalah kerana Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963.
Siapa selepas Petra? Itulah persoalan dikalangan blogger-blogger yang saya temui semalam. Mereka tidak takut dan risau. Tetapi cuba menjawab teka-teki difikiran mereka.
Solidariti yang ditunjukkan dikalangan blogger sungguh membanggakan. Rocky Bru dan Jeff Ooi berada di luar negara untuk menghadiri satu seminar mengenai media alternatif. Kalau mereka di Malaysia, sudah pasti mereka akan bersama-sama di IPD Dang Wangi semalam.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, ada 5 lagi blogger yang akan dipanggil atau ditahan oleh polis selepas Nat Tan dan Raja Petra. Mengapa kerajaan Malaysia tidak haramkan saja penggunaan internet? Kan lebih mudah daripada terpaksa berhadapan dengan serangan daripada blogger.
Sekarang ini sebenarnya yang paling takut ialah Najib Tun Razak. Mat Taib cuba untuk menjadi pendekar. Kita tahu apa agendanya. Yang paling ditakuti ialah gambar sebenar beliau dan Altantuya. Bila-bila masa boleh terkeluar di internet. Selagi tidak selesai selagi itulah hantu dan momok ini menjadi igauan kepada anak Tun Razak ini.

Hahahaha .....
Hahahaha .....
Maaf kerana ketawa dahulu sebelum bercerita.
Cerita ini diberitahu oleh salah seorang hulubalang 30 yang menyertai Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau gelaran Yang Mulia Raja Petra Kamarudin (YM RPK) beri Muhammad anak Muhammad atau gelaran lebih popular Mat Tyson.
Orang UMNO lah ni. Saya pun orang UMNO, tapi saya tahu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Al Kisahnya, bergegas-gegaslah, dengan penuh semangat berkobar di dada, hulubalang-hulubalang ini pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD Dang Wangi) demi memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair atas kononnya komen-komen yang mencemar Islam, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan membawa porak peranda antara kaum.
Hebat .... dengan pakai kot. Segak dan korporat. Asal tak keparat cukuplah.
Maka sampainya Mat Tyson ke IPD, dia pun di sambut boss situlah, mungkin OCPD. Saya ni bukan faham pun pangkat-pangkat polis. Tan Sri pun keluarkan dari brief case nya yang dibawa oleh seorang balaci sebuah repot yang sudah ditulis untuk diserahkan pada polis. Sambil tu dia brief pada polis hasratnya untuk membuat laporan supaya pihak polis buat penyiasatan atas tuduhan menghasut dan lain-lain terhadap YM RPK.
Sementara Mat Tyson bercakap pada OCPD dan seorang ASP, seorang polis menaiplah dalam komputer dan kelihatan dia berherut-herut kening ... macam tidak faham laporan tu. Apa nak buat, yang repot Tan Sri. Kenalah taip saja, nanti kena pindah ke Sabah, susah lah. Dah habis dia tulis, dia pun panggil ASP dan membisik sesuatu ke telinganya.
ASP tu pun diam dulu dan ikuti penerangan Ketua Penerangan UMNO ini. Perlahan-perlahan dia engsut ke OCPD tu dan berbisik. OCPD berbisik balik sesuatu kepada ASP tu. Tak lama kemudian, dia membawa draf laporan yang sudah bertaip dan dia membaca.
Habis saja Mat Tyson bercakap, OCPD pun bertanya nak tahu apa yang menghasut mengenai YM RPK? Mat Tyson pun beritahu Malaysia Today, blog YM RPK. OCPD tu beritahu maksudnya apa dia yang menghasut dalam MT, artikel ke atau komen ke. Sudah tahu baru kami boleh siasat apa yang Tan Sri tuduh.
Nampak muka Mat Tyson agak tersentak dan cepat dia pusing kepada balacinya untuk bertanya mana bahagian artikel yang menghasut. Balaci yang bawak beg tu cakap dia tak tahu dan tak bawak apa-apa.
Menyedari Mat Tyson termalu, OCPD pun menyelamatkan keadaan dan mencadangkan di buka laman web Malaysia Today di Internet IPD. Mereka pun buka dan ada lah antara hulubalang yang datang agak tahu bukak laman web. Tapi dia seolah olah mencari. Kawan saya baru sedari bahawa mereka sendiri tak tahu mana artikelnya. Mereka baru nak cari artikel-artikel dan komen-komen yang kononnya menghasut.
Kemudian datang satu budak yang mungkin cyberwarrior yang nampak tahu sikit, terus dia pergi ke satu artikel dan dia cari dalam komen-komen tu. Dia tersebut "Eh ... dah tak ada". Opps pecah lubang ... kawan saya cakap ini macam sesuatu tak kena.
Maka kecohlah dan merah padam muka Mat Tyson. Dia memang tak dapat menolong. Dia tak tahu IT dan siapa tak tahu dia tak tahu baca omputih. (Ini ada cerita sedap yang saya akan cerita nanti). Hulubalang-hulubalang ni tengok sesama masing-masing. Apa nak jadi ni dah panggil orang suratkhabar dan TV? Dia orang ni pendekar yang hanya tahu lagu IT pasal Siti Nurhaliza nyanyi tapi tak tahu IT.
Akhirnya datang seorang pemberita suratkhabar Cina, katanya Oriental Daily, yang tolong tengokkan dan dia yang pileh mana satu komen-komen yang kononnya hasutan. Nasib baik ada wartawan suratkhabar Cina ....
Itupun dalam bergegas dia tolong UMNO buat laporan, ada lah tersilap. Puas satu dunia mencari mana artikel YM RPK bertarikh Julai 11hb yang menghina dan menghasut. Rupanya bukan Julai 11hb.
Sampai ada komen yang tak menghasut pun di kata menghasut. Dalam laporan The Star, Mat Tyson meletakkan komen berikut sebagai menghasut: 'Why fight, we are Malaysians, let us live peacefully and be happy'. Hai ini lah susahnya orang tak tahu bahasa Inggeris.
Cerita pasal Mat Tyson tak tahu Inggeris, ada satu peristiwa masa dia menang jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan Team Wawasan. Adalah satu televisyen asing bertanya: “What is it that made you successful in this attempt?”
Mat Tyson terus jawab: “I think UMNO delegates appreciate my prestasation.” Semua terdiam dan tergamam tak tahu apa perkataan prestation.
Menyedari keadaan, Mat Taib toleh kepada pembantunya dan tanya apa tu prestasi. "Performance lah Tan Sri" …. jawab pembantunya termalu-malu.
Inilah kisahnya … pemburu musang yang tak kenal musang tapi nak buru musang yang dikatakan masuk reban makan ayamnya. Entahlah apa nak jadi UMNO bawah pemimpin kaki tidor, Ketua Penerangan pun sama half past six. Agaknya, Pemburu Musang kenal tak reban dan ayam?
Hahahaha .....
Hahahaha .....
Jangan ketawa!!!! Nanti dituduh menghasut dan mencemarkan agama, membawa porak peranda kaum, dan menghina Agong.
Minggu ini kita menyaksikan lagi bagaimana polis memainkan peranan sebagai panglima kepada UMNO. Tidak berapa lama selepas Muhammad Taib membuat laporan terhadap Malaysia Today, Raja Petra dipanggil untuk disoal siasat. Lama. 8 jam.
Sedangkan disatu sisi lagi sudah berbakul-bakul laporan polis yang telah dibuat oleh pemimpin parti pembangkang dan NGO terhadap rasuah atau salahlaku pemimpin UMNO dan BN. Tidak satu pun disentuh oleh PDRM. Apalagi untuk memanggil pemimpin UMNO dan BN untuk disoal siasat.
Secara teorinya, Polis seharusnya bebas daripada memihak kepada mana-mana parti politik. Tetapi di Malaysia jelas. Polis menjadi alat bagi UMNO dan BN untuk mempertahankan legasi mereka.
PDRM seharusnya melihat kembali sejarah. Belum begitu lama kita menyaksikan bagaimana Tan Sri Rahim Noor yang menjadi alat kepada Dr. Mahathir dalam krisis beliau dengan Anwar Ibrahim tidak dibela apabila mahkamah memutuskan yang bekas Ketua Polis Negara itulah yang menumbuk mata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Rahim Noor memerangi setiap demonstrasi dengan kekerasan sehinggakan pada ketika itu, kebencian terhadap polis begitu membara dikalangan aktivis Reformasi. Namun, Tan Sri Rahim Noor dibiarkan sahaja keseorangan apabila beliau disabitkan kesalahan. Pada ketika itu langsung tidak kedengaran mana-mana suara dari UMNO dan BN bangun untuk mempertahankan Rahim Noor.
Kalau polis benar-benar bebas dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik, saya percaya sudah tentu hari ini, semua lokap dan penjara di Malaysia akan dipenuhi oleh orang-orang UMNO dan BN.
PDRM sememangnya tidak akan boleh diubah dan berubah. Kalau dahulu tuan mereka ialah penjajah British, sekarang ini tuan mereka ialah UMNO dan BN. PDRM akan menangkap sesiapa sahaja yang cuba untuk menggugat kekuasaan UMNO dan BN. Tetapi mereka harus ingat, rakyat Malaysia bukan selama-lamanya bodoh.
Sekuat mana sekalipun sesuatu regim dan kekuasaan itu, pasti akan tumbang juga jika rasuah terus berleluasa dan harta rakyat terus dirompak. Tunggu dan lihat. Sejarah telah membuktikan!!!
Beliau berkata kebelakangan ini pemimpin Umno menjadikan 'bloggers' sebagai ancaman dan mengenakan tekanan bagi menyekat hak mereka menyatakan kebenaran.
Sedangkan, katanya ruang untuk bloggers menyatakan pendapat mereka sebenarnya boleh membantu kepada pembangunan sesebuah negara.
"Jika terdapat kesilapan di kalangan mereka (bloggers), mereka patut diperbetulkan, bukan diancam dan diugut serta diperlakukan begini. Dalam masa sama, hak rakyat untuk mengetahui segala maklumat turut dinafikan," tegas beliau, yang turut memberi sumbangan kepada isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah (foto oleh MSO).
Sementara itu pengendali laman web itu, Raja Petra Kamarudin telah dibebaskan pada jam 7.30 malam tadi.
Beliau yang dipanggil jam 11.30 pagi semalam untuk disoal siasat di IPD Dang Wangi , Jalan Tun H S Lee, keluar dari balai polis berkenaan dengan senyuman lebar dan menerima tepukan aktivis pembangkang dan penyokong yang menunggunya sejak pagi.
Ditanya tentang soal siasat itu, Raja Petra berkata beliau diminta pihak polis untuk mendedahkan identiti orang yang meninggalkan komen di laman web beliau.
Beliau yang ditunjukkan senarai 12 komen yang dilampirkan dalam laporan polis yang dibuat Umno, menolak untuk bercakap mengenai komen oleh pembaca kerana beliau tidak bertanggungjawab mengenainya.
Bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa kebanyakan komen yang ditinggalkan dalam laman webnya itu dilakukan oleh sekumpulan 'cyber troopers' yang diarahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato' Azalina Othman Said dan AMT Umno, Dato' Muhammad Norza Zakaria.
Katanya, sekumpulan 25 orang dengan gaji RM2570 sebulan itu telah menyamar dengan pelbagai identiti untuk meninggalkan komen di laman web Malaysia Today, yang sengaja menimbulkan kemarahan orang lain.
Ada di kalangan mereka, katanya, sengaja menghantar komen yang berbaur hasutan dan perkauman bagi menghangatkan ruangan forum bagi mendapatkan respon daripada pembaca.
"Saya tahu perkara ini. Dan ia disahkan oleh 'orang kita' yang berada di Pejabat Umno. Ada ketikanya, sehingga 4000 atau 5000 komen dimasukkan sehari. Saya akan 'delete' dan menyekat kemasukan komen tersebut, setakat yang saya mampu," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, sehari selepas laporan polis terhadapnya dibuat.
Beliau yang hadir ke balai polis dengan membawa salasilah keturunan keluarganya dan senaskhah kitab terjemahan al-Quran sebagai persediaan untuk disoal siasat polis, menegaskan kedatangannya ke balai polis tersebut untuk mempertahankan dirinya yang dikatakan menghina Agong dan Islam.
"Saya bawa salasilah keturunan keluarga saya dan terjemahan al-Quran. Saya mahu mereka (polis) tunjuk bagaimana saya menghina Agong dan Islam," tegas beliau.
Raja Petra disoal siasat setelah Umno melalui Ketua Penerangannya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib membuat laporan polis terhadap Malaysia-Today, yang dikatakan menerbitkan artikel kononnya menghina Yang diPertuan Agong, bertarikh 11 Julai lalu.
Raja Petra, bagaimanapun menegaskan beliau tidak menerbitkan sebarang artikel yang dikatakan menghina itu pada tarikh yang dinyatakan.
"Saya tidak menerbitkan artikel pada tarikh itu. Saya hanya terbitkan pada 8 dan 13 Julai. Lagipun, artikel saya bukanlah menghina Agong tetapi lebih kepada menyatakan bahawa kuasa Agong ini lebih luas daripada apa yang kita sedar," kata beliau.
"Jika itu pendirian BN, mengapa MCA membantah? Bagaitnana pula pendirian Gerakan, MIC dan lain-lain? Jika mereka secara terbuka juga membantah, di mana maruah dan kewibawaan Najib? Adakah Najib salah perhitungan sekali lagi?" soal Husam.
Usaha Najib mempolitikkan Islam kali ini dilihat memerangkap dirinya dan juga Umno. Justeru, bagi Husam, Umno mesti menyelesaikan pertikaiannya dengan MCA secara bijak.
"Inilah yang dipanggil mempolitikkan agama. Untuk pengundi Islam, Malaysia dikatakan negara Islam, untuk pengundi bukan Islam, Malaysia adalah negara sekular. Matematik seperti ini tidak lagi berkesan," tegas beliau.
Husam yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, di sebalik kenyataan tersebut amalan rasuah sudah hampir menjadi norma umum kerajaan BN, dengan satu demi satu pembesar hanya mampu disiasat untuk kemudian diisytiharkan bersih.
Kerajaan katanya, tidak mempedulikan penderitaan rakyat sebaliknya terus memberi projek mega dengan niat memberikan kekayaan kepada kroni terpilih dan negara akhirnya terbeban.
"Dengan semakin merosotnya kebebasan menegur pemerintah, dan seribu satu kepincangan ekonomi, sosial, undang-undang dan 'Governance' seperti yang kita saksikan, ia cuba diselimutkan dengan istilah negara Islam tetapi hanya mencemarkan nama baik Islam itu sendiri," katanya.
Beliau seterusnya menasihati Najib agar tidak mencemarkan Islam dengan agenda politik pilihan raya.
Intan Abdullah
Tue | Jul 10, 07 | 01:36:52 PMKUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Front Bertindak Anti Murtad (Forkad) menyeru kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar segera bertaubat ekoran kenyataan beliau dalam Seminar Islam Antarabangsa di Putrajaya yang menyatakan bahawa Malaysia tidak menghalang seseorang keluar daripada Islam.
Hari ini, beberapa media antarabangsa seperti Reuters dan Japan Today dilaporkan sedang menyebarkan kenyataan beliau dengan menyatakan 'Malaysia does not forbid Muslims from converting, PM says'. Kenyataan PM ini amat mengelirukan dan menyebabkan ramai yang
tertanya-tanya dengan pendirian sebenar ketua negara Malaysia yang menjadikan Islam Hadhari sebagai teras utama pemerintahannya.
"Forkad berasa kesal dengan sikap dolak dalih PM yang mempunyai dua sisi yang berbeza apabila bercakap. PM selaku ketua negara diselar kerana bersikap lembut terhadap usaha-usaha memperlekehkan Islam," kata Pengerusi Forkad, Ustaz Ridhuan Mohd Nor.
"Tetapi apabila beliau berada dalam kelompok mereka yang bukan Islam, PM bercakap senada dengan mereka," ujarnya kesal. Menurutnya, PM mungkin terlupa peristiwa kebangkitan umat Islam terhadap isu murtad dengan mengadakan himpunan di Masjid Wilayah Persekutuan dan selepas itu PM meminta supaya pihak yang tertentu tidak berusaha mempromosi murtad dan tidak mengusik isu umat Islam.
Ridhuan berkata, Forkad akan mengadakan 'roadshow' bagi menjelaskan kemunafikan PM kepada umum bagi memberi maklumat yang tepat terhadap isu agama Islam yang sedang dipandang serong dan rendah ini. Beliau turut menempelak pandangan PM tersebut yang dilihat terpengaruh dengan Islam Liberal yang semakin berleluasa.
Menerusi media tersebut PM dilaporkan semalam sebagai berkata pihak berkuasa agama seharusnya lebih memahami isu-isu yang membabitkan kes murtad sehingga menyebabkan imej Malaysia sebagai negara yang progresif dan mengamalkan Islam secara sederhana dipersoalkan. "Saya selalu memberitahu kepada jabatan agama untuk mendengar rungutan mereka yang berhasrat untuk murtad. Kita hendaklah bersedia untuk mendengar dan menyelesaikan masalah mereka," katanya kepada pemberita semasa Seminar Islam Antarabangsa semalam. "Ini bukan sesuatu yang tidak boleh dibuat (murtad). Ia pernah terjadi sebelum ini. Kepada sesiapa yang tidak mahu lagi menganuti Islam, apa yang boleh anda lakukan ke atas mereka ?" kata Abdullah.
Malaysia baru sahaja menghadapi situasi berkecamuk dan perbahasan yang penuh emosi melibatkan penganut Islam yang gagal untuk mengumumkan tindakan mereka menukar agama. - mr
more sources


