Artikel ini dipetik dari utusan(meloya):
Terima fakta UMNO ditubuhkan di Johor
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo keliru dengan fakta sejarah apabila mengeluarkan kenyataan mendakwa UMNO ditubuhkan di Kuala Lumpur dan bukannya di Johor.
Setiausaha Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) Wilayah Persekutuan dan Selangor, Lizah Ahmad menegaskan, Mohamad Khir dan semua pihak perlu menerima fakta bahawa UMNO ditubuhkan di Istana Besar, Johor Baharu semasa Kongres Melayu Kedua pada 11 Mei 1946.
Menurutnya, ketika kongres itu, Datuk Onn Jaafar telah membentangkan Rang Surat Tauliah Pertubuhan UMNO yang diluluskan oleh wakil-wakil 29 persatuan dan beliau dilantik sebagai Yang Dipertua parti itu yang pertama.
‘‘Menteri Besar Selangor yang belum lahir waktu UMNO ditubuhkan harus mengkaji sejarah sebelum membuat kenyataan yang boleh mengelirukan bangsa Melayu terutama ahli parti daripada kalangan generasi muda,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Lizah mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Jumaat lalu yang mendakwa UMNO ditubuhkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru ketika Kongres Melayu Pertama dari 1 hingga 4 Mac 1946 yang dihadiri 41 pertubuhan.
Menurut Mohamad Khir, kongres itu diadakan hasil daya usaha Persatuan Melayu Selangor (PMS) berikutan terdapat ura-ura kerajaan British untuk mewujudkan Malayan Union di Tanah Melayu.
Kalau sesama sendiri mereka bergaduh mengenai fakta yang remeh-temeh ni, apatah lagi kalu melibatkan benda-benda yang besar.
Sudah lama saya tidak menulis di ruangan ini. Keadaan yang sibuk memaksa saya menjenguk sekali-sekala ruangan blog ini. Tapi memandangkan isu ini terlalu 'panas' dan menyentuh sensitiviti keislaman dan kemelayuan saya maka saya dengan berat hati menyuarakan pandangan tidak puas hati terhadap artikel yang akan saya paparkan ini.
Dipercayai artikel ini ditulis oleh manusia berhati busuk yang tinggal di Malaysia dan mungkin dari golongan bukan melayu dan islam kerana melihat dari tulisan beliau amat menghina ugama islam dan bangsa melayu kita. Di bawah ini saya pastekan sedikit hasil dari artikel manusia berhati busuk itu:
“Ini Unclyclopedia, you tak suka, you boleh pergi mampus!”
~ To all MalaysMalays were descended from the hybrid between hog/boar and baboon, hence explains why they look like baboon and they don't eat pork. The Malays are usually given the scientific name Sus scrofa, though some writers use the term S. domestica.
Sus scrofa has four subspecies, each occupying distinct geographical areas:
- Sus scrofa scrofa (western Africa, Europe)
- Sus scrofa ussuricus (northern Asia and Japan)
- Sus scrofa cristatus (Asia Minor, India)
- Sus scrofa vittatus (Indonesia)
Many Malays are illegal immigrants from Acheh or Jawa who teleport across the Malaccan Strait into Malaysia by using a teleport scroll which made by local bomoh, but insist that Malaysia IS their homeland (Orang Asli are not the natives of Malaysia! Remember that or i'll stab you! Hidup Ketuanan Melayu!).
Malays have a snout for a nose, small eyes, and a small tail, which may be curly, kinked, or straight. It has a thick body and short legs. There are four toes on each foot, with the two large middle toes used for walking. Malays are approximately 3.5 feet (1.0 meters) tall and their skin varies from rainbow colour to black and white, depending how much porn they watched. The more porn they watch, the bigger the aura they will have.
Only 1% of the Malays are intellectually competent (and adding accurate content to this page) and the remaining 99% have malfunctioning brains and retarded in every aspect (and busy blanking this page because the truth hurts them).
Sekian wassalam.Harap menjadi pengajaran kepada kita semua
Melihat kepada tajuk artikel ini memang agak keterlaluan dan menyentuh sensitiviti kepolisan di negara kita. Saya bukan nak 'menidakkan' kuasa polis tapi kenyataan ini berada di depan mata kita semua. Ini boleh diungkaikan dengan pendedahan sendiri oleh media pro-kerajaan iaitu Berita harian(Hairan) di artikelnya yang bertajuk Pendakwaan lemah, dua lagi kes dibuang.
Kelemahan siasatan polis dan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan saksi penting sekali lagi menyebabkan mahkamah terpaksa melepaskan tertuduh dalam dua kes berasingan, semalam.
Kes itu masing-masing membabitkan dua lelaki yang menghadapi tuduhan membunuh di Mahkamah Tinggi Kuantan serta enam lelaki termasuk dua kakitangan Kastam Johor yang didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan.
Jadi dimanakah kecemerlangan yang dilaung-laungkan oleh Ketua Polis Negara(KPN) selama ini?(kita pun tahu beliau baru dibebaskan dari tuduhan rasuah, mungkinkah kesnya pun termasuk dalam senarai ini?) Jika diteliti dari sejarah sebelum ini kita disogokkan dengan ketelitian siasatan pihak polis yang cemerlang, sehingga ke detik ini kepercayaan ini sudah tiada dalam benak kita.
Di Kuantan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman, menegaskan sikap pegawai polis menjalankan siasatan secara ‘janji siap’ menyebabkan mahkamah terpaksa melepas dan membebaskan dua tertuduh dalam kes pembunuhan seorang lelaki di Felda Lepar Hilir 2, Gambang, tahun lalu.
Ketika membuat keputusan melepas dan membebaskan Syed Halil Syed Mohamad, 23, dan Mohd Nazri Jailani, 23, beliau berkata, kekuatan kes itu bergantung sepenuhnya kepada hasil siasatan polis, tetapi dalam kes ini siasatan Asisten Superintendan Noorleyda Ahmad Noorleyda hanya sebagai memenuhi `pelengkap cara'.
Kalau setakat nak jenguk-jenguk kawasan jenayah tanpa penelitian, baik je panggil makcik yang menoreh getah kat kebun sebelah tu, mereka pun boleh buat kalau setakat menjenguk saja. Ini melibatkan wang cukai yang dibayar oleh rakyat, setiap kali kes dibuka dan dibicarakan di mahkamah akan bertaburan wang dikeluarkan untuk belanja semua kerja termasuk ujian makmal, bayar gaji, bayar elaun mahkamah dan sebagainya, jadi jika ini dibuat sambil lewa maka tiada 'maknanya' segala duit rakyat yang ditabur kepada semua perkara itu.
Begitu juga dengan kes-kes yang besar seperti tersenarai di bawah ini. Mereka semua terlepas akibat dari tiada bukti(atau bukti sengaja dihilangkan/buat-buat tak nampak bukti depan mata?)
FO: Antara kes tak cukup buktiJika beginilah sistem pendakwaan dan siasatan kepolisan negara kita maka tak hairanlah negara kita dipenuhi penjenayah dan kes-kes tertangguh yang lapuk sehingga 10 tahun.Wallahu'alamKes pecah amanah jenayah RM76.4 juta bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock pada 26 Jun. Kes bekas pelayan hotel, Azman Bakar @ Samsuddin Mustamin dituduh membunuh Pembantu Menteri Negeri Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar pada Mei 2005. Jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Hanif Basree Abdul Rahman bebas tuduhan bunuh Noritta Samsudin pada Julai 2004.
wassalam
Masih ada masa tunai janji pada rakyat
IPOH 4 Ogos – Wakil rakyat dan pemimpin UMNO masih mempunyai masa untuk menyelesaikan pelbagai masalah tempatan dan menunaikan janji masing-masing kepada rakyat sebelum pilihan raya umum ke-12 diadakan.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, langkah itu sangat penting kerana ia merupakan tanggungjawab utama mereka selaku pemimpin bagi membela nasib rakyat.
‘‘Kita kena jaga kawasan kita dengan baik kerana kita telah membuat banyak janji kepada rakyat sebelum pilihan raya umum ke-12.
“Jadi inilah masanya untuk mereka menunaikan semua janji yang dibuat, kalau ada perkara yang terlepas pandang selama ini mesti dikaji balik sama ada janji itu sudah dilaksanakan atau belum,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tambun di Dewan Bandaran Ipoh di sini hari ini.
Pada masa sama, katanya, semua pemimpin UMNO mesti memastikan setiap ahli di peringkat akar umbi sentiasa bersatu padu bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
Oleh itu saya menyeru kepada para 'pemangkah-pemangkah' kertas undi, inilah masanya untuk kita menukar corak kearah 'mentaliti' yang lebih tinggi nilainya berbanding yang ada sekarang.
p/s: Di tempat saya malam ini(5/8/07) diadakan jamuan makan percuma oleh 'orang' tertentu dengan 'tumbangnya' 3 ekor lembu yang mana hanya untuk merasmikan jalan yang hanya sepanjang 100 meter. Jadi tidak nampakkah kita apa yang sedang bermain dalam pemikiran 'orang-orang' ini? Hanya berlaku bila PRU hampir menjelma. Fikir-fikirkanlah...?
Jika diteliti dari amaran yang diberikan oleh PM kita ni menunjukkan bahawa beliau sudah berada salam keadaaan yang amat 'terdesak' dalam menangani isu media siber terutamanya para blogger yang sedang meningkat sekarang, macam cendawan tumbuh selepas hujan. Sila teliti petikan dibawah:
“Saya bagi banyak kebebasan dan semua orang boleh bersuara, macam-macam boleh cakap tetapi pandai-pandailah uruskan kebebasan...kalau tidak dihargai semuanya (kebebasan) akan hilang,” kata beliau ketika merasmikan Program Mesra Rakyat sempena 50 tahun merdeka anjuran Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau berkata, kerajaan tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pihak yang terbabit dengan kegiatan melampau dan ekstremis kerana ia boleh menggugat keamanan.
“Jika kebebasan ini telah hilang, menangis sampai air mata berdarahpun sudah tidak berguna lagi dan ia akan mengambil masa yang lama untuk memperbaiki keadaan,” kata beliau.
Perdana Menteri itu berkata, ramai pihak terutamanya media massa sering menyebut bahawa beliau telah memberi banyak kebebasan kepada rakyat untuk bersuara.
Abdullah berkata, kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang begitu unik di dunia kerana ia diwakili oleh rakyat dari pelbagai keturunan dan berbeza agama.
Katanya, kejayaan kerajaan mengutamakan perpaduan telah menyebabkan rakyat Malaysia ada kalanya melupakan perbezaan kaum dan agama serta duduk di atas satu pentas dengan rasa begitu selamat dan yakin.
“Kita beri perhatian kepada semua pihak dan laksanakan apa yang terbaik...tak ada perkecilkan mana-mana pihak dan inilah amalan kita...negara kita multi etnik dan religious diversity (kepelbagaian agama)...inilah amalan yang unik dan kerajaan yang unggul,” kata beliau.
Untuk itu marilah kita berjuang wahai para blogger sampai kita 'henyak' parti lapuk BN/UMNO ini sehingga mereka tidak lagi bertapak di bumi Malaysia ini. Amin.
Wassalam
Aku baru lepas ambil isteri dari kerja tadi, sambil memandu sempat borak-borak dengan 'orang rumah' tentang isu-isu semasa yang melanda negara kita sekarang. Tiba-tiba terkeluar al-kisah tentang 'keganasan' pelajar dan guru/pelajar sesama pelajar yang semakin banyak di dada-dada akhbar sekarang, boleh dikatakan saban hari kita disuapkan kisah-kisah ini, di muka depan lagi.
Kenapa banyak kes-kes macam ni? Adakah hanya sekarang saja kes macam ni berlaku? Adakah 10 tahun lepas tiada kes macam ni? Bagi aku secara peribadi, masalah ini sudah lama berleluasa, cuma yang aku rasa tak puas hati ialah pihak media kawalan kerajaan ni terlalu menumpukan kepada sesuatu isu secara bermusim, satu masa dulu tumpu kepada bohsia dan bohjan, sekarang sudah hilang 'panas' isunya walaupun kejadian itu masih lagi berleluasa di negara tercinta ini. Begitu juga dengan kes-kes lain seperti buang bayi, rogol remaja, video lucah dan entah bermacam-macam lagi isu 'panas'.
Pokok pangkal yang aku nak bawa ialah bukan isu di atas tetapi isu mengenai Bekas pengarah peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) Khalid Yusoff yang di tuduh menyalahgunakan kuasanya. Kenapa berita yang cukup besar ini hanya diletakkan sebagai tempelan di dada-dada media kawalan kerajaan? Bagi aku isu ini yang paling 'berat' dan patut diketengahkan untuk tatapan umum.
Yang paling 'bangang' ialah hanya dikenakan penjara 3 bulan saja. Lihat berita asal di sini. Ini pula merupakan kes 'lapuk' iaitu dari tahun 2001 lagi. Apa nak jadi dengan sistem kehakiman negara kita ni....?
Wassalam
Petikan di bawah diambil dari Utusan Malaysia(meloya):
Abdullah: Perubahan lebih pesat di Kelantan
KOTA BHARU 2 Ogos – Peruntukan besar bagi menjayakan pelbagai projek di Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dibuat bagi memenuhi suara hati dan kehendak rakyatnya yang mahu negeri ini dibangunkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, banyak pandangan oleh pelbagai pihak yang mewakili rakyat negeri ini termasuk kalangan pimpinan politik dan anak negeri telah diterjemahkan melalui RMK-9.
Katanya, banyak kemudahan tambahan akan menyusul kelak lebih-lebih lagi apabila Koridor Timur mula digerakkan.
‘‘Perubahan yang lebih pesat akan dapat disaksikan di Kelantan, antaranya lebih banyak jalan raya dibina dan penyediaan saluran yang dapat meningkatkan keberkesanan kegiatan ekonomi,” katanya.
Beliau yang dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke negeri ini menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Mesra Rakyat di Dataran Warisan KADA, Kok Lanas dekat sini hari ini.
Pada majlis itu, Abdullah turut mengumumkan pembinaan kolej matrikulasi di Kok Lanas bernilai RM150 juta di samping sebuah kolej komuniti dan pembinaan 1,000 unit rumah mampu milik kos rendah dan sederhana.
Perdana Menteri turut melahirkan rasa bangga kerana projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang ditunggu-tunggu oleh rakyat sejak sekian lama akhirnya dilancarkan pembinaannya hari ini di samping projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM200 juta.
‘‘Ini adalah lawatan kerja saya untuk meninjau pelaksanaan apa yang telah diumumkan dan meneliti apa lagi yang perlu disegerakan,” katanya.
Abdullah mahu jentera pelaksana pembangunan menjayakan projek-projek yang dirancang di bawah RMK-9 dengan penuh keikhlasan demi kepentingan rakyat.
Beliau berkata, sebelum ini kerajaan mengambil sedikit masa untuk menggerakkan projek selepas RMK-9 diumumkan bagi memperincikannya agar benar-benar dapat berjalan dengan baik dan sempurna.
‘‘Apa yang yang dirancang tidak dibuat ikut suka, ia perlu disusun betul-betul kerana kita mahu hidangkan kepada rakyat rancangan yang memberi kebaikan kepada mereka,” ujarnya.
Mereka juga mengutuk Allah swt dan mengatakan bahawa Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw adalah penipu dan pendusta, iaitu hasil dari kandungan al-Quran adalah hasil ciptaan Junjungan Besar kita. Jadi di manakah peranan kita sebagai orang muslim dalam memerangi perkara ini dari berleluasa?
Untuk mengetahui perkembangan lanjut anda boleh layari http://www.apostatesofislam.com/ sebagai bahan bacaan tambahan. Perlu diingatkan bahawa laman web ini adalah terlalu menyinggung perasaan aku sebagai seorang muslim.
Wassalam
Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK)
1 Ogos 2007
Jadikan Dokumen Siasatan Tan Sri Musa Hasan dan Datuk Seri Zulkifli Mat Noor sebagai dokumen awam
Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi mendesak Jabatan Peguam Negara menjadikan Kertas Siasatan Badan Pencegah rasuah (BPR) sebagai dokumen umum untuk mengembalikan keyakinan rakyat.
GERAK terkejut tetapi amat kesal dengan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang 'membersihkan' Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Zulkifli Mat Noor dari tuduhan korupsi (rasuah, salah laku dan salah guna kuasa).
Peguam Negara mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menutup siasatan mengenai dua individu ini termasuk tuduhan serius yang besertakan fakta yang dinyatakan oleh Bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Manan yang telah didedahkan oleh Pengerusi GERAK, Ezam Mohamad Nor.
Persoalan timbul adakah siasatan yang diarahkan ditutup oleh Peguam Negara itu benar benar membersihkan kedua individu tersebut dan dijalankan dengan tulus. Ini pernah dibuktikan apabila kertas siasatan yang pernah diarah tutup oleh peguam negara tetapi mempunyai bukti rasuah yang jelas oleh dua menteri kanan. Kertas Siasatan BPR terhadap Rafidah Aziz dan Abdul Rahim Thamby Chik membuktikan Peguam Negara pernah menututp kertas siasatan yang membuktikan kesalahan dan memerlukan pendakwaan.
Berdasarkan fakta yang diketengahkan oleh Mohamad Ramli Manan dan disokong beberapa sumber lain, GERAK yakin terdapat campur tangan 'ghaib' terhadap siasatan tersebut.
GERAK amat serius dalam perkara ini, oleh itu GERAK sekali lagi menyuarakan cabaran Pengerusi GERAK, Ezam Mohamad Nor untuk mendakwa GERAK ke Mahkamah kerana membuat laporan palsu dan GERAK bersedia mendedahkan semua bukti yang ada di mahkamah.
GERAK mengajak rakyat meneruskan desakan menjadikan BPR badan bebas dan mempunyai kuasa pendakwaan yang kini BPR duduk di bawah kuasa Pejabat Perdana Menteri. Selagi negara tidak mempunyai badan pencegah rasuah yang bebas selagi itulah rasuah akan menjadi pekung yang payah diubati bagi Malaysia.
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Eksekutif Coordinator
Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK)
International Student (Feb 2007 - Feb 2008),
Inter-Asia Graduate School of NGO Studies Songkonghoe University ,
1-1 Hang-Dong, Guro-Gu, Seoul 152-716 South Korea.
Tel: +82-2-2610-4753 (office) Fax: +82-2-2610-4752
Email : chegubard@gmail.com
http://chegubard.blogspot.com
http://chegubard.blogspot.com/2006/12/chegubard-profile.html
Assalamu’alaikum wm.wrt, Kalaulah betul apa yang ditulis oleh YM Raja Petra Kamaruddin ini [diterjemahkan oleh Al-Hussein] benar, maka satu mala petaka besar akan meletup tidak berapa lama lagi, gara-gara UMNO yang dipimpin oleh seorang yang ‘lemah dan selalu tidur’ yang serng berkata “I don't know, I am not involve”.
Beliau ambil pusing, tidak memperdulikan nasib rakyat yang menimpa musibah [ketika banjir melanda Johor dan peristewa Nuri terhempas yang mengorbankan 6 jiwa] beliau boleh terbang bercuti dan bersantai di Australia makan nasi kandar dan kini bercuti di Australia [telah kembali ke Tanah Air pada 27.7.2007]. Sebelum itu, beliau berada di Russia, Bosnia Herzegovina dan Itali melakukan lawatan rasmi.
Marilah kita berdoa dan bersembahyang hajat beramai-ramai semoga Allah s.w.t menamatkan riwayat UMNO dan para pemimpinya yang durjana ini sepertimana kuasa Allah menamatkan pemerintah Suharto dan parti GOLKAR yang memerintah Indonesia selama 32 tahun.AMIN!
Berbalik artikel Raja Petra yang telah diterjemahkan, sila baca :
Pengenalan
Berikut adalah terjemahan rencana tulisan RPK.Anda boleh klik untuk berita asalnya diakhir terjemahan ini dibawah sekali. Saya menggunakan istilah 'dua 'Mat' drp asal tulisanya 'two Muhamads' demi kemulian nama Rasulullah , yang saya anggap tidak layak sama sekali digunakan untuk merujuk kepada orang yang begitu hodoh sikap perangainya.- T/K.
Umno lawan Raja-Raja Pusingan Pertama : Johan Umno (awal 1980-an)
Umno lawan Raja-Raja Pusingan Kedua : Johan Umno (lewat 1980-an)
Umno lawan Raja-Raja Pusingan Ketiga : Belum ditentukan lagi(2007)
Hari ini Persdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi telah perintah mengadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Sultan Perak mewakili raja-raja lain –enam orang Sultan, Raja Perlis, Yamtuan Besar Negeri Sembilan, termasuk Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong. ( Malaysia does not have a King as many mistakenly refer him as ). Kita mesti ingat bahawa Sultan Perak pernah menjawat Ketua Hakim Negara Malaysia dan sudah tentu penguasaannya terhadap undang-undang Perlembagaan Persekutuan Malaysia melebihi manusia biasa, walaupun sesetengah peguam sendiri .
Majlis Raja-Raja baru sahaja bermesyuarat minggu lalu tetapi Perdana Menteri tidak menghadirkan diri tanpa sebarang alasan yang sahih. Malahan, dia secara tiba-tiba meninggalkan negara pada lewat malam 16 Julai 2007 dan ramai dikalangan anggota kabinetnya sendiri hairan kenapa boss mereka terpaksa menyelinap keluar negara tanpa jadual dan pengumuman. Jika Malaysia Today, satu laman web yang dikenali cenderung membohong, tidak mendedahkannya, maka ramai yang tidak menyedari bahawa Perdana Menteri tiada dalam negara.
Ketua Polis Negara Malaysia juga Ketua Cawangan Khas telah diminta untuk bersama Abdullah di Australia dan antara perkara yang dibincangkan adalah apa harus dibuat terhadap Malaysia Today. Keputusannya ialah mudah, begitulah fikiran mereka. Tangkap Raja Petra Kamarudin dan masukannya kepenjara. Setiausaha Politik Perdana Menteri sudah tentu ada sama dalam mesyuarat ini.
Kemudian mereka kembali ke Malaysia, meninggalkan Perdana Menteri di Australia untuk menyambung apa sahaja misi misteri dia kesana. Sesetengah berkata ianya satu krisis antara bangsa melibatkan eksport haram barangan terlarang dari US ke Iran menggunakan Malaysia sebagai transit. Sesetengah pula berkata ia adalah krisis domestik melibatkan perceraian isterinya daripada suaminya yang lepas dimana tiada dokumen rasmi yang telah diisikan. Oleh itu dia ( Jean ) dianggap masih lagi ‘isteri’ kepada suaminya yang lepas. Sesetengah pula mengatakan Patrick Lim ( atau Patrick Badawi jika anda ikut sebagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad memanggilnya ) sedang menyusun pemindahan asetnya ke Australia lebih awal dari berlakunya kekacauan nanti di Malaysia. Dan ada pula mengatakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi khuatir tentang satu gerakan untuk menjatuhkannya, lalu dia menyelinap keluar untuk keselamatan sebelum sebarang apa-apa berlaku dan kembali semula satelah mendapat jaminan daripada pegawai polis paling atas sekali bahawa adalah selamat baginya.
Namun begitu, apa pun alasan Abdullah Ahmad Badawi menyelinap ke Australia, hakikatnya dia telah membuat satu perjalanan mengejut, tanpa jadual dan tanpa pengumuman ke Australia sehinggakan mereka yang sepatutnya tahu mengenainya, tidaklah bermakna ini suatu bahan perbualan dan suatu spekulasi yang merebak umpama hutan yang terbakar.
Hari ini Raja-Raja telah memerintahkan Perdana Menteri saperti seorang budak sekolah yang nakal, melanggar peraturan sekolah tertentu. Tetapi apakah ‘Guru Besar sekadar memarahi murid yang bernama Abdullah Ahmad Badawi? Atau adakah murid tersebut disuruh menulis 1,000 baris : “Saya tidak akan buat begini lagi” ? Atau adakah murid itu menghadapi hukuman rotan sebaliknya? Tentu sekali jika kesalahan yang dilakukan serius sangat, Guru Besar pada bila-bila masa boleh ‘buang sekolah’ murid tersebut. Ya, Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai beberapa peruntukan keatas seseorang yang berkelakuan buruk boleh menghadapi pemecatan.
Walau apa pun kemungkinan, persoalan yang muncul difikiran ialah : Apakah kita kini sedang melihat suatu krisis perlembagaan sedang muncul diu*****? Kali pertama, dua ( krisis ) telah berlaku pada awal dan lewat 1980. Okay, kita telah dengar dan baca dalam surat khabar perdana berkenaan seorang Raja tertentu yang memukul seorang kedi dengan pemukul golfnya dan seorang jurulatih hoki ditampar, dan sebagainya. Sebagai usaha untuk menjatuhkan Raja-Raja, media perdana yang dibawah kawalan Umno telah mempastikan bahawa warga Malaysia menerima laporan lengkap berkenaan pencabulan dan kesalahan Raja-Raja.
Sudah tentu bukan semuanya benar.Sesetengah cerita direka untuk menimbulkan tanggapan bahawa Malaysia mempunyai Raja-Raja yang paling teruk dalam dulia. Sebagai contoh, mereka mencipta cerita kononya Rumah Kedah disepanjang Jalan Northram di Penang adalah kepunyaan Sultan Kedah. Bungalow mewah ditepian laut dibina dengan mewah, menggunakan wang pembayar cukai. Sebenarnya ianya adalah telalu usang, dibina sebelum perang dunia ke-2, kepunyaan kerajaan negeri dan sesiapa sahaja pegawai kerajaan negeri Kedah boleh menggunakan apabila berkunjung ke Pulau Pinang atas urusan.
Kemudian, mereka menayangkan diTV rakaman apa yang dipanggil ‘ Bungalow Sultan Selangor’ diatas sebuah bukit memandang kearah laut disebalik Pulau Pinang, menghadap Lautan India. Itu sebenarnya adalah kediaman seorang usahawan China dan tiada apa-apa kaitan langsung dengan Sultan yang pada ketika itu hanya seorang Raja Muda Selangor. Tetapi Raja Muda tidak upaya untuk memperbetulkan kerana Raja-Raja di tegah dari membuat ucapan dikhalayak—walaupun orang awam dibenarkan menghentam Raja-Raja melaui surat khabar dan TV.
Ya, Umno telah mengheret Raja-Raja kedalam lumpur dan mempalitkan ‘tahi’ keatas muka mereka yang kesannya hingga kini, dimana ramai warga Malaysia tiada rasa hormat terhadap Raja-Raja. Ini bukan salah rakyat semata-mata. Ini adalah hasil pendedahan surat khabar dan stesyen TV 20 tahun yang lalu semasa kempen khas menjatuhkan imej Raja-Raja. Apa yang tidak diketahui rakyat hingga kini ialah kebanyakan apa yang dikatakan ‘pendedahan’ bungalow-bungalow mewah Sultan Kedah dan Sultan Selangor di Pulau Pinang tidak wujud dan hanyalah khayalan imajinasi Umno.
Tetapi apakah isu yang sebenarnya? Kenapa Umno memerangi Raja-Raja? Kenapa Umno bersungguh-sungguh menyerang Raja-Raja dan menyebabkan rakyat menentang Raja-Raja hingga mereka menjadi bahan senda? Itu adalah antara angkara Menteri Besar Selangor ketika itu, yang kini Ketua Penerangan Umno dengan dua ‘Mat’ pada namanya.
Anda perhatikan, bekas Menteri Besar dengan dua ‘ Mat’ pada namanya telah menikahi secara sembunyi puteri Sultan Selangor pada 17 Julai 1987. Perkahwinan tersebut di langsungkan di Thailand, bertentangan dengan undang-undang.( Lihat salinan sijil nikah Thai dibahah).
Sultan kemudiannya mendapat perkhabaran lalu bertanya bekas Menteri Besar dengan dua nama ‘Mat’ pada namanya sama ada benarkah yang dia telah mengawini puteri baginda.Bekas Menteri Besar dengan dua nama ‘Mat’ pada namanya, tentunya menafikannya dan pada 11 February 1988 dia telah mngutus kepada Sultan satu surat yang menyatakan kekesalannya terhadap ‘khabar angin’ yang disebarkan mengenai perkahwinannya dengan puteri Sultan.
Walau apa pun, Sultan Selangor mendapat tahu juga bahawa Bekas Menteri Besar dengan dua ‘Mat’ pada namanya sesungguhnya telah mengahwini puteri baginda yang demikian itu dia telah berbohong mengenainya. Pada 30 Ogos 1989, Bekas Menteri Besar Selangor dengan dua ‘Mat’ pada namanya telah mengutus kepada Sultan satu lagi surat menyatakan kekesalan, memohon keampunan dan menyalahkan Tuhan ( Allah ) diatas segala perkara tersebut. Kesemua surat-surat tersebut termasuk surat khabar meliputi isu-isu tersebut dapat dilihat dibawah ; sekiranya Umno bercadang, lagi, mengatakan bahawa Malaysia Today berbohong maka kerana itu Raja Petra Kamarudin harus ditahan dibawah Keselamatan Dalam Negeri, Internal Security Act (ISA) kerana dia adalah satu ancaman kepada keselamatan negara.
Baginda Sultan berasa murka. Perdana Menterinya secara rahsia dan melanggar undang-undang mengahwini puteri baginda di negara lain, telah berdusta mengenainya, dan begitu biadab mengutus surat kepada baginda menyatakan bahawa semuanya adalah khabar angin bertujuan untuk mengaibkan. ( Untung sungguh Malaysia Today tiada lagi ketika itu, kalau tidak mereka akan akan datang untuk menahan saya dibawah ISA – Akta Keselamatan sejak 1987).
Bekas Menteri Besar dengan dua ‘Mat’ pada namanya kemudian lari mendapatkan Pemuda Umno dengan ekor yang terjuntai antara kedua kakinya. Bapa mertuanya kini terlalu murka dan dia tahu kemusnahannya telah tiba melainkan dia mampu menghadapi Sultan. Pemuda Umno kemudiannya menyusun satu protes anti Raja-Raja dan mengeluarkan amaran bahawa mereka mempunyai beberapa hari sahaja lagi dan mungkin sistem beraja akan dihapuskan jika Raja-Raja menentang Umno.
Ini menjadikan Sultan bertambah murka. Umno kini secara terbuka menentang sistem beraja dan mengancam kewujudannya. Tahun berikutnya, Sultan telah menolak senarai penerima anugerah Hari Keputeraan baginda, yang disediakan oleh bekas Menteri Besar dengan dua ‘ Mat’ pada namanya. Sultan bertitah, baginda akan menyediakan senarainya sendiri dan tidak menggunakan senarai yang Umno sediakan.
Ini menyebabkan bekas Menteri Besar dengan dua ‘Mat’ pada namanya lintang pukang lari, tetapi kali ini mendapatkan Timbalan Perdana Menteri Gaffar Baba. Gaffar kemudiannya membuat satu kenyataan disemua muka depan surat khabar bahawa Umno dan bukannya Raja-Raja yang memutuskan siapa yang layak menerima penganugerahan. Tugas Raja-Raja hanyalah membahagi – bahagikan kepada mereka yang Umno putuskan untuk menerima anugerah tersebut. Sultan bertindak balas dengan membatalkan sambutan majlis keputeraan dan meminta wang peruntukan tersebut didermakan kepada anak-anak yatim dan juga kepada yang miskin. Pada tahun tersebut tiada siapa pun menerima sebarang anugerah Datuk Selangor, yang tentunya seseorang terpaksa membayar Umno untuk mendapatkannya.
Krisis Perlembagaan memuncak pada 1991 apabila Berita Harian tanggal 10 November menyiarkan kenyataan daripada Gaffar Baba, yang pada dasarnya mengatakan Raja-Raja boleh dicabar / kritik ( yang bermaksud adalah BUKAN hasutan jika mencabar Raja-Raja ).
“Kalau rakyat yakin dan tahu apa yang diperkatakan mereka wajar berbuat demikian tanpa rasa bimbang dan takut. Apa yang dilarang Perlembagaan (under the Sedition Act) ialah jika seorang cuba menghapuskan Sistem Raja berperlembagaan yang di amalkan di negara ini.”
Pada hari yang sama, Zainal Abidin Sakom membentangkan bagi pihak Umno Selangor ,satu resolusi mengandungi empat perkara yang telah diluluskan pada Perhimpunan Agung Umno saperti berikut :
1. Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenarai kan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada Raja secara langsung atau melalui ‘Kapitan China’.
2. Meminta Presiden UMNO supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli Exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka - yang terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan diri sendiri.
3. Meminda perlembagaan 1957 (Merdeka Constitution) supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli mesyuarat kerajaan negeri (EXCO), setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri adalah bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah.
4. Supaya Perhimpunan Agung UMNO memberi mandat penuh kepada Dato Seri Dr Mahathir dalam menghadapi dan mengatasi isu Raja ini secara umumnya sama ada menerusi pindaan pelembagaan dan segala langkah yang perlu.
Ya, kebanyakan orang Malaysi tahu berkenaan Krisis Perlembagaan 1980-an.Tetapi mereka hanya tahu apa yang dinyatakan oleh media perdana yang dikawal kerajaan. Buku teks sekolah tidak mendedahkan banyak apa yang sebenarnya telah berlaku. Kebanyakan rakyat Malaysia juga mengetahui berkenaan reputasi ‘miang’ bekas Menteri Besar Selangor dengan dua ‘Mat’ pada namanya .Tetapi mereka tidak mengetahui babak-babak disebalik tirai, pertelagahan antara ‘His Hornyness and His Highness’ – Paduka Miang dan Paduka Mulia bersabit perkahwinan rahsia puteri Sultan dan penafian berikutannya.
Kini, bekas Menteri Besar yang sama, dengan dua ‘Mat’ pada namanya mahu mengatakan yang saya menghasut. Dan saperti mana sewaktu pertelagahan dengan Sultan Selangor 20 tahun lalu, bekas Menteri Besar yang sama ini, yang punya dua ‘Mat’ pada namanya, sekali lagi menggunakan Pemuda Umno dan kali ini mahukan saya (dikenakan tindakan) dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ). Lantaklah! Saya sudah bersedia.
Malaysia Today banyak mendedahkan apa yang telah berlaku di ‘the corridors of power ‘ - Gerbang Kuasa. Malaysia Today mendedahkan cerita yang tersembunyi. Dan ini membuat Umno tidak senang. Maka Malaysia Today mesti di senyapkan. Dan jika secara perundangan Malaysia Today tidak dapat disenyapkan kerana ianya laman web berpusat dinegara asing, maka Editornya hendaklah dinyahkan ke satu tempat dimana dia tidak dapat lagi menulis rencana untuk Malaysia Today.
Umno tidak akan berhenti walau apa pun untuk mempastikan kekuasaannya tidak dicabar. Raja-Raja mengetahui hal ini melalui kepahitan 20 tahun yang lepas dan sehingga kini Raja-Raja masih lagi menjilat luka-luka mereka yang lakukan ketika Krisis Perlembagaan 1980-an. Tetapi kerana mahu mempastikan ‘Kekuasaan yang Mutlak’, Umno telah menghancurkan imej dan reputasi Raja-Raja Melayu.
Tengku Razaleigh Hamzah telah menyuarakan penentangannya terhadap gerakan ini sejak akhir 1980-an. Ku Li merasakan dengan memusnahkan kedaulatan Raja-Raja, Umno akan memusnahkan kedaulatan Institusi Beraja itu sendiri. Ini umpama mengerat hidung kerana bencikan muka atau, saperti kata –kata orang Melayu, marah nyamuk, bakar kelambu. Orang Melayu bercakap tentang Ketuanan Melayu dan Kedaulatan. Ini muncul kerana Orang Melayu mempunyai Raja-Raja Melayu. Jika Umno dapat melemahkan ( dilakukan secara halus/sembunyi) Raja-Raja, maka semuanya yang berkaitan dengan Institusi diRaja akan turut lemah bersamanya.
Tetapi mereka tidak mendengar kata-kata Ku Li. Ku Li adalah pembangkang dan sebarang apa bangkangan walaupun benar, tidak dapat diterima. Hari ini apabila sesiapa mengkritik Raja-Raja, Orang-orang Melayu akan ‘marah’ istimewanya jika yang berkata itu ‘bukan - Melayu’, ‘mencela’ Raja-Raja. Tetapi ini bukan salah ‘bukan- Melayu’. Orang bukan Melayu diajar / didik oleh Melayu Umno bahawa Raja-Raja boleh di caci cela.
Bagaimana pun, semuanya tidak habis. Hari ini, bekas Menteri Besar Selangor dengan dua ‘Mat’ pada namanya telah mengisytiharkan kepada umum bahawa dia bersedia mati demi Raja-Raja. Dia bersedia walaupun tubuh nya diletupkan dengan C4, berkecai berjuta kepingan. Saya hampir-hampir menangis tatkala membaca apa yang telah dia umumkan. Ianya hampir membuatkan saya mengalirkan air mata. Akhirnya, bekas Menteri Besar dengan dua ‘Mat’ pada namanya, begitu berani sungguh untuk mati demi Sultannya, bilamana 20 tahun dahulu dia tidak berani pun untuk mengaku yang dia telah melarikan puteri Sultan dan mengahwininya di Thailand ,dengan melanggar undang-undang negara. Mungkin masih lagi ada harapan bagi Umno. Atau adakah saperti biasanya, tidak ada apa pun melainkan ‘Karut’ semata-mata di gerbang kuasa?
(Salinan Surat Perakuan Nikah Muhamad Muhd Taib dengan Tengku Zahriah Sultan Salahuddin serta yang dikeluarkan oleh Imam Masjid Ihsan Tabal Hilir, Thakbai, Narathiwat, Thailand serta dokumen-dokumen lain, sila rujuk di: MalaysiaToday: Another ‘Constitutional Crisis’ over the horizon?)
Kesimpulannya, Abdullah berada dalam suasana yang amat mencemaskan, pilihanraya semakin dekat. Keadaan UMNO semakin tidak selesa, walaupun Peguam Negara, PDRM, BPR dan JPN membantu, namun saranan titah Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah amat membimbangkannya. Mana hendak cari calon PRU dikalangan para pemimpin yang bersih. Semua kotor dan berbau ‘SHIT”
Rujuk : http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=276715
Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
- Tun Telanai
Lantas dengan sekali hayunan penanya, Peguam Negara telah menyelamatkan kepimpinan Abdullah daripada krisis keyakinan yang dicetuskan oleh pelbagai ledakan skandal korupsi (awal tahun ini) yang menyelubungi ketua penguatkuasa tertinggi dalam pentadbiran Abdullah.
Bukan setakat itu sahaja, dengan membersihkan tiga orang pegawai daripada skandal tersebut Peguam Negara telah mengalihkan tumpuan kepada pengendali laman web dan blog yang telah bertanggungjawab memperbesarkan segala skandal di peringkat tertinggi itu, dan membenarkan kepimpinan UMNO yang tidak berguna melancarkan satu serangan balas terhadap apa yang disebutnya sebagai pengacau ruang siber.
Setelah sengaja memeram segala laporan rasuah untuk beberapa bulan dengan alasan tidak ada sebab yang munasabah, secara tiba-tiba Peguam Negara mendapat satu semangat baru untuk mengisytiharkan pihak yang tercemar imejnya sebagai bersih dan pengumumannya itu telah diterima dengan tanggapan yang penuh skeptik.. Malahan pengumuman Peguam Negara kepada pihak media telah mencetuskan lebih banyak persoalan yang tidak ada jawapannya.
Saya akan sentuh ketiga-tiga itu secara berasingan, memulakannya dengan KPN.
KETUA POLIS NEGARA
Peguam Negara Abdul Gani Patail telah berkata bahawa berasaskan siasatan BPR, dakwaan korupsi terhadap KPN Musa Hassan adalah tidak berasas, kerana siasatan ke atas penyata akaun bank Musa dan hartanahnya menunjukkan tidak ada sesuatu yang mencurigakan
Mengenai dakwaan khusus bahawa KPN dan pegawai beliau pernah menerima wang sogok sebanyak RM 2 juta untuk membebaskan tiga orang tahanan yang terlibat dengan sindiket perjudian di Keluang, Peguam Negara (Peguam Negara) telah berkata bahawa tiga orang tahanan itu telah tersilap ditahan pada 30 Mac 2007 disebabkan satu kenyataan palsu yang melibatkan enam tandatangan individu yang telah dipalsukan. Lima orang individu itu berada dalam lokap polis Keluang dan yang keenam telah dibawa ke mahkamah ketika kenyataan itu dibuat. Tiga orang tahanan itu telah dibebaskan pada 6 April atas arahan Timbalan Pengarah CID bahagian operasi risikan; Timbalan Pesuruhjaya Khalid Abu Bakar, yang telah mendapat arahan daripada Musa untuk menyelidik kes tersebut setelah menerima maklumat (tip) wujudnya penganiayaan. Khalid juga mencadangkan agar tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai polis yang terlibat dalam penganiayaan tersebut.
Soalan saya:
1. Seandainya pegawai polis yang membuat penganiayaan itu memang bersalah, kenapa mereka tidak didakwa di mahkamah?
2. Seandainya tiga orang tahanan (ketua samseng) itu tidak bersalah, kenapakah mereka tidak mengadu tentang tahanan yang tersilap selama tujuh hari itu dan menuntut gantirugi?
3. Kalau betullah itu satu kes penganiayaan yang mudah, kenapa pula Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Johari Baharom, yang bertanggungjawab ke atas pasukan polis, bertegas agar BPR membuat siasatan terhadap dakwaan korupsi? Selewat 11 Julai, Johari telah dilaporkan sebagai pernah berkata bahawa dia tidak berpuas hati dengan beberapa penjelasan yang dibuat oleh polis, dan dia juga tidak menerima dokumen yang dimintanya, ekoran dakwaan korupsi di laman web
4. Kenapakah Peguam Negara tidak menyentuh tentang beberapa bentuk dakwaan yang sama penting dalam web terhadap Musa, seperti keintiman persahabatannya dengan raja samseng, yang namanya telah disebut dengan jelas sekali?
5. Peguam Negara telah berkata bahawa penyata akaun bank Musa dan hartanah beliau tidak menunjukkan apa-apa yang mencurigakan. Apakah itu modes operandi (cara kerja) siasatan dengan memeriksa penyata akaun bank dan hartanah. Apakah seseorang penjenyah membenarkan pendapatan haramnya diserlahkan dalam penyata akaun dan hartanah?
6. Kalaulah Musa tidak bersalah, apakah dia tidak mahu mempertahankan kehormatannya, pasukan polis dan negara dengan menuntut keadilan daripada para penuduhnya, lagi pun mereka semua telah membuat dakwaan yang begitu khusus?
KETUA PENGARAH BPR
Pada 26 Februari 2007,Laman web MalaysiaKini mendedahkan bahawa Ketua BPR Sabah yang baru bersara Ramli Manan telah membuat laporan rasuah pada Julai 2006 terhadap Ketua Pengarah BPR semasa itu, Zulkipli Mat Nor yang mempunyai kontrak kerja dijadualkan berakhir pada Mac 2007. Dalam laporan itu Ramli mendakwa BPR sudah pun tahu pada 1997 lagi bahawa Zulkipli telah menambun kekayaannya dan telah disiasat oleh polis kerana memperkosa seorang wanita ketika dia menjadi Ketua Polis di Johor. Antara kekayaan Zulkipli yang didakwa itu ialah beberapa rumah dan stesen minyak atas nama anak-anak dan adik perempuannya. Ramli berkata bahawa laporan yang salinannya dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam telah sengaja diabaikan oleh mereka.
Ekoran pendedahan MalaysiaKini kali ini, satu pasukan petugas khas yang dipimpin oleh polis telah ditubuhkan dengan segera untuk menyiasat dakwaan Ramli. Musa berkata pada April lalu bahawa polis sudah pun siap dengan siasatannya dan mengemukakan laporan kepada Peguam Negara.
. .
Setelah membisu lebih tiga bulan, secara tiba-tiba Peguam Negara membuat pengumuman pada 27 Julai bahawa Zulkipli telah didapati bebas daripada dakwaan Ramli, kerana semua dakwaan itu ternyata berbentuk tanggapan semata-mata yang tidak dapat disokong oleh Muhamad dengan dokumen sebagai bahan bukti. Lagi pun Mohamad tidak dapat mendedahkan nama pihak ketiga daripada mana beliau mendapat segala maklumatnya. Peguam Negara berkata semua temubual ke atas 43 orang saksi termasuklah Ramli telah diselesaikan dalam siasatan itu.
Soalan saya ialah:
1. Apakah menjadi amalan biasa untuk mengharapkan si talibarut mengemukakan bahan bukti yang jelas untuk pendakwaan? Bukankah itu tugas pihak agensi penguatkuasaan mencari bahan bukti itu kerana ia mempunyai segala kelengkapan dan kuasa perundangan serta sumber yang mencukupi untuk menghambat penjenyah?
2. Peguam Negara telah berkata bahawa siasatan terhadap salahlaku seksual Zulkipli telah dijalankan pada 1997 dan dirujukkan kepada pendakwa raya, dan telah diberikan takrif NFA tidak perlu diambil tindakan lagi) disebabkan kekurangan bahan bukti. Keterangan ini menampakkan ia bercanggah dengan laporan akhbar pada Mac 1 (Sin Chew) yang menyebut KPN Musa berkata bahawa polis pernah menjalankan siasatan pada 1997, tetapi setelah mengemukakan laporan kepada Peguam Negara untuk mendapat keputusan beliau sama ada perlu dimulakan dakwaan, polis tidak pun mendapat jawapan daripada Peguam Negara. Musa menambah bahawa polis baru sahaja mengemukakan satu laporan kepada Peguam Negara pada hari kelmarin, dan masih menunggu arahan Peguam Negara. Kenyataan Musa itu ternyata menunjukkan wujudnya bahan bukti yang mencukupi untuk menimbangkan dakwaan, yang mengikut dakwaan Peguam Negara tidak perlu (NFA) diadakan. Bolehkah Peguam Negara menjelaskan percanggahan ini?
3. Kalaulah dakwaan Ramli didapati sememangnya tidak berasas pada April (ataupun Mac) kenapakah Peguam Negara tidak mengumumkan keputusannya ketika itu juga, dan dengan itu menyelamatkan pentadbiran Abdullah daripada menanggung aib yang berterusan disebabkan serangan bertubi kali terhadap tiga skandal di peringkat tertinggi? Apakah pengumuman yang spontan merupakan pilihan tindakan yang terbaik oleh seorang Peguam Negara yang bersih dalam satu kerajaan yang bersih?
4. Kalaulah Zulkipli benar-benar tidak bersalah dan siasatan dilaksanakan secara telus, kenapakah kerajaan tidak mendakwa Ramli dengan segera kerana membuat tohmahan yang sungguh serius dan tidak berasas sebagai langkah menjaga imej dan nama baik kerajaan?
5. Begitulah juga, kenapakah Zulkipli tidak mengambil tindakan guaman dan tindakan tatatertib terhadap Ramli pada kali pertama dahulu sebagai mempertahankan dirinya dan juga keseluruhan organisasi beliau? Harus diingat, tuduhan Ramli telah dilakukannya pada Julai 2006 ketika dia bertugas di bawah Zulkipli, dan tuduhan itu telah tersebar kepada semua pihak termasuk Perdana Menteri.
6. Apakah kerajaan bersedia mendedahkan keseluruhan siasatannya untuk menepis segala keraguan disebabkan salah laku semacam itu melibatkan skandal tersebut?
TIMBALAN MENTERI KESELAMAAN DALAM NEGERI
Dakwaan ‘kebebasan untuk dijual’ terhadap Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Johari Baharom menjadi pengetahuan umum pada 3 Mac, 2007, ketika Star mengutip maklumat itu daripada satu laman web yang tidak dikenali bernama Freewebs.com. Laman web ini secara khususnya menuduh Johari berlaku kurang sopan membebaskan tiga orang ketua samseng yang mengendalikan sindiket pelacuran di beberapa tempat di merata negara, dan kerana itu Johari telah menerima sejumlah wang sogokan bernilai RM5.5 juta
Tiga orang ketua samseng haram itu yang namanya telah disebut, pernah ditangkap pada masa berbeza antara Oktober dan Disember 2006, dan dibebaskan pada Januari 2007. Ketua samseng yang pertama berasal daripada Sitiawan, Perak ,. Beliau merupakan adik kepada seorang Timbalan Menteri, yang namanya pun telah disebut, Ketua samseng yang kedua berasal dari Kota Kinabalu Sabah dan pembebasannya dilakukan setelah dia menyogok RM3 juta. Ketua samseng yang ketiga berasal daripada Chemor, Perak dan ditahan pada Oktober 2006 dan dikenakan tahanan terhad di Tampin, Negri Sembilan dan akhirnya dibebaskan pada pertengahan Januari, dengan ganjaran sogokan tidak kurang daripada RM2.5 juta.
Apabila meledaknya berita hangat pada 3 Mac, BPR telah dilaporkan memulakan satu siasatan, dengan bantuan polis yang membuat kepastian apakah tiga orang ketua samseng itu telah dibebaskan secara haram. Malahan ketika itu Musa telah membuat cadangan agar tahanan tersebut ditangkap semula selepas siasatan.
Pada 8 Mac, Star telah melaporkan betapa dua daripada tahanan itu telah ditangkap semula termasuk orang yang dikatakan adik kepada seorang Timbalan Menteri. Ketika itu polis telah berkata dengan penangkapan itu, mereka harus mampu melancarkan siasatan yang menyeluruh.
Pada 21 April, Pemangku Ketua Pengarah BPR Ahmad Said Hamdan, telah dipetik oleh MalaysiaKini sebagai berkata bahawa siasatan telah selesai sejurus Johari disoal siasat pada 19 Mac. Beliau berkata kertas siasatan sudah pun berada di tangan Peguam Negara..
Sejak itu tidak ada sebarang berita daripada Peguam Negara, sehinggalah 11 Julai, ketika beliau mengumumkan Johari tidak bersalah seperti yang didakwa, kerana BPR tidak mendapati sebarang kenyataan yang membabitkan Johari kepada kesalahan yang didakwa. Peguam Negara telah berkata betapa “si penjenayah yang tersebut telah menafikan pernah memberi Johari sebarang wang sogok dan dengan itu kenyataan akaun yang berkenaan telah pun diperiksa’ dan menambah betapa beberapa penjenayah yang merupakan saksi penting tidak dapat dikesan selepas mereka dibebaskan.
Kenapakah Peguam Negara mengambil masa terlalu lama untuk membuat rumusan itu? Peguam Negara menjawab: “siasatan BPR mengambil masa kerana penyata akaun terpaksa dianalisis dan kenyataan terpaksa daripada saksi yang relevan, dan menjejak saksi-saksi itu mengambil masa”. Alangkah besarnya pembohongan ini kerana Pemangku Ketua Pengarah BPR telah pun memperakui siasatan telah selesai selepas 19 Ma!.
Mengenai penafian para penjenayah dan kekurangan bahan bukti dalam penyata yang relevan itu, apakah anda harapkan pihak penjenayah mencatatkan berapa juta wang sogokan yang mereka berikan? Sebagai penguatkuasa undang-undang dan pencegah jenayah yang berpengalaman , pengakuan tentang ketidakcekapan seperti itu dan penafiannya adalah amat memalukan sekali. Tentulah Peguam Negara berfikiran bahawa orang ramai adalah si tolol kalau dia anggap pembohongannya itu akan diterima.
Kalaulah KPN Musa boleh memaksa orang yang bermartabat dan bermaruah menuduh seorang Timbalan Menteri yang tidak berdosa di mahkamah terbuka, saya tidak nampak kenapa dia tidak boleh memperolehi kenyataan yang benar daripada penjenayah dalam tahanannya. .
Bagaimana pula dengan penahanan, pembebasan dan penangkapan semula (dan kemungkinan juga pembebasan semula) ketua penjenayah itu semuanya? Siapakah yang bersalah, Johari ataupun polis? Apakah itu kes silap tahan ataupun silap pembebasan? Oleh kerana samseng yang ditahan itu adalah memang ketua samseng dan diperaku oleh polis, kenapakah mereka dibebaskan dengan mudah sahaja? Bukankah Ordinan Darurat diwujudkan khusus untuk menangkap mereka tanpa perbicaraan? Kenapa ditangkap golongan ikan bilis dan membebaskan golongan ikan jerung?
PEGUAM NEGARA
Para pemerhati politik tentu telah nampak kedudukan Peguam Negara yang perkasa kalau ia melibatkan pendakwaan penjenayah, kerana dia mempunyai pilihan di bawah Perlembagaan (Artikel 145 subklausa 3) untuk mendakwa ataupun tidak mana-mana kes jenayah ) kecuali kes Syariah dan mahkamah tentera). Kedudukan Peguam Negara yang memang perkasa itu telah diperhebat di zaman Mahathir ketika BPR dimestikan menyalurkan kes mereka kepada Peguam Negara untuk pendakwaan (termasuk kes polis). Ini merupakan langkah yang nyata bertujuan menjadikan Peguam Negara penapis paling akhir menyekat jerung besar daripada diperangkap oleh jaringan mahkamah. .
Jelas sekali tindakan tersebut adalah untuk memudahkan perkembangan kronisme dan korupsi di kalangan golongan elit UMNO di zaman Mahathir, dan ternyata bertujuan memudahkan kepimpinan Abdullah, dan kelangsungan keberkesanannya seperti yang ditunjukkan oleh tindakan Peguam Negara menutup dengan cepat segala kerja busuk pihak elit pemerintah.
Satu lagi pengamatan yang baik ialah mengenai siasatan jenayah ke atas golongan VIP yang mungkin memalukan pihak berkuasa, di mana agensi yang diberi tugasan menyiasat; sama ada polis ataupun BPR bertindak diam membisu sambil menyerahkan hasil kerja siasatan kepada pihak Peguam Negara yang memengapkan kertas siasatan itu tanpa tempoh masa tertentu hanya untuk menghidupkan kes itu semula bila perlu bagi faedah tetuan politik mereka ataupun apabila wujud alternatifnya. Dengan itu apabila membabitkan siasatan jenayah peringkat tinggi, BPR menjadi laluan selamat bagi agensi penguatkuasa undang-undang saperti polis dan BPR. . Sebaliknya mereka pula merupakan tempat perlindungan yang selamat kepada golongan elit yang korup di mana mereka membersihkan segala kain kotoran mereka. Mungkin juga bahagian yang paling mengecewakan dalam skandal Peguam Negara yang terkini ialah jawapan Perdana Menteri Paklah yang menyatakan kepuasannya kepada pengumuman Peguam Negara dan meminta segala isu membabitkan Musa dan Zulkipli digugurkan serta-merta disebabkan ketiadaan bahan bukti. Namun, apabila para wartawan membangkitkan persoalan tentang intipati laporan siasatan Paklah beliau menjawab dengan kasar: “Jangan tanya saya hal ehwal siasatan. Itu bukan kerja saya” (Sin Chew, Julai 29)
Wahai Perdana Menteri,. kalau itu bukan tugas anda, apakah sebenarnya tugas itu? Anda harus ingat, sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri, anda adalah pemimpin kabinet di mana semua skandal ini dilaporkan dengan jelas. Apakah anda tidak sedar bahawa wujud satu krisis keyakinan disebabkan skandal rasuah yang menjadi-jadi? Pembohongan yang dibuat oleh pengumuman Peguam Negara bukan sahaja gagal mengembalikan keyakinan tetapi sebaliknya menyebabkan teka-teki tentang kepimpinan anda? Sebagai Perdana Menteri, andalah dan bukannya KPN ataupun Ketua BPR yang bertanggungjawab kepada rakyat yang melantik anda. Dengan demikian, apalah sangat kalau wartawan bertanyakan anda perihal siasatan tersebut untuk mengelakkan ketidakpuasan di kalangan rakyat?
Sebagai Perdana Menteri anda telah menjawab persoalan yang kritis dengan jawapan “saya tidak tahu’ terlalu banyak kali. Janganlah pula jadikan jawapan “Ini bukan tugas saya” satu lagi tanda perniagaan kepimpinan anda.
Kim Quek.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"... Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta di"tiada"kan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?... Kalau takdak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ... lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium Muslim.
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?... Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?... Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!".. . Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!". .. Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
- [3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m. s. 70. Cetakan Beirut)
Begitulah yang boleh disimpulkan apabila kerajaan Islam Hadhari pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kini seolah membawa umat Islam ke arah ajaran baru yang membahayakan iaitu seseorang tidak boleh menjadi imam tanpa tauliah.
Jika tidak ditauliah, anda tidak boleh menjadi imam walaupun diajak oleh kariah di surau atau masjid berkenaan.
Dan jika tiada imam lantikan daripada Pejabat Agama, maka sesiapa pun tidak boleh mengimami solat-solat di surau atau masjid sekaligus membiarkan waktu solat berlaku tanpa didirikan solat secara jemaah.
Dan akhirnya, jika anda tetap untuk mengimamkan solat jemaah walaupun dengan niat untuk berjemaah, memakmurkan masjid atau surau walau disuruh oleh kariah di sesebuah surau dan masjid maka akhirnya anda akan ditangkap polis dan didakwa di mahkamah!
Demikian senario mutahihr yang berlaku. Ikuti pertemuan wartawan Harakahdaily dengan mangsa bekas Imam yang ditangkap kerana mengimamkan solat fardhu di Seberang Perai Selatan baru-baru ini.
Imam dan Bilal Masjid Jamek Tasek Chempedak, Simpang Empat, Seberang Perai Selatan (SPS), Haji Shabudin Haji Ismail, 65 dan Haji Zakaria Rejab ,60, yang disoal siasat penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Isnin lepas kerana kesalahan mengingkari arahan Pejabat Agama menganggap diri mereka diperangkap untuk menakutkan masyarakat supaya akur terhadap pelantikan imam baru, Haji Zakaria Saad.
Masalahnya sekarang, imam yang dilantik jarang ada di kariah dan jika ada pun jarang ke masjid tambahan lagi malam yang ada kuliah agama.
"Pejabat Agama patut panggil imam yang dilantik supaya lebih agresif dan amanah menjalankan tugasnya bukan menahan kami yang cuba menyelamatkan keadaan apabila ketiadaan imam yang bertauliah," ujar Haji Shabudin terhadap soalan penguatkuasa kenapa beliau terus jadi imam sedangkan jawatan yang disandangnya selama 10 tahun ditamatkan 27 Julai lepas.
Katanya, beliau menjadi imam pada malam selepas dipecat bukan kehendaknya bahkan kehendak makmun kerana imam yang dilantik tidak 'nampak batang hidung'.
Rupanya malam itu satu perangkap untuk mengaitkan dirinya kerana melanggar arahan Pejabat Agama kononnya imam yang bertauliah sahaja boleh mengimamkan sembahyang sama ada sembahyang lima waktu atau fardhu Jumaat.
Bilal masjid yang turut ditahan untuk disoal siasat di Balai Polis Simpang Empat, Haji Zakaria Rejab hairan dirinya juga dipersalahkan kerana pernah menjadi imam sembahyang lima waktu di masjid berkenaan.
Padahal dulu tegasnya, perbuatan seumpama itu tidak pernah timbul sebaliknya digalakkan bagi melahirkan generasi yang boleh ke hadapan untuk memimpin ummah.
"Imam bukan jawatan 'glamour' tapi tanggungjawab yang berat. Ia bukan sahaja bertindak memimpin ummah ketika mengadap Allah SWT tetapi juga bertindak mengawasi masyarakat agar tidak melanggari suruhan agama, " terangnya lagi.
Semasa disoal siasat pun sambungnya, beliau memberitahu penguatkuasa Pejabat Agama supaya lebih menitik beratkan golongan yang tidak sembayang daripada mengawasi golongan yang tunduk dengan perintah ilahi.
Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) pada 23 Julai lalu dalam mesyuarat bilangan 3/2007 telah memutuskan untuk menamatkan jawatan imam, Haji Shabudin Haji Ismail dan surat pemecatan diterima pada tengahari hari Jumaat 27 Julai.
Setiausaha Maipp, Haji Sazali Haji Husein bukan sahaja menandatangani surat pemecatan itu bahkan sebelum ini juga bertindak mempamerkan kepada masyarakat di situ tentang notis arahan yang dikeluarkan oleh Maipp.
Antara 10 arahan tersebut ialah dilarang mengadakan solat jemaah dua imam secara serentak, dilarang mengadakan solat zohor sama ada berjemaah atau berseorangan semasa solat Jumaat atau selepas solat Jumaat.
Dilarang imam yang tidak dilantik dan tidak ditauliahkan oleh Maipp atau diberi kebenaran khas oleh Maipp untuk mengimamkan solat Jumaat atau solat fardhu yang lain.
Di larang menjemput penceramah yang tidak bertauliah atau tidak mendapat kebenaran Maipp, di larang mengatur atau mengendalikan ceramah, kuliah, usrah dan apa-apa aktiviti dalam atau di kawasan masjid tanpa kebenaran bertulis daripada Pengerusi Jawatankuasa Qariah Masjid.
Dilarang mengadakan aktiviti ibadah atau lain-lain program dalam bentuk atau cara yang boleh disifatkan mengganggu jemaah lain dalam masjid, dilarang menggunakan masjid lama Tasek Chempedak seperti arahan surat (22PADSPS/Q/6) bertarikh 20 Jun 2007.
Dilarang menimbulkan unsur-unsur kacau ganggu sehingga boleh menimbulkan ketidak selesaan, pertelingkahan, perpecahan dan lain-lain kepada anak qariah, dilarang menyebarkan fitnah, buruk sangka termasuk menghasut anak -anak qariah di dalam masjid dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Qariah melalui mesyuarat jawatankuasa.
Kedua-dua mangsa Kerajaan Islam Hadhari itu ditahan sekitar jam 7.00 malam di kediaman masing- masing 29 Julai lalu dan dibawa dengan kenderaan penguatkuasa Maipp menuju ke Balai Polis Simpang Empat untuk disoal siasat.
Mereka akhirnya dibebaskan jam 10.30 malam dengan jamin mulut dan kes mereka akan didengar di Mahkamah Jawi pada 24 Ogos nanti jam 9.00 pagi. - mks.
Kiriman: Roime Bin Puniran
Tel :603 89442467
:013 2082468
Fax :603 89453301
Email : roimepuniran@gmail.com
http://www.roime.blogspot.com/
Begitulah yang boleh disimpulkan apabila kerajaan Islam Hadhari pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kini seolah membawa umat Islam ke arah ajaran baru yang membahayakan iaitu seseorang tidak boleh menjadi imam tanpa tauliah.
Jika tidak ditauliah, anda tidak boleh menjadi imam walaupun diajak oleh kariah di surau atau masjid berkenaan.
Dan jika tiada imam lantikan daripada Pejabat Agama, maka sesiapa pun tidak boleh mengimami solat-solat di surau atau masjid sekaligus membiarkan waktu solat berlaku tanpa didirikan solat secara jemaah.
Dan akhirnya, jika anda tetap untuk mengimamkan solat jemaah walaupun dengan niat untuk berjemaah, memakmurkan masjid atau surau walau disuruh oleh kariah di sesebuah surau dan masjid maka akhirnya anda akan ditangkap polis dan didakwa di mahkamah!
Demikian senario mutahihr yang berlaku. Ikuti pertemuan wartawan Harakahdaily dengan mangsa bekas Imam yang ditangkap kerana mengimamkan solat fardhu di Seberang Perai Selatan baru-baru ini.
Imam dan Bilal Masjid Jamek Tasek Chempedak, Simpang Empat, Seberang Perai Selatan (SPS), Haji Shabudin Haji Ismail, 65 dan Haji Zakaria Rejab ,60, yang disoal siasat penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Isnin lepas kerana kesalahan mengingkari arahan Pejabat Agama menganggap diri mereka diperangkap untuk menakutkan masyarakat supaya akur terhadap pelantikan imam baru, Haji Zakaria Saad.
Masalahnya sekarang, imam yang dilantik jarang ada di kariah dan jika ada pun jarang ke masjid tambahan lagi malam yang ada kuliah agama.
"Pejabat Agama patut panggil imam yang dilantik supaya lebih agresif dan amanah menjalankan tugasnya bukan menahan kami yang cuba menyelamatkan keadaan apabila ketiadaan imam yang bertauliah," ujar Haji Shabudin terhadap soalan penguatkuasa kenapa beliau terus jadi imam sedangkan jawatan yang disandangnya selama 10 tahun ditamatkan 27 Julai lepas.
Katanya, beliau menjadi imam pada malam selepas dipecat bukan kehendaknya bahkan kehendak makmun kerana imam yang dilantik tidak 'nampak batang hidung'.
Rupanya malam itu satu perangkap untuk mengaitkan dirinya kerana melanggar arahan Pejabat Agama kononnya imam yang bertauliah sahaja boleh mengimamkan sembahyang sama ada sembahyang lima waktu atau fardhu Jumaat.
Bilal masjid yang turut ditahan untuk disoal siasat di Balai Polis Simpang Empat, Haji Zakaria Rejab hairan dirinya juga dipersalahkan kerana pernah menjadi imam sembahyang lima waktu di masjid berkenaan.
Padahal dulu tegasnya, perbuatan seumpama itu tidak pernah timbul sebaliknya digalakkan bagi melahirkan generasi yang boleh ke hadapan untuk memimpin ummah.
"Imam bukan jawatan 'glamour' tapi tanggungjawab yang berat. Ia bukan sahaja bertindak memimpin ummah ketika mengadap Allah SWT tetapi juga bertindak mengawasi masyarakat agar tidak melanggari suruhan agama, " terangnya lagi.
Semasa disoal siasat pun sambungnya, beliau memberitahu penguatkuasa Pejabat Agama supaya lebih menitik beratkan golongan yang tidak sembayang daripada mengawasi golongan yang tunduk dengan perintah ilahi.
Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) pada 23 Julai lalu dalam mesyuarat bilangan 3/2007 telah memutuskan untuk menamatkan jawatan imam, Haji Shabudin Haji Ismail dan surat pemecatan diterima pada tengahari hari Jumaat 27 Julai.
Setiausaha Maipp, Haji Sazali Haji Husein bukan sahaja menandatangani surat pemecatan itu bahkan sebelum ini juga bertindak mempamerkan kepada masyarakat di situ tentang notis arahan yang dikeluarkan oleh Maipp.
Antara 10 arahan tersebut ialah dilarang mengadakan solat jemaah dua imam secara serentak, dilarang mengadakan solat zohor sama ada berjemaah atau berseorangan semasa solat Jumaat atau selepas solat Jumaat.
Dilarang imam yang tidak dilantik dan tidak ditauliahkan oleh Maipp atau diberi kebenaran khas oleh Maipp untuk mengimamkan solat Jumaat atau solat fardhu yang lain.
Di larang menjemput penceramah yang tidak bertauliah atau tidak mendapat kebenaran Maipp, di larang mengatur atau mengendalikan ceramah, kuliah, usrah dan apa-apa aktiviti dalam atau di kawasan masjid tanpa kebenaran bertulis daripada Pengerusi Jawatankuasa Qariah Masjid.
Dilarang mengadakan aktiviti ibadah atau lain-lain program dalam bentuk atau cara yang boleh disifatkan mengganggu jemaah lain dalam masjid, dilarang menggunakan masjid lama Tasek Chempedak seperti arahan surat (22PADSPS/Q/6) bertarikh 20 Jun 2007.
Dilarang menimbulkan unsur-unsur kacau ganggu sehingga boleh menimbulkan ketidak selesaan, pertelingkahan, perpecahan dan lain-lain kepada anak qariah, dilarang menyebarkan fitnah, buruk sangka termasuk menghasut anak -anak qariah di dalam masjid dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Qariah melalui mesyuarat jawatankuasa.
Kedua-dua mangsa Kerajaan Islam Hadhari itu ditahan sekitar jam 7.00 malam di kediaman masing- masing 29 Julai lalu dan dibawa dengan kenderaan penguatkuasa Maipp menuju ke Balai Polis Simpang Empat untuk disoal siasat.
Mereka akhirnya dibebaskan jam 10.30 malam dengan jamin mulut dan kes mereka akan didengar di Mahkamah Jawi pada 24 Ogos nanti jam 9.00 pagi. - mks.
Kiriman: Roime Bin Puniran
Tel :603 89442467
:013 2082468
Fax :603 89453301
Email : roimepuniran@gmail.com
http://www.roime.blogspot.com/


